Pages

Wednesday, November 14, 2012

Perarakan Hijau Kuantan-KL Untuk Menipu Rakyat


Kumpulan menentang Lynas yang memakai penyamaran sebagai aktivis alam sekitar dengan nama Himpunan Hijau, masih tidak berputus asa walaupun mahkamah telah menolak permohonan injunksi oleh pihak mereka kerana gagal membuktikan yang operasi kilang tersebut adalah merbahaya. Keputusan mahkamah tersebut telah disambut dengan kesyukuran dan linangan air mata oleh para pekerja Lynas yang majoritinya beragama Islam dan merupakan penduduk sekitar Gebeng.

Bertitik tolak dari itu, Himpunan Hijau yang majoritinya atau hampir seratus peratus adalah dari kaum Cina yang bukannya penduduk Gebeng, enggan mengalah dan terus berdegil untuk meneruskan penentangan.

Justeru, berbekalkan air liur dan cerita-cerita berkenaan mangsa bahaya radioaktif dalam kes-kes berasingan di tempat dan negara lain, Himpunan Hijau telah memulakan perjalanan sejauh 300 km selama 14-hari yang bermula hari ini, dari Kuantan ke Kuala Lumpur bagi meneruskan usaha menentang operasi kilang Lynas.

Mereka dijangka tiba di Dataran Merdeka pada 25 November sebelum meneruskan perjalanan ke Parlimen. Harapan mereka adalah untuk mengumpul lebih banyak sokongan dengan masuk ke kampung-kampung dan pekan-pekan di sepanjang perjalanan, untuk berkempen.

Apa yang pasti, kempen Himpunan Hijau adalah kempen yang berdasarkan auta semata-mata kerana mereka tidak punya sebarang fakta atau angka untuk membuktikan bahawa kilang Lynas adalah merbahaya. Apa yang mereka ada hanyalah cerita berkenaan nuklear, kesannya dan kisah-kisah mangsa yang terlibat dalam tragedi seumpamanya.

Namun, itu semua bukan fakta mengenai Lynas kerana Lynas bukanlah kilang nuklear dan tidak menghasilkan sisa radioaktif yang merbahaya. Kilang Lynas adalah kilang kimia biasa di mana walaupun terdapat sisa yang mampu membahayakan tetapi ianya adalah di paras yang jauh lebih rendah dari tahap yang diluluskan, serta sangat terkawal.

Tahap keselamatan kilang ini telah diakui dan diluluskan oleh badan-badan antarabangsa yang bertanggungjawab terhadap isu-isu radioaktif, atom dan nuklear. Kilang Lynas telah diiktiraf sebagai antara kilang nadir bumi tercanggih di masa ini. Dengan kewujudannya di Gebeng, Malaysia bakal menjadi pesaing utama kepada pengeluar utama dunia iaitu negara China. Sekali gus, mampu melonjakkan ekonomi Malaysia secara drastik memandangkan nadir bumi adalah bahan asas yang penting dalam pembuatan dan penghasilan barangan berteknologi tinggi dan canggih.

Dengan kepesatan pembangunan teknologi terkini, tiada siapa yang dapat menjangkakan sejauh mana impak yang bakal dibawa oleh Lynas kepada Malaysia dari segi ekonomi dan juga pembangunan teknologi. Melihat di luar konteks pembuatan dan pulangan pendapatan, tidak mustahil kewujudan kilang ini juga bakal menjadi pemangkin kepada kelahiran pakar teknologi dan inovasi dari negara ini.

Mengambil-kira semua fakta ini, maka tidak hairanlah Lynas menjadi kontroversi. Potensi hebat Lynas menjadikan ia sasaran berbagai pihak yang berkepentingan dalam berbagai bidang dan industri dan dari berbagai negara.

Inilah yang menyedihkan kita iaitu apabila sebahagian dari rakyat negara ini sendiri yang sanggup menjadi dalang untuk menggagalkan sesuatu yang baik untuk negara. Lebih sedih lagi apabila ada yang mudah diperdaya dengan cerita kosong serta enggan mengambil-kira fakta yang sah.

Himpunan Hijau sanggup berjalan 300km hanya untuk menipu seramai yang boleh bagi mencapai matlamat yang sebenarnya merugikan negara dan rakyat. Dari tindakan ini juga mereka cuba menimbulkan keraguan terhadap kerajaan serta menunjukkan sikap memperkecilkan keputusan mahkamah.

Antara aktivis kumpulan ini, iaitu Wong Tack, cuba meyakinkan kita kononnya perjalanan ini bukanlah sesuatu yang dirancang, tetapi telah mendapat sokongan secara spontan.

Entah siapa yang begitu bodoh akan mempercayainya sedangkan kita tahu bagaimana kumpulan ini beroperasi selama ini? Kita tahu mereka pernah mengadakan demonstrasi dan program di beberapa tempat dengan bahan-bahan kempen, t-shirt dan logistik yang tersusun.

Selain itu, walaupun ramai kaum Cina yang menjadi penentang kerajaan, mereka selalunya enggan berdemonstrasi bersama-sama dengan puak penentang kerajaan yang lain dalam ‘memperjuangkan’ isu-isu yang kononnya isu rakyat. Malah, dalam isu BERSIH juga, tidak ramai kaum Cina yang sanggup turun berpanas dan menahan pedih mata bersama-sama juak-juak PAS dan PKR. Jika adapun, mereka hanya turun sebentar sahaja, sebagai syarat agar ‘nampak muka’, kata orang.

Tetapi, entah kenapa dalam isu Lynas, kaum ini cukup tegar sehingga sanggup berjalan begitu jauh sekali selama berhari-hari. Tidak mungkin kerana mereka benar-benar prihatin terhadap keselamatan dan kesihatan atau nyawa rakyat Gebeng kerana sejak bila pula puak kiasu ini prihatin terhadap sesiapa yang tiada kena mengena dengan mereka?

Justeru, apakah sebabnya, atau lebih tepat, apakah agaknya imbuhan atau ganjarannya yang membuatkan mereka sanggup melakukannya?

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.