Pages

Tuesday, June 19, 2012

Khairy Jumpa Mahasiswa... Bikin Adam Adli Kepanasan...


kj-uitm
Program ini bukan program yang dijadualkan lebih awal, ini hanya program terkejut tergempar, apabila sekumpulan mahasiswa UiTM Shah Alam jemput Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin untuk berdialog.

Sebab program 'terkejut-tergempak' maka dipilih sebuah restoran mamak, Khulafa Bistro dekat Seksyen 7 Shah Alam sebagai lokasi 'santai bersama KJ'.

Sebuah ruang berhawa dingin disediakan, kapasitinya 120 kerusi, jadi pada Isnin malam, ia pun diadakan.

Program dijangka mula jam 8.30 malam, Khairy tiba lima minit awal, tapi mahasiswa ada yang berkumpul sejak lepas Mahgrib lagi. Sudahnya, kerusi di dalam penuh, yang lambat kena duduk di luar, dan paling menarik, dua jam Khairy kena tanya soalan demi soalan, yang kebanyakkannya bersifat 'shot to kill'.
kj-uitm1

Dengar cerita kawan-kawan 'belah sana' dari Soladiriti Mahasiswa Malaysia (SMM) pun hadir dan 'bakar line' dengan soalan panas. Majoritinya soalan PTPTN dan Khairy jawab satu per satu, macam biasa dengan keyakinan orang politik.

Menurut Khairy, program tersebut adalah yang pertama beliau buat secara tidak rasmi dengan mahasiswa UiTM.

Ia merupakan program santai yang mana konsepnya, boleh tanya apa saja, tidak ada tapisan, dan akan dijawab secepat mungkin, supaya yang lain boleh tanya lagi.
"Program ini yang pertama, melihat kepada sambutan begini, kita akan buat lagi, kita akan buat jelajah bertemu mahasiswa," kata Khairy.

Ruangan berhawa dingin itu tidak mampu menahan 'aura' kepanasan dialog pelajar universiti dengan ketua pemuda UMNO. Bayangkan, dalam air con kami berpeluh. Berpeluh sebab sesak sangat, sampai susah nak bernafas...

Kipas tambahan terpaksa dibawa masuk khas dan paling tidak dijangka, sempat terjadi suasana kecoh berikutan mahasiswa yang geram tidak boleh masuk dan minta yang bukan mahasiswa keluar dari bilik tersebut.
kj-uitm2

Bagaimanapun, suasana tersebut sekejab sahaja, sebab masing-masing memberikan perhatian kepada apa soalan yang diajukan kepada Khairy.

Antara yang menarik adalah ke mana RM238 bilion duit Petronas yang dibayar kepada kerajaan di era pemerintahan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2004 hingga 2008.



Khairy menjelaskan bahawa semua wang yang dibayar kepada Petronas dimasukan dalam akuan kerajaan yang disatukan dan ada rekod.

"Apa yang saya boleh jelaskan peruntukan pendidikan dalam bajet di zaman Pak Lah merupakan antara yang paling tinggi dalam sejarah," katanya yang diasak mahasiswa yang nak tahu berapa duit Petronas untuk dana pendidikan.

Menurut Khairy, beliau tidak boleh jawab secara detail sebab semua masuk dalam satu akuan induk.

" Dalam akaun induk kerajaan, duit Petronas, cukai, dividen bank, khazanah semua masuk situ.

"Jadi yang tuduh kita songlap duit Petronas itu tidak betul," katanya.

Beliau turut ditanya mengenai isu yang panas di laman sosial seperti kes mahasiswa yang didakwa kerana melakukan kesalahan itu ini...

Kata Khairy, apa yang jelas bukan soal mahasiswa atau bukan, tetapi siapa yang melanggar undang-undang akan didakwa kerana tidak ada sesiapapun lebih tinggi dari undang-undang.

"Jika ketua pemuda (UMNO) salah maka saya akan didakwa juga, tidak kebal," jelasnya.

Soalan-soalan berkaitan PTPTN, Khairy jawab seperti yang kita tengok debatnya dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli baru-baru ini. Khairy menampilkan fakta-fakta yang beliau gunakan untuk berdebat dengan Rafizi dan kembangkan lagi dengan penjelasan-penjelasan baru.

Mengenai soalan mengapa tidak guna duit Petronas membiayai pendidikan percuma di Malaysia seperti yang dijanjikan PKR, kata Khairy jawapannya adalah "apakah perlu Petronas berbuat demikian...?"

"Itu tidak bertanggungjawab, saya rasa pendidikan ini merupakan pelaburan bersama antara mahasiswa dan kerajaan, masing-masing ada sumbangannya dalam bentuk kewangan.

"Jika hendak guna duit Petronas memang boleh, macam jika kita hendak buat 10 lagi lapangan terbang dan guna wang Petronas, boleh... tetapi wajarkah?" soalnya semula.

Walaupun soalan jenis 'shot to kill' dari mahasiswa, namun Khairy jawab dengan tenang dan menyakinkan.
kj-uitm3
Sampai di satu peringkat, beliau sendiri buat lawak, kata mahasiswa sekarang ini serius sangat, sebab dari puluhan soalan yang diterimanya, tidak ada satupun yang bersifat 'santai' macam tengok bola ke tidak, pasukan mana pilihan, semua soalan politik dan berat-berat.

Khairy ditemani leftenan-leftenannya seperti Pengerusi UMB Tun Faisal Ismail, ketua pemuda bahagian Shah Alam, Kapar, Sungai Besar dan Kelana Jaya.

Sebelum menutup majlis selepas dua jam bercakap hingga suara naik serak, Khairy berjanji akan datang lagi ke Shah Alam untuk sesi kedua.

Beliau nampak gembira dengan sambutan diterima, manakala mahasiswa biarpun yang 'kaki bangkang' puas hati sebab dapat berdialog dengan ahli parlimen dan juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia.- Agendadaily

1 comment:

  1. mamat lembu(pkr) ada bran datang untuk ditujukan soalan macam KJ...buat fitnah dan buat isu boleh la...klu dia datang ke UiTm cuba tanye pasai akaun 3 bilion tu..ada bran

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.