Pages
▼
Monday, May 7, 2012
Umno Mahu Saifuddin Nasution Minta Maaf
SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana mendakwa beliau ahli Umno dan tidak layak memegang jawatan itu.
Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, dakwaan yang dibuat tanpa kajian itu secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti Wan Ahmad sebagai pegawai SPR.
Menurutnya, pendedahan yang dibuat Sinar Harian semalam jelas menunjukkan (Datuk) Wan Ahmad bukanlah ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas seperti yang didakwa pembangkang dan itu adalah dakwaan palsu.
“Dia (Saifuddin) kena minta maaf atas tuduhan tidak berasas ini.Ini adalah kerja-kerja mereka sepanjang menjadi pembangkang yang sentiasa mengeluarkan tuduhan melulu tanpa selidik perkara sebenarnya.
“Mereka ini cuba memperdayakan rakyat dengan pelbagai tuduhan dan ada juga di antara masyarakat yang mempercayainya walhal ia sebenarnya tidak benar,” katanya semalam.
Terdahulu beliau merasmikan Pelancaran Kawasan Industri Majlis Amanah Rakyat (Mara) (Kimfest) 2012 dan Halal Park di Pengkalan Chepa di sini.
Seperti yang didedahkan Saifuddin dalam Sinar Harian 26 April lalu, mendakwa nama Wan Ahmad Wan Omar kad pengenalan bernombor 490101-03-5179 dan kad pengenalan lama 2756290 adalah disebut dimiliki oleh Datuk Wan Ahmad.
Saifuddin mengaitkan nombor kad pengenalan Wan Ahmad seorang peniaga kedai makan itu adalah milik Datuk Wan Ahmad sebagai ahli Umno sehingga turut mencabarnya bersama Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof membuat penafian sebelum pendedahan dibuat.
Saifuddin juga turut mendesak Abdul Aziz dan Datuk Wan Ahmad melepaskan keahlian mereka bagi membuktikan SPR bebas dan berkecuali.
Perkara ini seakan-akan terjawab setelah Sinar Harian mendedahkan seorang lelaki mengaku nama dan nombor kad pengenalan itu sebenarnya adalah miliknya tetapi bukan merujuk kepunyaan Datuk Wan Ahmad.
Dalam masa sama Wan Ahmad juga bersimpati terhadap Datuk Wan Ahmad dan Umno perlu menjawab perkara itu untuk menjaga imej SPR sebagai badan pengurus pilihan raya yang bebas dan berkecuali.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.