Pages
▼
Monday, September 3, 2012
Khairy : Pas di Ambang Perpecahan Serius
TELUK INTAN 1 Sept. - Kepimpinan Pas kini diambang perpecahan yang semakin serius ekoran wujud percanggahan ketara antara golongan ulama dan kelompok 'Anwarinas' berhubung kedudukan bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sokongan terbuka golongan ulama Pas terhadap Nasharudin menyebabkan kepimpinan Pas makin tersepit ekoran menerima tekanan daripada kelompok 'Anwarinas' yang bersekongkol dengan DAP supaya pemimpin itu disingkirkan.
"Mereka (Pas) takut hendak buat keputusan kerana mereka tersepit. Jika mereka menyingkirkan Nasharudin, maka mereka akan berdepan kemarahan golongan ulama.
"Kepimpinan Pas semakin tersepit kerana mereka juga mahu menjaga hati DAP yang tidak mahu Nasharudin terus berada dalam parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan, di sini semalam.
Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan, Datuk Idris Hashim; Timbalannya, Azhar Jamaluddin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dan Ketua Pemuda UMNO Perak, Khairul Azwan Harun.
Khairy diminta mengulas sokongan terbuka Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang mempertahankan Nasharudin sambil menegaskan gesaan pemimpin itu supaya Pas mempertimbangkan semula hubungan dengan pakatan pembangkang bukannya satu kesalahan.
Pendirian tegas itu dilihat memberi tamparan hebat kepada golongan 'Anwarinas' yang memberi tekanan supaya tindakan dikenakan ke atas Nasharudin menjelang mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 9 September ini.
Menurut Khairy, pergeseran dalam Pas menyebabkan parti itu semakin hilang hala tuju sehingga mengundang kritikan daripada ahli akar umbi terutama melibatkan pendirian dan dasar menubuhkan negara Islam yang semakin kabur.
"Ini timbul kerana wujud puak-puak dalam Pas, satu puak masih tegar dalam perjuangan menubuhkan negara Islam dan satu lagi golongan mengetepikan perjuangan untuk bersama-sama DAP mengejar kuasa," katanya.
-Utusan
khairy ke yg komen? iye kan aje la tanda setuju! kah kah kah
ReplyDeleteaku lebih percaya khairy dari orang2 PAS. komen mereka selalu low class, hamPAS terutama dari nicky ajis dan anak dididk dia si mahpos omar. hahahahahahah
ReplyDeleteStatement kj mcm budak blogger separuh ilmu mcm aku..low mental
ReplyDeletePemuda umno cukup lembek Dan berpecah sekarang ni - tu yg patut kj beri perhatian dari buat eyherrp7statement malas baca buku goyah Ala paklah
hahahaha kesian puak pas meroyan! panas punggung nampak!
ReplyDeleteKomen2 dan ucapan khairy jauh lebih baik dan bermutu tinggi kalau dibandingkan dgn orang pas. Apa kelas pas, ckp omputih pun tergagap2.
ReplyDelete