Pages

Monday, May 7, 2012

Ulama Mengesahkan Demonstrasi BERSIH 3.0 Haram


Akhirnya para Ulama dan Mufti membuka mulut menyuarakan pandangan mereka selepas masing-masing kurang senang melihat kekacauan dan rusuhan berlaku semasa demonstrasi BERSIH 3.0. Mereka sepakat sependapat sebarang perhimpunan dan demonstrasi yang menjurus kepada kacau bilau dan mengganggu ketenteraman awam adalah haram untuk disertai.

Kenyataan itu jelas tepat dan kena pada masanya apatah lagi demonstrasi BERSIH 3.0 yang berlangsung minggu lepas itu terbukti gagal dikawal selia oleh penganjur hingga akibatnya memudaratkan suasana damai yang selama ini dikecapi semua pihak.

Tidak sedikit khalayak umum terpaksa menanggung kerugian angkara rusuhan dan kekacauan yang berlaku, lebih dari itu sedikit sebanyak turut menyebabkan imej baik negara terpalit sama tercemar gara-gara tindakan liar perusuh BERSIH 3.0 yang berkelakuan ganas seakan hilang kewarasan fikirannya.

Malah apabila kebanyakan perusuh yang terbabit merosakkan harta benda awam dan mencederakan anggota keselamatan seperti yang berlaku dalam BERSIH 3.0 adalah terdiri kalangan orang Islam, ianya tentu sahaja mencalarkan kesucian Islam sebagai agama yang menyeru kepada keamanan dan perpaduan.

Selain itu, faktor pihak penganjur sendiri yang terlibat secara langsung dalam menyokong keagiatan memurtadkan umat Islam dan kuat mendukung golongan songsang (lesbian, gay, biseksual & transgender - LGBT) tentu sahaja menjadi salah satu kriteria penting sehingga mendorong para Ulama bersependapat mengharamkan perhimpunan seumpama itu.

Namun, persoalannya adakah para peserta BERSIH 3.0 khususnya yang beragama Islam bersedia menerima pandangan para Ulama itu dan mengambil iktibar sebagai pengajaran di masa depan, ataupun mereka lebih selesa berpaut pada pandangan minoriti pro BERSIH 3.0 yang diketuai oleh ulamak politik seperti Nik Aziz Nik Mat?

2 comments:

  1. BERSIH 300 direstui ular mak-ular mak dari parti PEMBANGKANG, ular mak2 haram yg bertaitle presiden, nabi dan imam-imam adalah manusia HARAM yg telah berjaya memesong, menyesesat, memunafikan ahli-ahli sejak dahulu, sekarang dan seterusnya. MEREKA buta, bisu dan pekak, negara ini dominen dengan keamanan, kemakmuran dan keharmonian, hanya disebabkan gila memfitnah dan hendak merampas kuasa kerajaan yg memerintah, segala kebaikan kerajaan dianggap HAMPAS belaka. PEMBANGKANG yg ada TIDAK mampu mentadbir negara ini dgn baik kerana (3) komponan dlm pembangkang masing-masing tersembunyi ajenda peribadi hendak merebut jawatan PM setelah berkuasa nanti.

    kepada melayu islam, majlis fatwa dengan tegas telah menyatakan; bibit-bibit penderhakaan kepada negara dan pemerintah yg sah dipilih rakyaat, HUKUMNYA HARAM.
    pengikut bersih tak mau faham!!!

    ReplyDelete
  2. PAS ULARMAK SAMPAH AKHIR ZAMAN BERIMAN PADA AMBINGAI. PAS ULAMA SUK"

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.