Pages

Thursday, May 31, 2012

Kenapa PKR Masih Kekalkan Azmin?


SEHINGGA ke saat ini, nama Azmin Ali tidak henti-henti meniti disetiap bibir rakyat Malaysia yang peka dengan perkembangan politik semasa. Dari kes makan aiskrimnya, kecurangan isterinya, penderhakaan kepada ibunya sehinggalah kepada pendedahan mengenai pemilikan harta yang tidak munasabah ketika menjadi Setiausaha Sulit Anwar pada 1995 oleh Raja Petra Kamarudin (RPK).

Lepas satu satu.

Pencacai PKR sudah mula memainkan teori serangan peribadi untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari pelbagai kes yang melilit Azmin sekarang ini. Ini adalah taktik biasa PKR kalau ada kelemahan dari kalangan pemimpin mereka yang didedahkan. Ambil contoh macam kes video seks Anwarlah, yang dipertikaikan soal Anwar berzina dengan pelacur cina tersebut, sebaliknya yang lebih menjadi isu dikalangan pemacai PKR, rambutlah, perutlah dan sebagainya.

Penulis sendiri secara peribadi tidak begitu peduli dengan semua masalah Azmin sekarang kerana penulis sedar Azmin memang bukan bersih pun, malah kerana dia dan Anwar galak menyalahgunakan kuasa di Kementerian Kewangan dahulu, menyebabkan imej kerajaan BN terjejas sehingga hari ini.

Yang penulis pedulikan ialah kenapa dalam semua kekecohan ini, PKR tidak mengambil sebarang tindakan kepada Azmin? Nak dokumen, dah ada dokumen, nak gambar, dah ada gambar , nak video? Itu tunggu dulu kot. Walaupun tidak sampai ketahap memecatnya dari parti tersebut, tapi sekurang-kurangnya ada tindakan lain yang lebih tegas seperti gantung sehingga siasatan selesai, diarah bercuti dan sebagainya.

Ini siasatan pun tak dijalankan, apa cerita nak gantung dan suruh bercuti lagi?

Macam mana PKR nak berlaku adil kepada rakyat Malaysia kalau dalam keadaan PKR belum berkuasa pun sekarang, kesalahan orang-orang tertentu (yang rapat dengan Anwar) sewenang-wenangnya didiamkan dan diambil jalan mudah dengan menuduh ia adalah konspirasi?

Ini cakap pasal Azmin tau, bukan cakap pasal Anwar pun. Kalau Anwar tu lainlah sebab PKR ialah Anwar dan Anwar ialah PKR, maka itu tidak hairan langsung kenapa hampir kesemua jentera dan ahli PKR bangkit mempertahankan Anwar setiap kali ada skandal yang melibatkannya. Berbeza dengan Azmin yang mempunyai kelompok pemimpin tersendiri sahaja yang menyokongnya.

Kalau inilah gambarannya, maka wajiblah rakyat Malaysia menolak parti PKR ini dan sekutu lainnya dalam Pakatan Rakyat. Nampak sangat soal kronisme dan nepotisme begitu menebal dalam Pakatan Rakyat terutama di kalangan PKR dan DAP. Bayangkanlah kalau Anwar menjadi Perdana Menteri dan Azmin melakukan sesuatu kesalahan. Pada anggapan kita, agak-agaknya bolehkah Azmin dikenakan sebarang tindakan undang-undang – melihat dari keadaan sekarang?

Penulis yakin tidak, malah, Azmin dan sesiapa juga yang masuk inner circle yang rapat dengan Anwar akan lebih bermajarajalela, bak kata pepatah bersultan di mata, beraja di hati. Apabila mereka ini dipuncak kuasa, semua agensi dan jabatan kerajaan akan berada di bawah telunjuk mereka.

Hanya rakyat sahaja yang mampu mengubah keadaan ini dengan memastikan hasrat kelompok ini untuk menjajah Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.