Pages
▼
Thursday, September 27, 2012
Belanjawan Pakatan Pembangkang Adalah Idea Tiruan Dan Bersifat Populis - Khairy
Beberapa pemimpin kerajaan pada Khamis menyifatkan belanjawan pakatan pembangkang yang dibentangkan pada Rabu adalah idea tiruan yang sudah dimulakan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan lebih bersifat populis untuk menarik perhatian rakyat.
Rata-rata berpendapat belanjawan pembangkang itu lebih bersifat kepada hanya ‘janji dimanisi’ dan bukan janji ditepati.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata hampir 80 peratus perkara dalam belanjawan itu idea dikitar semula dari buku jingga mereka.
Katanya, sebagai contoh cadangan pembangkang untuk menubuhkan ‘National Housing Board’ sudah dibuat oleh kerajaan terlebih dahulu melalui Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA).
Bercakap pada sidang media BN Youth Job Fair 2012 di sini pada Khamis, Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata pembangkang perlu menjelaskan bagaimana mereka ingin membiayai belanjawan alternatif terbabit, yang dianggarkan berjumlah RM200 bilion, sedangkan mereka ingin menghapuskan tol dan duti eksais serta menurunkan harga minyak.
Sumber: Bernama
Dengan kurangnya "nonproductive money" seperti komisyen, rasuah dan lain2 ketirisan, InsyaAllah ianya boleh dilakukan..Even BN pun boleh laksanakan jika perkara2 tercegah diatas boleh mereka atasi. Kurangkan sedikit kekayaan pihak2 atasan, kurangkan sikit nikmat2 dan keseronokan duniawi itu kunci utama. Contoh mcm teguran yang dilakukan Sultan Johor untuk harga peralatan GGK drpd RM150K berbanding jadi RM690K (460% lebih kenaikan). Kes NTC lagi satu contoh. Itu yang nampak tak di campur lagi dgn lain2 transaksi yang tak nampak. Tak kiralah mana2 parti pun klu perkara2 haram tu tak dijaga, janji hanya tinggal janji, kalau yang memang aim nak kaya pulak, lebih baik tak dibuat sebarang janji sebab basically dah tau dah calculation untung tu macam mana. Inilah realiti.
ReplyDelete