Rafizi kelihatan terdesak hinggakan terpaksa membuat serangan peribadi kepada KJ... Rafizi sengaja cuba menimbulkan konflik antara BN dan PR dan tidak menjawab apa yang ditanya oleh moderator malah meleret-leret tanpa fakta.
Sementara tunggu aku siapkan video penuh Debat ini sila baca ulasan dari blog Sungai Rapat Online:
Debat Khairy dan Rafizi berjalan agak lancar cuma penyokong PR yang terlalu seronok kerap bertepuk tangan.
YB Khairy bijak menjawab segala persoalan yang diketengahkan.
Rafizi sengaja cuba menimbulkan konflik antara BN dan PR apabila dengan sengaja tidak menjawab apa yang ditanya oleh moderator tetapi meleret-leret tanpa fakta.
Keluarlah Ibnu Khaldun dalam PR, baru pertama kali dengar dari mulut Rafizi.
Rafizi cuba mempertahankan Anwar yang telah meluluskan Tabung PTPTN
Rafizi cuba berbohong kononnya keadaan negera-negara di Scandinavia semuanya buat pendidikan percuma tanpa ada masalah, ini di faktanya;
Memang kita tahu di Jerman dan negara-negara Scandinavia ada memberikan percuma tetapi siapa sebenarnya yang memberikan atau membayar pendidikan itu. Percuma bukan bermakna langsung tiada kos, sebelum pergi itu balik kita bercakap pasal hujah Rafizi kata Turki melaksanakan pendidikan percuma.
Kita buat kajian sebenarnya Turki tidak menyediakan pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi, mereka gunakan juga kos tetapi kos dengan kadar yang lebih kurang sama dengan Malaysia. Meskipun begitu, kadar kehadiran pelajar Turki di peringkat tertiari kurang 15 peratus . Inilah beza Malaysia dengan semua negara lain, Malaysia saja yang memberikan pinjaman sara hidup. Turki tidak beri sara hidup, sebab itu kehadiran peratus mereka dalam lingkungan 15 peratus sahaja.
Soal adakah sebenarnya pendidikan percuma – kalau kita lihat isu pendidikan percuma dalam soal pemberian atau tidak adalah satu perkara yang menjadi perdebatan dalam dunia akademia, pandangan dan pendapat sebahagian besar negara tidak boleh diberikan secara percuma kerana pendidikan adalah satu pelaburan jika dibandingkan pendidikan di peringkat rendah dan menengah. Peringkat pendidikan rendah dan menengah membawa pulangan pelaburan kecil.
Sementara itu, pelaburan di peringkat pengajian tinggi adalah tinggi, dan pulangan itu bukan saja pulangan kepada kerajaan atau publik tetapi juga kepada individu.
Ini bermakna pulangannya bukan saja kepada negara, tapi individu itu bila berjaya mohon kerja dia boleh mendapat gaji besar kalau dia di peringkat rendah dan menengah, kalau dia minta kerja lepas itu memang dia tidak boleh dapat kerana tidak cukup tetapi pada peringkat pengajian tinggi dia ada manfaat peribadi.
Mengapa kerajaan dan orang awam perlu bayar untuk pengajian tinggi bila pelajar dapat secara peribadi pulangan daripada pelaburan itu? Maka atas sebab itu, pengajian tinggi tidak boleh 100% percuma dan perlu dibayar, hanya di Malaysia ini rakyat bayar tetapi kerajaan beri subsidi banyak, maknanya pada 10 peratus rakyat, kerajaan bayar pelaburan ini 90 peratus.
Rafizi mengikut cara Anwar bedal sahaja fakta bukan orang tahu pun.
Kita lihat , Jerman, Norway dan Finland, itu semua adalah negara maju, kita bukan negara maju, tapi banyak juga negara maju tak bagi percuma seperti AS, Singapura dan United Kingdom.
Kedua, di negara itu populasi usia rakyat yang umur 17 hingga 25 tidak ramai. Tidak banyak universiti di Jerman yang memberikan pendidikan percuma iaitu dianggarkan tidak lebih 10 yang berbuat demikian. Ini kerana disebabkan populasi usia jadi jumlah pelajar yang masuk universiti sedikit.
Ketiga, dia tiada subsidi lain. Di negara kita ada subsidi minyak, tepung, gula macam-macam subsidi, mereka tiada subsidi. Dan keempat, cukai negara itu tinggi, kita belajar percuma bila keluar kena bayar cukai tinggi. Ini kerana kita membiayai pelajar yang ada di universiti dan kerajaan boleh buat?
Okey, katakan kita buat keputusan belajar percuma dengan pindahkan pembiayaan itu kepada rakyat Malaysia dengan naikkan cukai untuk bayar yuran ini. Mahu tak rakyat Malaysia? Sebab bila kita kata pendidikan percuma, percumakah? Seseorang kena bayar, jadi siapa yang bayar? Bila Rafizi kata percuma siapa akan bayar sebenarnya?
Sebelum ini, Rafizi ada persoal duit ketirisan, kalau dia jadi kerajaan ada duit ketirisan tak? Tentu dia kata tiada, habis tu siapa nak bayar?
