Pages

Thursday, May 31, 2012

Pemuda BN Lebih Realistik Perjuang Hak Generasi Muda- KJ



Pemuda Barisan Nasional (BN) lebih realistik dalam memperjuangkan hak generasi muda di negara ini berbanding pembangkang yang hanya pandai menabur janji, kata pengerusinya Khairy Jamaluddin.

"Kalau kita lihat perbandingan antara Pemuda BN dan pembangkang, kita
(Pemuda BN) mempunyai perancangan masa depan yang jelas, lebih realistik serta tidak menjanjikan 'bulan' dan 'bintang' sebaliknya menawarkan sesuatu yang dapat dikecapi serta janji yang dapat kita laksanakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Konsert Jelajah BN Pilihan Saya' di sini, hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan, Ketua Pemuda MIC T. Mohan, Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) Harridz Mohan.

Mengenai konsert itu, Khairy berkata ia adalah salah satu cara Pemuda BN untuk mendekatkan diri dengan generasi muda.

"Konsert ini adalah salah satu cara bagaimana artis muda dan veteran menyakinkan lebih ramai generasi muda untuk bersama kita (Pemuda BN), pengisian kita bukan saja hiburan untuk dekati generasi muda tetapi yang lebih penting untuk bantu orang muda," katanya.

Sementara itu, T. Mohan berkata konsert itu yang akan diadakan di 11 lokasi di seluruh Semenanjung bermula 1 hingga 24 Jun anjuran Pemuda MIC dengan kerjasama Pertubuhan Artis-Artis India Malaysia dan Persatuan Belia Karismatik Malaysia akan menampilkan artis India terkenal tanah air

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.