Pages

Thursday, July 26, 2012

KJ - Turunkan Harga Kereta Janji Manis Pembangkang Untuk Pancing Undi


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin menyifatkan janji pakatan pembangkang untuk menurunkan harga kereta sekiranya mereka mendapat mandat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang adalah janji populis yang dibuat secara spontan untuk memancing undi.

Katanya, janji tersebut adalah sebahagian daripada janji-janji lepas yang gagal ditunaikan oleh pakatan pembangkang.

“Bagaimana pakatan pembangkang mahu membiayai janji-janji tersebut iaitu nak kurangkan harga kereta sedangkan 4.6 bilion ringgit dikorbankan dari segi cukai, tetapi ditambah pula dengan janji untuk penghapusan tol, janjiuntuk beri pendidikan percuma, janji untuk hapuskan PTPTN, janji untuk beri gaji minimum setiap keluarga, yang mana semua janji-janji ini akan bangkrapkan negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn, hari ini.



Dilaporkan, Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berjanji akan melakukan rombakan terhadap Dasar Automotif Negara dalam usaha untuk menurunkan harga kereta sekiranya pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya selepas PRU ke-13 akan datang.

“Janji ini adalah sebahagian daripada janji-janji yang lepas sedangkan ia akan memberi kesan kepada kewangan negara kita sebanyak 4.6 bilion setiap tahun dari segi cukai.

“Kita boleh janji tetapi sekiranya kita tidak beri penjelasan bagaimana nak biayai janji-janji tersebut, maka saya risau bahawa janji ini akan membawa kemudaratan kepada ekonomi negara kita,” katanya.

Ujar beliau lagi, sekiranya harga kereta diturunkan, ia juga akan memberi kesan kepada pengangkutan awam dan menambahkan lagi kesesakan di jalan raya.

“Dari segi pengangkutan awam, hari ini dibawah kerajaan Barisan Nasional (BN) ada satu usaha untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam sama ada dari segi LRT, MRT, komuter dan perkhidmatan bas dan saya ingin melihat ramai lagi yang akan menggunakan pengangkutan awam supaya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya.

“Perkara ini tidak dikaji oleh pihak pakatan kerana mereka hanya membuat janji populis untuk turunkan harga kereta tetapi tidak fikirkan kepada kesesakan dan juga penggunaan pengangkutan awam yang telah kerajaan buat komitmen melalui pembinaan MRT dan sebagainya.”

Tegasnya, cadangan ini walaupun dari segi beban kepada rakyat mungkin baik tetapi tidak difikirkan implikasinya dari segi kewangan dan pengangkutan awam.

“Ini adalah janji yang dibuat secara spontan untuk pancing undi dan tidak bertanggungjawab.”

Sebelum itu, beliau yang juga Pengerusi Pemuda BN mengumumkan bahawa pergerakan tersebut akan mengadakan Tadarus dan Khatam Quran Perdana 1Malaysia yang akan berlangsung di Masjid KLCC dengan melibatkan 2,000 peserta terdiri daripada kalangan pemuda, pelajar-pelajar universiti dan tahfiz selain kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

“Program tersebut akan diadakan pada 11 Ogos depan dan terdahulu pada 10 Ogos akan berlangsung acara yang sama di Negeri Kedah. Turut menyusul dalam program tersebut ialah penyerahan kepada lebih 800 sumbangan untuk golongan fakir miskin.”

Jelasnya lagi, selain itu, bersempena Ramadan, Pergerakan Pemuda UMNO juga akan mengagihkan 30 kotak barang-barang keperluan makanan di setiap bahagian dengan melibatkan sejumlah 5,730 melalui program Ihya Ramadan. – MediaUMNO

4 comments:

  1. anwar ibrahim berkata :
    Peduli apa negara jatuh bankrap ke, nak muflis ke... ada aku kisah.. yg penting aku bleh jadi PM... boleh songlap banyak duit.. haha negara bankrap pun yg akan rasa rakyat.. aku dah byk duit..

    ReplyDelete
  2. Bagus la harga kereta turun..harga kereta tinggi disebabkan cukai yg terlampau tinggi..cukai ni utk kroni bukan untuk rakyat..sekurangnya harga kereta turun tak la membebankan rakyat..hanya org BODOH je yg nak beli barang mahal2...semua org nak beli harga murah....harga sebuah proton persona 68k sama ngan harga honda civic 2.0..perghh mesti pilih PAKATAN RAKYAT!..UMNO kasi masuk tong sampah..

    ReplyDelete
  3. BN yg bankrupkan rakyat..bukan PAKATAN OK!BUNGKUS UMNO,BUANG LAM TOMNG SAMPAH!!PUIIIII

    ReplyDelete
  4. saya fikir janji menurunkan harga kereta sangat tidak bijak kerana bencana yang lebih serius apabila jalanraya menjadi tersangat sesak...justeru itu USAH UBAH.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.