Pages

Friday, September 21, 2012

Ribuan Banjiri Perkarangan Masjid Kg Baru Bantah Penghinaan Terhadap Islam #Respect


Ribuan umat Islam serta rakyat pelbagai bangsa membanjiri perkarangan Masjid Kg Baru bagi membantah penyiaran filem anti-Islam ‘Innoncence of Muslims’ dan karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W. yang dianjurkan bersama Pemuda UMNO, Pemuda BN serta pelbagai NGO lain.

Himpunan berkenaan yang bermula selepas solat Jumaat berlangsung dengan aman dan turut disusuli laungan takbir “Allahu Akbar” serta “Jangan Hina Nabi Kami” dan pelbagai laungan serta kain rentang seperti “Freedom Of Speech Does Not Include Spreading Hate Messages. Respect Islam, Respect All Religion” serta pelbagai sepanduk lain mengutuk perbuatan tersebut.

Mursyidul Am Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Zahid Md Arip memulakan ucapan dan disusuli Presiden Jalur Tiga, Datuk Dr Hassan Ali dan seterusnya Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan diakhiri ucapan Ketua Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.

Van Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) menjadi paltform kepada pemimpin-pemimpin berkenaan menyatakan ucapan mereka yang diletakkan ditengah-tegah jalan berhadapan Masjid Kg Baru

Khairy Jmalauddin ketika berucap berkata, himpunan berkenaan adalah kecaman terhadap filem anti-Islam ‘Innoncence of Muslims’ dan karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W.

“Kita bukanlah bermusuh dengan kerajaan Perancis dan Amerika Syarikat (AS) tetapi mahu kedua-dua negara itu menghormati agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

“Musuh kita bukan rakyat Amerika Syarikat…Musuh kita bukan rakyat Perancis….Musuh kita bukan agama lain. Hari ini kita jemput Kristian, Budhha, Hindu, dan lain-lain agama untuk bersama dengan kita. Saya jemput kerana kita nak tujuk apa sahaja penghinaan kepada mana-mana agama tidak boleh diterima sama sekali.

“Musuh kita adalah mereka yang buat kerja ini…..Buat filem ini..buat kartun berkenan..Kita menggesa kerajaan Amerika Syarikat walapun kita tidak memusuhi mereka, kerajaan Perancis walaupun kita tidak memusuhi mereka supaya segera mereka mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat,“ katanya.

Khairy seterusnya menegaskan Pemuda UMNO serta Pemuda BN mempunyai solidariti yang sama dengan Pemuda Pas yang turut mengadakan bantarahan di hadapan kedutaan Amerika Syarikat.

“Kita mempunyai solidariti yang sama hari ini tuan-tuan…..Kita Pemuda UMNO, Pemuda BN bersama dengan Pemuda Pas dalam soal ini. Kita tidak seperti rakan seperjuangan mereka DAP. Kita cukup sedih apabila pemimpin pembangkang seperti, Datuk Ngeh Koo Ham yang menyifatkan himpunan yang dibuat adalah membazir masa.

“Kita rasa sedih sekali, ada pemimpin pembangkang sanggup masuk dalam lokap sertai Himpunan Bersih. Tetapi hari ini tuan-tuan apabila ada parti politik Islam dan juga bukan Islam yang ingin berhimpun apabila agama Islam dihina, Nabi Muhammad SAW dihina sedemikian rupa, ada yang kata orang Islam jangan buang masa, jangan buang tenaga.

“Jadi tak payahlah Pas bersama DAP, lebih baik bersama kita. Kalau inilah jenis pemimpinnya. Kita akan hantar mesej dalam pilihan raya akan datang kalau mereka anggap kita buang masa, kita buang mereka,“ katanya.

Himpunan Aman tersebut berakhir dengan doa yang dibacakan oleh Hassan Ali dan bacaan selawat oleh peserta himpunan.

Sumber: http://www.umno-online.my

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.