Pages
▼
Sunday, April 8, 2012
MTRK Desak Nik Aziz Letak Jawatan
Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) mendesak Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletak jawatan berikutan kegagalan kerajaan negeri menyediakan bekalan air bersih kepada rakyat negeri itu.
Presiden MTRK, Azmi Ali berkata walaupun kerajaan pusat sudah meluluskan peruntukan pinjaman mudah sebanyak RM600 juta bagi tujuan itu, sehingga kini kerajaan negeri masih gagal melaksanakannya.
Terdapat kalangan penduduk di kawasan hulu Kelantan terutama di Gua Musang dan Kuala Krai terpaksa menggunakan air dari sungai tercemar manakala di kalangan penduduk bandar seperti Kota Baharu dan Bachok terpaksa menggali perigi, katanya kepada pemberita pada majlis penerangan MTRK mengenai isu bekalan air di Kampung Alor Bakat di sini, hari ini.
Lebih 200 penduduk berhimpun pada majlis itu sambil memegang sepanduk yang mengecam kerajaan negeri kerana gagal mengatasi masalah bekalan air yang berlarutan walaupun diberi peluang 22 tahun memerintah, sejak 1990.
Katanya pembinaan loji air di beberapa kawasan di pinggir bandar Kota Baharu juga gagal berfungsi dengan baik disebabkan masalah teknikal.- Bernama
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.