Pages

Tuesday, April 24, 2012

DBKL Pagar Dataran, Usir Budak Degil #occupydataran


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan tegas dengan 'mengusir' aktivis-aktivis yang terus berkhemah - masuk hari ke-11 mereka di perbodohkan, menjadi alat kepada pakatan pembangkang - di Dataran Merdeka.

Kejadian berlaku awal pagi tadi.

Macam biasa pemimpin-pemimpin mahasiswa yang menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan aktivis Occupy Dataran menerusi SMS dan Twitter memberitahu bahawa DBKL mengambil tindakan keras sekitar jam 6.15 pagi tadi.

"DBKL datang pukul 6.15 pagi ketika semua 'occupiers' sedang tidur dan merampas semua barang termasuk khemah," kata mesej akaun Twitter occupydataran.

Satu lagi mesej occupydataran berkata, DBKL memagar kawsan perkhemahan dan menghalau semua mereka yang berkhemah keluar dari kawasan Dataran Merdeka.


Tindakan pagi ini dilakukan sehari selepas kenyataan media dikeluarkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur semalam.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, DBKL sedang menyediakan kertas siasatan beserta bukti dan saksi untuk diperakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap wakil kumpulan mahasiswa yang didapati melanggar peraturan yang ditetapkan berhubung tindakan berkumpul dan mendirikan khemah di Dataran Merdeka.

Ahmad Fuad berkata, DBKL mempunyai bukti lengkap berhubung salah laku yang dibuat oleh kumpulan berkenaan walaupun sudah diberikan nasihat dan amaran supaya menghentikan tindakan mereka.

Menurutnya, tindakan merampas khemah yang dilaksanakan DBKL semalam dibuat setelah notis kesalahan dan tawaran kompaun atas kesalahan meletakkan barang-barang tanpa kebenaran di tempat awam yang dikeluarkan terhadap mereka tidak diendahkan.

"Pada 21 April 2012, pada jam 5.15 petang, DBKL sekali lagi mengarahkan mereka mengosongkan kawasan bagi memberi laluan kepada ambulans diraja yang diarah bertugas sempena konsert pada malam itu.

"DBKL merampas barang mereka setelah mereka ingkar arah pengosongan dan barang dituntut semula pada 22 April jam 1.15 pagi oleh Mohd Fahmi Reza Mohd Zain yang mana dia telah menandatangani borang akuan tindakan sebelum barangan mereka dikembalikan. Pada masa itu dia juga diberi maklum akan berhadapan dengan tindakan DBKL jika mereka masih berkumpul dan meletakkan barang-barang berkenaan," katanya.

Semalam, seorang aktivis, pelajar kolej swasta, didakwa di mahkamah.

4 comments:

  1. Pihak DBKL harus tegas dan berani dalam menjalankan tugas. Kalau di sana ada peraturan, sudah pasti di sana ada undang-undang. Kalau di sana ada peraturan menghalang perbuatan membuang sampah, sudah pasti ada undang undang yg akan menguatkuasakan tindakan bagi pelanggaran tersebut, begitulah setiap peraturan ada penguatkuasaan.

    DBKL atau pihak Polis harus berani untuk menguatkuasakan peraturan dan undang-undang, bukan melayan hujah dangkal mereka telah sanggup menjadi keldai politik.

    Sepatutnya 'keldai politik' hanya perlu diberi arahan dgn tempoh masa untuk mengosongkan atau meninggalkan tempat berkenaan dan sebaik tempoh masa untuk berkemas habis, tindakan terus diambil tanpa teragak-agak. Mereka penjawat awam yang bekerja menggikut arahan dan menguatkuasakan undang-undang bukan untuk berhujah dan berdebat dgn 'loyar burok' itu, selebihnya adalah tindakan mahkamah. Apa persoalan dan ketidak puasan hati mereka biar mahkamah yang mentafsirkan dan menentukan .. Penguatkuasa tidak perlu nak berhujah dan berdebat, kerja mereka hanya memberi amaran dan selepas amaran tidak diendahkan, membuat tindakan sewajarnya mengikut peruntukan dan batas undang2 dan tindakan mereka akan dilindungi oleh undang2 itu sendiri. Mereka yang melakukan kesalahan dan melanggar undang2 boleh dihukum,mereka yang engkar arahan boleh dihukum, mereka yang menghalang tugas penjawat awam boleh dihukum, mereka yg mengugut penjawat awam juga melakukan kesalahan, apatah lagi kalau mereka 'bertempur' dengan penguatkuasa undang2 semuanya ada dinyatakan dalam peruntukan sebarang akta atau undang undang.

    Polis dan DBKL harus membuat ulangkaji pengetahuan undang2 dan akta yang mereka kuatkuasakan disamping meneliti kuasa mereka dalam menjalankan penguatkuasaan, kuasa menahan dan menangkap, kuasa menyoalsiasat hingga kuasa menggunakan kekerasan yang dibenarkan mengikut undang2.

    Penguatkuasa undang2 samada dari PDRM atau mana mana ajensi harus dilihat cekap, tegas dan berani, bukan teragak agak melayan mereka yang cuba memecah keamanan dan ketenteraman awam ..

    Tetapi kalau pihak berkuasa tidak minat untuk menjalankan kuasa .. jangan hairan kalau ada orang awam yang bertindak mengambil alih ....

    ReplyDelete
  2. MasLahnya kalu dah kerajaan pun macam taik berlembut ngan depa ni.kalu diambil tindakan pdrm balik yg kena buat apa?

    ReplyDelete
  3. MasLahnya kalu dah kerajaan pun macam taik berlembut ngan depa ni.kalu diambil tindakan pdrm balik yg kena buat apa?

    ReplyDelete
  4. SAYANGNYA KITA TIADA MENTERI KDN YANG TEGAS DAN BERANI. KALAULAH ADA TENTULAH TAK JADI BEGINI... HU HU

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.