Pages
▼
Thursday, November 15, 2012
Mufti Perak Tegur Ulama PAS Membisu Dalam Isu Nurul Izzah
Bukan rahsia lagi kalangan ulama PAS kurang senang pada Tan Sri Harussani Zakaria.Label yang mereka dipakai pada Mufti Perak itu sebagai “ulama UMNO” acapkali menyusul khusus di laman maya oleh mereka yang tak tahan dengan komen-komen panasnya.
Namun ia tidak langsung menghalang beliau dari meneruskan perjuangan bersuara meluahkan pandangannya.
Orang-orang PAS bukannya tidak suka pada Mufti Perak kerana beliau dilihat kurang arif tentang hukum hakam atau kerana ilmu agamanya lebih rendah dari mereka tapi kerana komen-komennya sering dilihat tidak menyebelahi PAS.
Bagi Harussani, beliau berbuat demikian kerana bertanggungjawab memurnikan dan mendaulatkan lslam di negara ini.
Begitu juga hal-hal berhubung kait dengan akidah umat lslam, ia sesuatu yang tidak ada komprominya.
Terbaru Mufti Perak sekali lagi terpanggil menegur PAS khusus ulama-ulamanya berhubung komen Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar “mengenai isu kebebasan beragama untuk semua termasuk orang-orang Melayu.”
Sikap mereka yang mendiam diri dari mengeluarkan komen menyebabkan Mufti Perfak rasa keciwa “kerana ia seolah-olah memberi interpretasi bahawa mereka bersetuju dengan anak mantan Timbalan Perdana Menteri itu.”
Bagi setengah pihak sikap PAS ini difahami kerana komen negatif terhadap Nurul Izzah boleh memberi implikasi buruk kepada kerjasama antara PAS dan PKR.
Tambahan pula menjelang PRU ke13, komen mereka boleh memberi “political mileage” kepada UMNO.
Sehingga berita ini ditulis, ulama PAS masih berteka teki dan enggan memberikan komen yang berbentuk “mendakwahkan” anak Anwar.
Mereka bersikap membisu melainkan satu dua orang sahaja.
Justeru tafsiran orang ramai lebih cenderung kepada kepercayaan PAS takut kehilangan Anwar jika mereka mengkritik Nurul secara terbuka.
Apakah isu ini akan menjadi topik perbahasan di Muktamar PAS yang sedang berlangsung sekarang tidak dapat dipastikan.
Harussani yang ditemui wartawan Rabu meluahkan rasa keciwa kerana “mereka masih membisu.”
Beliau tampil dengan satu lagi permintaan—meminta mereka segera membuat kenyataan menolak pendapat Nurul Izzah.
Selain meminta para ulama memandang serius isu ini,, kenyataan Mufti Perak itu turut ditujukan kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Murshidul Am PAS.
Kata Harussani orang-orang Islam wajib menasihati Nurul Izzah.
Mereka tambahnya patut meminta orang seperti itu supaya bertaubat kepada Allah.
``Kalau mereka tidak berbuat demikian ertinya mereka juga menyetujui dengan ucapannya, maka setidak-tidaknya ia boleh difahami sebagai bersekongkol dengan pendapat dia (Nurul Izzah).
“Ini adalah salah dan ini akan menimbulkan perpecahan dikalangan umat manusia,’’ ujarnya.
Menurut Mufti Perak lagi, memandangkan kenyataan Nurul Izzah itu amat jelas sekali bertentangan dengan akidah Islam maka Naib Presiden PKR itu harus segera bertaubat.
Katanya sebagai golongan ulama PAS yang bersekongkol dengan parti PKR, ulama mereka ataupun Nik Aziz juga perlu segera menyatakan pendirian mengenai kenyataan Nurul Izzah.
Harussani berkata Nik Aziz dan golongan ulama didalam PAS perlu segera menasihati Nurul Izzah jika tidak ia akan menimbulkan fitnah.
``Saya berharap sama-samalah kita menjaga agama kita dan janganlah kita menyayangi kerusi lebih daripada agama kita,’’ katanya.-Agendadaily
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.