Pages
▼
Tuesday, May 22, 2012
Orang China, India Akan Diberi Taraf Bumiputera – Karpal Singh
DAP nampaknya masih belum dapat menerima dengan tenang keputusan Tunku Abdul Aziz Ibrahim untuk keluar parti.
Di kalangan pemimpin DAP, ada yang meluahkan kekecewaan, ada yang bertindak menghamun Tunku Aziz dan memperlekehkan sumbangan beliau kepada parti tersebut dan ada yang tercungap-cungap mengerahkan balaci menepis dan memperbaiki imej yang terserlah sebagai kukubesi dan korup.
Tidak ketinggalan juga cubaan memulihkan imej dan mengalihkan isu oleh akhbar-akhbar yang ‘bersimpati’ dengan perjuangan DAP, termasuk the Star.
Namun, Tunku Aziz wajar memahami bahawa rakan-rakannya bukanlah kecewa kerana tindakannya keluar parti, tetapi mereka kecewa kerana beliau telah membuka pekung DAP. Kekecewaan mereka berganda apabila beliau kemudiannya menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri dan memuji program-program transformasi.
Akibatnya, DAP terus lupa akan hakikat bahawa Tunku Aziz adalah seorang yang lurus, berintegriti dan berprinsip serta akan sentiasa berkata yang benar. Kualiti inilah yang menyebabkan mereka ‘menyambutnya’ ke dalam DAP dahulu, dan kualiti ini jugalah yang menyebabkan beliau keluar dari DAP hari ini.
Antara yang lantang menempelak kenyataan ikhlas dari Tunku Aziz ialah Karpal Singh, Pengerusi DAP Kebangsaan. Menurut Karpal, pelan transformasi Datuk Seri Najib hanya berada di pinggiran dan sepatutnya lebih mendalam.
Bagi Karpal, untuk mendalami pelan transformasi tersebut, langkah pertama yang perlu diambil oleh Perdana Menteri ialah “mengembalikan status bumiputera kepada semua warganegara yang lahir pada dan selepas 31 Ogos 1957, iaitu tarikh kemerdekaan negara ini.”
Intipati dari kata-kata Karpal ini hanyalah satu, iaitu menghapuskan hak keistimewaan bumiputera.
Kita tidak terkejut dengan kenyataan Karpal kerana kita tahu ia sudah menjadi matlamat utama perjuangan DAP, iaitu melenyapkan penguasaan Melayu di bumi Malaysia ini.
Bagi mencapai matlamat ini, DAP sering memomokkan bahawa hak istimewa bumiputera itu adalah satu bentuk diskriminasi terhadap warganegara bukan bumiputera. Kononnya warganegara bukan bumiputera tertindas, dianaktirikan dan terpinggir dari kemudahan-kemudahan dan bantuan-bantuan kerajaan.
Sedangkan walaupun dengan wujudnya hak istimewa bumiputera, warga bukan bumiputera telah berjaya menghalau 18,000 bumiputera di Pulau Pinang, lalu bagaimana agaknya nasib bumiputera jika hak mereka tidak dilindungi oleh kerajaan?
Sedangkan walaupun dalam melaungkan nasib diri yang ‘tertindas, terpinggir dan dianaktirikan’, warga bukan bumiputera tega bermegah mendabik dada punya kuasa untuk mengawal ekonomi dan peluang pekerjaan di Malaysia. Justeru, bagaimana agaknya nasib bumiputera jika ekonomi mereka tidak dibantu oleh kerajaan?
Hak bumiputera telah digariskan di dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia sebagai melindungi bumiputera, terutamanya dari segi ekonomi dan pemilikan tanah. Ini kerana, di era penjajahan, kaum bumiputera telah tidak diberi peluang yang sama dari segi pendidikan dan sosial oleh penjajah British sehingga mereka jauh ketinggalan dan sukar untuk meningkatkan diri, apatah lagi bersaing dengan kaum-kaum pendatang. Tanpa pendidikan dan pendedahan sosial, kaum bumiputera terdedah kepada manipulasi dan kehilangan hak-milik mereka di bumi ini.
