Pages

Tuesday, June 26, 2012

Maya Karin Cintakan Bront Palarae?


Keakraban dan kemesraan dua pelakon tempatan, Maya Karin dan Bront Palarae jika bukan dilihat dari sudut profesionalisme, pasti ramai yang menyangka bahawa mereka adalah pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta.

Heroin filem "Ombak Rindu", Maya Karin tidak menafikan bahawa perasaan cinta itu wujud kepada Bront Palarae.

"Saya cintakan Bront sebagai aktor dan juga kawan. Bagi saya, dia adalah kawan saya yang paling rapat dalam industri.

"Persamaan kami dapat dilihat daripada cara kami berfikir, tidak kira mengenai isu masyarakat, politik, muzik ataupun filem. Pendek kata pemikiran kami banyak persamaan dalam segenap aspek," jelas aktres berusia 32 tahun ini ketika diusik mengenai kemesraan antara mereka.

Ujar Maya lagi, filem terbaru arahan Osman Ali, "Jwanita" ini menyaksikan gandingan kali keenam antaranya dan Bront.

"Apa yang boleh saya katakan, Tuhan menyatukan saya dengan Bront, tetapi hanya dalam filem sahaja."

Sementara itu Maya yang sudah solo sejak perkahwinannya dengan Steven David Shorthose musnah hampir dua tahun lalu turut enggan mengulas lanjut selepas dikhabarkan hadir di sebuah majlis makan malam bersama seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk, baru-baru ini.

Malah Maya menafikan tidak mempunyai hubungan istimewa bersama Datuk berkenaan, sebaliknya sudah berkawan baik sejak empat tahun lepas.- Cinema Online

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.