Pages

Tuesday, June 5, 2012

Why Won't Mr. And Mrs. Azmin Declare Their Asset?


Since Raja Petra Kamarudin (RPK) revealed upon some secret documents, the result on investigations done by the Anti-Corruption Agency (BPR) regarding a corruption case which involves Azmin back in 1995, writer had only seen a little response that came from Azmin in defending himself. Even then, we can argue that he barely said anything because up until now, the only thing that has been defending him are messages from his Twitter account.

Either that was him or some other people Tweeting for him, we do not know that.

But what is more obvious is that Azmin once again had chosen the harder path to show that he is guilty. In matters as this, Azmin and Shamsidar could declare their assets to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), if it is true that he did not hide any 'remarkable income' from rakyat.

Why is it so hard to declare their asset? Making responses via Twitter do not solve the issue. Rakyat would need to know whether it is true or not.

Even writer is confused on why would Azmin take the harder path to clean up his image when there are easier ways to settle this.

This is just as same as the case where he rebelled against his own mother. Why is it so hard to just go to her, give her a big hug and take a few pictures, that might have probably solve the matter. Even if the issue might not really be solved among his own family members, at least their relationship would not be speculated any further.

But up until now, Azmin still fail to do any of that, even though his house and his mother's is not that far. Azmin is even the MP of the area, he should, at least, go around the place once a month to settle issues among rakyat. He could have taken the chance to make up with his mother, but nothing happened.

Or, he has never gone around the area, not fulfilling his responsibility as an MP?

Someone did told writer that Azmin is an arrogant man. He thinks that he is so strong especially when he was appointed as PKR's Vice President during the chaotic 2010 National election. Perhaps his arrogance went overboard where he is starting to think that he is above the law?

For regular men like us who has never commit any crime, it would be quite horrifying for us to know if someone has a huge pile of evidence showing the footprints of our crime. But Azmin is different, he do not seem to be too relaxed, but he looks too confident, as if none of the evidence could link him to the corruption and abuse of power case, no matter how concrete the evidences are.

This is what is happening to Azmin now.

But Azmin is wrong, he thinks that he is one of those untouchables. If Anwar holds a high position like he did back then, probably he would be an untouchable. But things have changed. People are sick of hearing dozens of charges that involves misuse of power and corruption that involves Azmin - more to that, when would he provide answers for each of those charges.



SEJAK Raja Petra Kamarudin (RPK) mendedahkan dokumen-dokumen rahsia, hasil siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung salah laku rasuah Azmin pada 1995, penulis lihat sedikit sahaja yang keluar dari mulut Azmin untuk mempertahankan dirinya. Itupun kalau boleh dipanggil ‘keluar dari mulut’, sebab setakat yang nampak ini hanya mesej twitternya saja yang mewakilkan dirinya menafikan terlibat dalam soal tersebut.

Sama ada dia sendiri atau orang lain yang menulis mesej itu bagi pihaknya, tidaklah diketahui.

Tapi yang nyata, sekali lagi Azmin memilih jalan susah untuk menunjukkan dirinya bersalah. Dalam soal seumpama ini, sepatutnya Azmin dan Shamsidar boleh cepat-cepat mengistiharkan hartanya sekeluarga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kalau benarlah tidak ada pendapatan luar biasa yang nak disorokkan dari pengetahuan rakyat.

Apa yang susah sangat dengan isytihar harta? Setakat jawab dalam twitter saja, mana cukup untuk menyakinkan rakyat. Lagipun memang resmi manusia, mana pernah mengaku salah, apatah lagi salah jenis yang besar macam ini. Rakyat perlu sesuatu yang lebih kukuh untuk percaya dengan penafian Azmin.

Penulis juga pelik bila Azmin memilih jalan berliku untuk mensucikan namanya bilamana jalan senang, mudah dan lapang sudah ada di depan mata.

Macam kes derhaka dengan ibunya jugalah, apa yang susah sangat pergi rumah orang tua itu, peluk cium ibunya dan kemudian ambil gambar besar-besar, nescaya selesailah masalah itu. Kalau tak selesai dari segi hubungan anak beranak, sekurang-kurangnya rakyat yang dibawah ini boleh diyakinkan bahawa hubungan kedua mereka tidak ada masalah seperti yang digembar gemburkan.

Tapi sehingga kini, Azmin masih gagal melakukan perkara semudah itu walaupun khabarnya, jarak rumahnya dengan ibunya tidaklah sampai sepelaung. Malah Azmin juga adalah Ahli Parlimen dalam kawasan tersebut, kalau takpun, Azmin masih perlu round kawasan itu sebulan sekali untuk mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat. Ambillah peluang untuk jumpa ibunya waktu itu, tapi itupun tak mampu dibuat.

Atau Azmin tak pernah round aka tak menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen?

Seseorang pernah memaklumkan kepada penulis bahawa Azmin ini orangnya sombong. Dia rasa dirinya sudah terlalu kuat, lebih-lebih lagi sejak dipilih menjadi Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan Nasional 2010 yang penuh huru hara itu. Mungkin kesombongan ‘dalaman’ Azmin ini terbawa-bawa diluar, dalam keadaan dimana dia perlu berhadapan dengan tindakan undang-undang sekalipun.

Bagi orang biasa yang tidak melakukan kesalahan, sedikit sebanyak terganggu juga kita bila dihadapkan dengan segala bukti yang menunjukkan ada benda salah yang kita pernah buat dulu, tapi dengan Azmin lain pulak fesyennya. Nak kata rilek, tidak juga, tapi lebih dari itu dia kelihatan terlalu yakin, seolah-olah tidak akan ada satu pun tuduhan yang mampu mengaitkkannya dengan jenayah rasuah dan salah guna kuasa, tak kiralah sekuat mana pun buktinya.

Inilah yang berlaku kepada Azmin sekarang.

Tapi Azmin silap, dia fikir dia untouchable ka? Kalau Anwar pegang jawatan tinggi dalam kerajaan macam dulu, mungkin ya, tapi keadaan sudah jauh berbeza. Orang dah naik jelak dengan pelbagai tuduhan yang menjurus kepada salah guna kuasa dan korupsi yang membabitkan Azmin – lebih lagi bila semua tuduhan tersebut tidak dijawab olehnya

1 comment:

  1. Satu ekzos rabak satu lagi radiator bocor hehehehe.

    Tapi kereta tu kereta mewah ke ke ke

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.