Tindakan British mengekang peluang pendidikan dan sosial kepada kaum bumiputera adalah untuk memastikan tiada kebangkitan semangat patriotik dan pemberontakan.
Kaum pendatang pula dianggap tidak punya sifat patriotik terhadap negara ini dan tidak akan memberontak. Justeru, peluang pendidikan dan pekerjaan untuk mereka adalah terbuka kerana British memerlukan mereka sebagai pekerja atau penyelia kepada kaum bumiputera.
Tragedi 13 Mei 1969 kemudiannya menyerlahkan sifat sebenar kaum pendatang yang tidak patriotik, tidak ikhlas malah angkuh dan suka menindas kaum bumiputera. Bertitik-tolak dari itu, Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan bagi memantapkan lagi usaha meningkatkan taraf hidup dan daya saing bumiputera dan mengelak berulangnya tragedi berdarah itu.
Hakikatnya, kaum bumiputera sendiri merasa tidak selesa dengan kewujudan hak istimewa mereka. Namun, hakikatnya juga, kaum bumiputera perlu mempertahankan hak ini selagi wujudnya keangkuhan dan sifat menindas di dalam diri kaum bukan bumiputera atau berhadapan dengan risiko merempat di negara sendiri, kalau pun tidak satu lagi tragedi.
Walaupun DAP menafikan yang mereka bersifat perkauman dan sering melaungkan hak samarata, namun, rekod sejarah politik DAP atau kaum Cina itu sendiri membuktikan betapa mereka kekal cenderung, malah tegar untuk menindas kaum lain apabila berkuasa. Keangkuhan yang ditunjukkan dalam tragedi 13 Mei tidak pernah padam. Ini terbukti dari cara mereka mengurus syarikat swasta dan perniagaan yang diterajui mereka di mana kaum bukan bumiputera diberi keutamaan sementara peluang bersaing untuk bumiputera disempitkan.
Justeru, walaupun kita semua ingin menghapuskan ‘diskriminasi kaum’ yang tertulis dalam perlembagaan tetapi selagi kita tidak mampu menghapuskan diskriminasi kaum yang TIDAK tertulis di syarikat-syarikat swasta dan perniagaan, Malaysia tidak ada pilihan selain dari terus mempertahankan Artikel 153.
DAP sebenarnya sedia maklum mengenai kewujudan diskriminasi kaum yang TIDAK tertulis dalam ekonomi Malaysia yang diterajui kaum Cina tetapi DAP tidak berniat untuk menghapuskannnya. Lebih buruk lagi, DAP sememangnya memperjuangkannya iaitu untuk memastikan kaum Cina mengawal semuanya – politik, ekonomi, pendidikan, perniagaan dan segala-galanya.
Inilah yang membuatkan Tunku Aziz tidak sanggup lagi duduk bersama mereka, dan kenapa Karpal begitu terdesak untuk menutup mulutnya.
Bangsa Melayu adalah Ketuanan Melayu di Malaysia..termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Bangsa lain Cina, India dan lain-lain adalah Kaum Pendatang walaupun dia lahir pada hari ini.
ReplyDeleteMereka boleh mendabik dada apabila berjaya. Kita bila berjaya hanya kerana bantuan. Mereka cemerlang tak dapat sambung belajar. Kita dah dapat peluang belajar disia2kan. Manusia akan lemah bila sering dibantu. Tak ada usaha untuk memajukan diri.
ReplyDeletetanpa bantuan kerajaan adakah bangsa melayu m'sia akan jadi mcm melayu s'pore. adakah melayu s'pore tertindas dan hidup merempat? tapi saya pernah dgr melayu s'pore ckp we're proud to be singaporeans.only s'pore malays can tell us the truth about them.their survival, their inspirations, dreams and hope ..
ReplyDelete