Pages

Friday, April 13, 2012

Pembangkang Hina Raja Melayu!


Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan hari ini mengesahkan apa yang diceritakan seorang petugas perubatan, Dr Rahman Kadir yang melaporkan kekecewaannya terhadap beberapa orang pemimpin pembangkang mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu semasa Majlis Istiadat pertabalan Yang Dipertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah adalah benar.

“Saya ingin mengesahkan artikel Dr Rahman Kadir adalah benar,” kata Kamalanathan dalam twitternya seperti dilaporkan The Mole.

Ahli Parlimen Hulu Selangor yang turut berada dalam majlis tersebut mengakui bahawa beberapa ahli parlimen pembangkang yang ditulis oleh Dr Rahman itu berkelakuan tidak sopan.

“Sebagai tetamu kehormat, mereka sekurang-kurangnya perlu peka dan berkelakuan baik.”

“Saya bersetuju dengan perkara-perkara tertentu yang ditulis dalam posting itu. Apabila kita dijemput untuk menghadiri satu majlis diraja, kita harus berasa bangga dan menunjukkan penghormatan kita,” katanya.

Dr Rahman dalam artikelnya yang dikirim ke laman ini pada 11 April menyebut beliau turut berada dalam majlis tersebut dan terkejut dengan sikap sesetengah ahli parlimen pembangkang yang tidak menghormati majlis kebesaran diraja.

“Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.

“Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka. Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini.

“Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan”, lapornya.

Katanya lagi raja-raja Melayu juga menjadi bahan sendaan dan ejekan sesetengah ahli parlimen pembangkang itu.

“Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri.

“Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua.

“Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“.

“Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka”, lapornya lagi.

-AIDC

4 comments:

  1. Kalau macam ini perangai mereka maka rosaklah Malaysia. Tiada lagi nilai kemanusiaan. Rakyat Malaysia mesti pandai menilai yang mana intan dan yang mana kaca dalam memilih pemimpin.

    ReplyDelete
  2. berhati hati memilih pemimpin anda..

    ReplyDelete
  3. Tak guna komen panjang2 - mari kita ajar mereka ini dalam PRU ke 13 nanti; baru padan muka mereka!

    ReplyDelete
  4. Raja-raja di Tanah Melayu merupakan raja keinderaan. Asal raja-raja keinderaan ini adalah bersilsilah dengan darah Iskandar Zulqarnain, Raja Masyriq wal Maghrib (Timur dan Barat)..juga berpertalian darah dengan raja-raja dari alam-alam sakti (mungkin dikenal juga dengan alam kedewaan), juga berpertalian dengan zuriat-zuriat nabi dan rasul yang terdahulu...

    Sememangnya Tanah Melayu dikenali dengan raja-rajanya yang berasal dari keinderaan, tidak seperti di bumi-bumi yang lain. Oleh kerana itu, beberapa besarnya daulat baginda raja-raja Melayu itu, sehinggakan bumi di Tanah Melayu ini digelar sebagai 'Svarnabhumi' atau 'Golden Chersonese' atau 'Semenanjung Emas'... dipijaknya bumi itu, lalu menjadi emas. disentuhnya dengan kehendak hatinya, lalu jadi emas. Barang dikata, barang jadi..daulat Tuanku!

    Takluk kerajaannya bukan setakat manusia, malah merangkumi kerajaan jin dan segala khadam-khadam yang duduk di bawah tapak kaki manusia itu, kerana kehebatan ilmu raja-raja Melayu itu, juga kerana kehebatan ilmu hulubalangnya, maka digelar raja-raja Melayu itu di alam Melayu itu sebagai "Zillullaahi fil'alam" yang bererti "payung Allah di dalam alam".. kata-kata inilah yang selalu terkait di dalam pelajaran kerohanian yang tinggi iaitu ilmu kesufian, tiada lagi dapat dicari pada ilmu-ilmu yang lain apatah lagi hendak memahami dan merasainya itu bukanlah barang calang-calang orangnya. Iaitulah orang-orang yang memahami istilah 'beserta'...yang memahami istilah 'tunggal'.

    Sesungguhnya hikmah alam Melayu itu, sirah dan sejarahnya, peristiwa dan hikayat-hikayatnya, jika dilihat teliti dengan ketajaman hati, tidak dapat tidak melainkan semuanya itu merupakan kiasan, sindiran dan perumpamaan supaya 'kembali'kan 'diri' kepada Yang Maha Esa. Kerana alam Melayu itu tidak membawa penilaian zahir. Terkadang zahir Melayu itu seperti kehinduan, dan kerana itu jugalah hendak kita memahami dengan sebenar-benarnya bahawa bukanlah islam itu juga, jubah dan serban.

    Raja keinderaan inilah yang sebenarnya memainkan peranan penting yang amat besar urusannya, yang membawa kepada perbicaraan kerajaan dunia dan akhirat, kerajaan yang sentiasa berke'agung'an sepanjang zaman hingga akhirnya. Hanya yang mengerti akan terus mengerti, dan segala-galanya adalah dengan kehendak dan kurnia dari Tuhan Yang Maha Esa, Yang Memiliki Keagungan, yang jiwaku ini dalam genggamanNya.


    "Taatlah hamba itu kebawah tuannya...
    Taatlah anak itu kebawah orangtuanya..
    Taatlah rakyat itu kebawah rajanya...
    Taatlah murid itu kebawah gurunya...
    kerana guru itu serta rasul...
    dan rasul itu serta Allah..
    Murid itu manusia, guru itu Insan,
    Insan itu taat kepada rasulnya,
    taat murid ke bawah gurunya
    bererti taat kepada rasulNya..
    Guru sentiasa mendampingi rasulNya..
    dalam zahir dalam batin,
    dalam jaga dalam tidur,
    sentiasa ia beserta rasulNya,
    sedang rasul itu sentiasa menghayatNya..

    "barangsiapa mentaati rasul,
    maka dia mentaati Tuhannya..."


    Alam Melayu itu rajanya hebat. Alam Melayu itu rajanya daulat. Tidak raja Melayu itu mengaibi akan hamba dan rakyatnya. Tidak raja Melayu itu, melainkan penuh dengan kurnianya. Tidak raja Melayu itu, melainkan taat akan sekalian hamba dan rakyatnya kepada baginda itu. Daulat TuanKu!

    "Janganlah hamba itu menumpahi darah raja keinderaan, rajanya, sekalipan jahat ia akan pekertinya..jika sekiranya baginda itu akan cedera, berundurlah biar takluk negeri sekalipun.."

    !!!Daulat TuanKu!!!

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.