Pages
▼
Wednesday, May 30, 2012
Pemuda UMNO Mengutuk Keganasan di Syria!
Pergerakan Pemuda Umno Malaysia hari ini mengutuk tindakan keganasan yang berlaku di Syria, ketuanya Khairy Jamaluddin berkata "Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas dan tidak berperi kemanusian oleh pemimpin dan pihak berkuasa Syria di dalam menangani konflik dalamannya sehingga mengakibatkan lebih sepuluh ribu kematian di kalangan orang awam, termasuklah insiden terkini di Houla yang mana menyaksikan 108 rakyat Syria terbunuh dengan kebanyakan daripadanya adalah kanak-kanak."
Katanya lagi "Pemuda UMNO dengan ini menggesa Kerajaan untuk mengeluarkan kenyataan rasmi mengecam tindakan kejam tersebut. Pemuda UMNO juga mendesak Kerajaan untuk mengusulkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk turut sama mengecam dan seterusnya memberi tekanan kepada rejim pimpinan Presiden Bashar al-Assad di Syria untuk melaksanakan pelan damai anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Liga Arab,yang baru sahaja dikuatkuasakan enam minggu lalu, bagi memulihkan kembali keamanan di negara tersebut."
Kenapakah Ketua Pemuda UMNO hanya prihatin tentang apa yang berlaku di Syria. Di mana kecamanya tentang nasib mereka di Baharin umpamanya?
ReplyDeleteNusrat Howard-Moore