Tapi dia pun tak cakap berapa jumlah duit ketirisan tersebut. Cukup tak nak bayar untuk RM43 bilion yang dah digunakan itu? Bagaimana pula dengan mereka yang telah buat bayaran, jadi kenalah memulangkan bayaran itu. Jadi di negara lain, cukainya tinggi sebab ia dipindahkan, jadi atas sebab itu banyak kesan akan timbul nanti.
Apa yang dia cadangkan itu memang popular apatah lagi kepada orang yang berhutang, memang suka, tapi banyak masalah lain akan timbul yang akhirnya rakyat akan menanggung beban. Banyak yang tidak akan dapat masuk ke universiti seperti yang berlaku di Chile dan Argentina, ia mungkin murah tetapi tidak inklusif dan keterangkuman. Ia mungkin percuma tetapi ramai yang tidak dapat masuk sebab tiada pinjaman dan tiada sebarang bantuan,
Pembangkang kata kerajaan kenakan banyak cukai, kita ada hasil balak, kita ada hasil petrol, kenapa kita tidak dapat beri pendidikan percuma?
Kena lihat pada perbelanjaan lain, kalau kita galakkan banyak pelajar menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi, pada masa sama juga kita perlu lihat kepada sektor-sektor lain, tidak akan ada pekerjaan kalau kita tidak bina infrastruktur lain seperti lapangan terbang, pelabuhan untuk tingkatkan sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Selain itu, kita tak dapat buat pelaburan masuk ke negara kita, kita tidak dapat mencipta pekerjaan. Macam mana pula nasib pelajar yang akan keluar universiti ini nanti, akan kerja sebagai apa? Sebab itu, kita kata tadi kita perlu belanjakan secara holistik, supaya pada masa sama sektor-sektor lain dapat membangun dengan itu dapat menampung keperluan modal insan yang telah kita lahirkan.
Samalah pendapatan seorang keluarga kalau semua duit digunakan untuk anak dia pergi sekolah, dia tak beli kereta, tak beli pakaian, tak beli makanan tak jaga kesihatan. Jadi itulah soalnya dekat situ, pokoknya kita seperti dengan negara lain sedang melihat dan beralih ingin menjayakan konsep perkongsian kos dalam membiayai pendidikan di peringkat tinggi. Antara yang mereka putuskan adalah melalui pengenalan sebagai mana kita telah buat melalui PTPTN.
Pelajar yang mendapat kelas pertama dikecualikan untuk bayar balik. Setakat hari ini kita telah kecualikan 3,082 pelajar, apabila kenalkan kembali program ubah pinjaman PTPTN ini dalam 2010.
Selain soal adanya pelaburan dan pulangan, ada juga hal lain di sebalik falsafah pengenalan yuran pelajar. Ia adalah untuk berikan nilai kepada pengajian tinggi itu sendiri. Bidang pengajian tinggi mesti mempunyai nilai jika ia percuma ia tidak akan dihargai.
Walauapa pun pakatan rakyat kata kerajaan BN telah memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyatnya, walaupun tidak diberikan %percuma tetapi hampir 60% percuma sudah dilaksanakan.
Cakap memang mudah bila kena batang hidung mereka, seperti KUIN dan Unisel telah berkira-kira untuk naikkan yuran mereka, mana pergi peraturan buku Jingga mereka.
Jawapan PR terlalu mudah menyalahkan kerajaan BN, antara sedar atau tidak mereka telah memerintah 4 buah negeri selama 3 tahun lebih.
Maka, pembangkang ini mereka perlu buktikan dulu kepada IPTS yang mereka pegang di negeri masing-masing dahulu seperti di Universiti Industri Selangor (Unisel), Kuis, dan Kuin. Berani atau tidak buat keputusan pelajar yang belajar di sana tidak perlu memohon PTPTN. Mereka kata nak tutup janganlah guna.
Percumakan yuran universiti berkenaan pada masa sama jangan suruh pelajar pinjam duit – boleh jadi atau tidak. Sebab kalau dia ambil alih Putrajaya, mereka tak boleh uruskan IPT berkenaan memandang mereka adalah IPTS. Sesebuah IPT hanya akan jadi IPTA jika ia ditubuhkan di bawah AUKU. Unisel, Kuin, Kuis ditubuhkan di bawah Akta 555.
Tukar kerajaan macam mana pun, status IPT berkenaan tetap tidak berubah kerana ia tetap IPTS. Adakah kerajaan dapat tanggung semua IPTS di negara ini? Negara ini kalau hendak bersaing dalam persekitaran dunia tanpa sempadan, rakyatnya mesti berilmu. Ilmu di peringkat tinggi adalah pilihan. Bukan itu sahaja malah semua negara di dunia. United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) memang hendak tinggikan lagi yuran pengajian peringkat tinggi mereka, Singapura apatah lagi.
Yang pastinya Manifesto PR PRU12 langsung tidak dapat dilaksanakan sehingga kini
Sebelum Anwar membuat debat itu dengan DS Najib, Anwar perlu bersih dari krisis moralnya
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.