Pages

Wednesday, April 18, 2012

Himpunan Pra Bersih 3.0 Tidak Mendapat Sambutan

Kurang dua minggu menjelang demonstrasi Bersih 3.0 sekurang-kurangnya dua peristiwa yang telah melemahkan semangat penyokong dan pemimpin pakatan pembangkang telah berlaku.

14 April lepas demonstrasi anti PTPTN gagal sama sekali apabila hanya sekitar 200 - 300 orang saja yang hadir jauh dari mencapai sasaran 5000 peserta yang diwar-warkan sebelum ini.

Malam tadi pula perhimpunan Pra Bersih 3.0 di padang Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru yang sepatutnya dihadiri oleh lebih 10,000 orang tapi hingga majlis berakhir dianggarkan hanya 700 - 800 sahaja yang hadir.

Jumlah tersebut termasuklah kelibat beberapa pemimpin pembangkang yang turut hadir antaranya Nurul Izzah, Tian Chua, Aziz Bari, Terressa Kok, Elizabeth Wong serta Abdul Kadir Sheikh Fazhil.

Perhimpunan tersebut yang bertujuan sebagai warm up bukan sahaja gagal mencapai matlamatnya malah cukup untuk memberi gambaran awal demonstrasi 'Duduk Bantah' pada 28 April kelak juga tidak akan mencapai kehadiran seperti yang disasarkan.

Kalau dah sasaran 10,000 gagal di capai semasa majlis warm up Pra Bersih 3.0 sekalipun turut dihadiri pemimpin besar pembangkang, lagilah sukar dan mustahil untuk Bersih 3.0 mampu menghimpunkan 500,000 peserta demo di Dataran Merdeka nanti.

Sandaran pembangkang makin lama makin rapuh, orang ramai kian jauh dari aktiviti dan kegiatan mengarut yang dipelopori pembangkang dan NGO mereka.

Pemimpin pembangkang sebenarnya sedang bermain dengan api yang bila tiba saatnya akan membakar diri mereka sendiri. Saban minggu berdemonstrasi bukannya menambah undi sebaliknya lagi menambah kebencian umum terhadap mereka.

Kegagalan dua demo anti PTPTN dan himpunan pra Bersih 3.0 semalam hanyalah gambaran awal sikap rakyat terhadap pembangkang yang tentu saja bila tiba pilihanraya kelak akan diterjemahkan dengan penolakan besar-besaran.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

  1. jom pakat like page FB...Kami benci bersih 3.0..http://www.facebook.com/KamiBenciBersih3.0?ref=ts

    ReplyDelete
  2. pillpuss@yahoo.comMay 13, 2012 at 11:41 PM

    UMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah bertanding jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaan undi yang kecil. Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.