Pages

Wednesday, June 6, 2012

Anwar Menjemput Bala Bila Menghasut Pelajar Tidak Bayar Pinjaman PTPTN


Pendedahan oleh akhbar Cina, Sin Chew Daily pada 4 Jun 2012 yang lepas berkenaan hasutan Anwar supaya peminjam PTPTN tidak membayar hutang mereka ternyata hanyalah satu janji populis yang tidak berpijak di bumi nyata.

Dalam ceramahnya bersama Lim Guan Eng itu, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor turut menjanjikan PTPTN akan dihapuskan dalam jangka masa setahun selepas peralihan kerajaan pusat sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihanraya umum ke 13 kelak.

Konon hendak diganti dengan pendidikan serba percuma. Walhal Anwar lupa, Yayasan Selangor milik kerajaan Selangor hingga kini telah menutup pusat pendidikan kemahiran serta asrama kediaman pelajarnya.

Mana logiknya untuk Anwar mempraktikkan pendidikan percuma? Kontradik & memualkan sekali, tidak begitu?

Zaman sekarang sudah ramai yang buka mata dan bijak berfikir jauh ke depan. Tak semudah dan sewenang-wenangnya untuk Anwar terus menjual temberang dan mengabui mata rakyat.

Omong kosong dan propaganda murahan seperti yang kerap di usung oleh Anwar dan pakatan pembangkang sudah dianggap seperti gebang penjual ubat & makjun kesihatan di jalanan. Seronok untuk di dengar tapi mudarat untuk di guna pakai.

Dari sudut lain pula, bukankah bila pinjaman yang sudah dimeterai perjanjian kontrak dan terma syaratnya dipersetujui, apabila sengaja dilanggar memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab? Walhal, jika PTPTN itu membebankan, lebih baik dari awal lagi dijauhi.

Anwar lupa, majoriti rakyat Malaysia bukannya sebodoh pemuja dan pengikutnya. Baik Melayu, Cina, India, kadazan, Iban dan apa saja kaum di bumi bertuah ini amat jelas resam bila berhutang menjadi kewajipan pula untuk patuh pada perjanjian pembayaran semula.

Tanyalah siapa saja yang waras fikirannya, mereka akan bercakap perkara yang sama - hutang wajib dibayar.

Waima kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP hingga kini terus aktif memburu ratusan rakyatnya yang gagal membayar semula wang pinjaman pendidikan yayasan negeri, mana mungkin untuk rakyat meyakini temberang dan hasutan Anwar.

Namun apabila Anwar menghasut rakyat khususnya para pelajar mengingkari bayaran semula pinjaman PTPTN, itu jelas menonjolkan sikapnya tidak bertanggungjawab seorang pemimpin.

Jelaslah, Anwar sebetulnya hanya menjemput bala apabila menggesa peminjam mengabaikan tanggungjawab membayar semula pinjaman.

Rakyat Malaysia tidak mungkin sanggup membiarkan tanahair ini diserahkan kepada Anwar dan pembangkang yang tiada sikap cakna dan tanggungjawab.

4 comments:

  1. Ketika ramai anak melayu berjaya mendapat tempat pengajian di IPTA & IPTS tempatan, ramai ibubapa tiada kemampuan untuk mengantar anak2 mereka meneruskan pengajian.

    Pihak kerajaan pula, tidak mampu untuk memberikan pendidikan percuma kepada SEMUA pelajar untuk pengajian tinggi. Namun, pendidikan percuma melalui biasiswa telah disediakan untuk memastikan pelajar miskin yg benar2 layak dapat meneruskan pengajian. Itupun, hanya kursus2 kritikal yg tertentu sahaja yg kerajaan sedia pertimbangkan untuk biasiswa.. spt kursus Kedoktoran, Kejuruteraan dsbnya.

    Sebenarnya, pembentukan tabung PTPTN adalah idea bernas Anwar Ibrahim sendiri ketika beliau menjadi TPM/Menteri Kewangan.

    Pelbagai lapisan rakyat dapat menghantar anak2 ke IPTA & IPTS melalui pembiayaan pinjaman ini. Apabila mereka sudah bekerja kelak, mereka boleh membayar secara beransur2. Apalah sangatnya dengan pembayaran RM100-RM200 sebulan pada para graduan bila dah bekerja nanti?

    Kalau motto AirAsia adalah "Now Everyone Can Fly"..; pembentukan PTPTN ini menyebabkan; "Now Everyone Can Further Their Studies".

    Setelah elok2 Anwar memulakan PTPTN yg bernas itu.., mengapa sekarang dia sendiri yang ingin menghancurkannya?

    Inilah salah satu contoh kecelaruan politik yang ada pada benak manusia yg bernama Anwar Ibrahim..!

    ReplyDelete
  2. Sah dia ni memang manusia durjana. Kalau tidak tak kan lebih 40 org pemimpin ygkenal rapat dgnnya awal-awal lagi dah kuar. Tapi sayang masih ramai yg membutakan mata dan memekakkan telinga.

    ReplyDelete
  3. ada baiknya juga kalau pendidikan
    peringkat tinggi itu percuma tapi dapat kah itu di laksanakan.sesiapa pun pemerintah kalau itu sudah disepakati dengan saksama itu tak kan mustahil

    ReplyDelete
  4. Sesuatu yg kita perlu beli atau bayar pasti akan lebih kita hargai.. berbanding jika memperolehi secara percuma.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.