Pages

Thursday, December 27, 2012

Skandal Tanah Ngeh-Nga Bakal Hancurkan Roket DAP!


Keadaan rumahtangga Dap sudah menjadi bertambah kacau bilau berikutan beberapa pendedahan skandal tanah yang amat mengejutkan pimpinan parti cauvinis Cina itu.

Pendedahan itu membuka rahsia besar Dap bahawa wujud 'perjanjian setan' antara Parti Al-Islam Se Malaysia (Pas) dengan parti itu berhubung jawatan Menteri Besar Perak apabila Pakatan Rakyat berjaya merampas negeri itu pada Pilihan Raya Umum 2008.

Walaupun Dap muncul sebagai parti yang memenangi jumlah kerusi terbanyak berbanding Pas dan PKR namun undang-undang tubuh negeri Perak hanya menerima individu Melayu untuk menduduki kerusi Menteri Besar.

Maka termaktublah satu persetujuan antara ketiga-tiga parti itu untuk menerima calon Pas, Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

Atas persetujuan tersebut, Pengerusi Dap Perak, Ngeh Koo Ham dan sepupunya, Nga Kor Ming yang juga Setiausaha Dap Perak menerima imbuhan tanah seluas tanah 10,526 hektar di Gua Musang bernilai melebihi RM30 juta kepada syarikat milik Ngeh bernama Upayadaya Plantation Sdn Bhd.

Carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati syarikat itu dimiliki Ngeh sebagai pemegang saham terbesar dan pengarah syarikat itu manakala Nga juga merupakan salah seorang pengarahnya.

Sejak isu itu meletup di dalam dunia maya, perkara itu telah dilanjutkan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak apabila Adun Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib Exco dan kerajaan negeri Datuk Hamidah Osman mendesak Ngeh dan Nga menjawab dakwaan yang dilontar terhadap mereka.

Melihat tembelang mereka tidak dapat ditutup lagi, Ngeh dan Nga terpaksa mengaku walaupun amat pahait bagi mereka bahawa Upayapadu Sdn Bhd sememangnya mendapat projek pembalakan di Kelantan.

Berikutan skandal tanah itu yang membabitkan dua pemimpin tinggi Dap Perak, pimpinan pusat parti itu kini tersepit begitu tertekan untuk memikirkan bagaimana isu ini tidak bertukar menjadi krisis paling besar baginya.

Ini kerana dap berkeyakinan untuk terus menerajui Pulau Pinang dan memenangi lebih banyak kerusi pada PRU13 nanti, menjadikan parti paling berkuasa dan berpengaruh dalam Pakatan Rakyat.

Apapun sudah terlambat untuk menyembunyikan gajah dalam bilik yang sudah nampak jelas.

Kini berlaku pergeseran amat serius di dalam Dap dan antara parti itu dengan Pas.

Pengerusi Kebangsaan Dap, Karpal Singh melenting marah dan mengarahkan Ngeh dan Nga memberi penjelasan kepada pimpinan parti samada benar dakwaan tentang penglibatan mereka dengan syarikat pembalakan itu yang menerima tawaran tanah dari kerajaan negeri Pas Kelantan sebagai pertukaran dengan jawatan Menteri Besar.

Berlaku tuduh menuduh apabila Ngeh menuding jari kepada Pas yang dikatakan telah membocorkan rahsia itu.

Kenyataan Ngeh itu telah dipetik oleh blog pro-pembangkang Free Malaysia Today tetapi telah ditarik balik serta merta apabila menyedari implikasi penyiaran kenyataan pemimpin Dap itu.

Krisis terbaru ini menyerlahkan lagi sikap hipokrit yang telah digula-gula kepada rakyat oleh Pas dan Dap.

Bagi Pas, parti itulah yang paling suci dari segala dosa sehingga Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan fakwa mengundi Pas masuk syurga.

Bagi Dap pula, parti itulah paling bersih dari gejala rasuan dan salahguna kuasa tetapi kini keburukan mereka telah ditelanjangkan untuk tonton rakyat.

Jika parti-parti Pakatan Rayat boleh melakukan penyelewengan serta melakukan rasuah pada tahap mega seperti ini, bayangkan apa yang mereka boleh lakukan jika mereka mentadbir kerajaan pusat?

Krisis ini tidak akan padam atau diam begitu sahaja kerana ia akan menjadi senjata politik paling ampuh untuk melemahkan Dap dan Pas tatkala negara di ambang menghadapi pilihan raya.

Apapun penjelasan yang bakal diberi oleh Ngeh dan Nga kepada pimpinan parti, kredibiliti mereka sebagai pemimpin dan ahli politik sudah hancur dan tidak boleh diperbaiki lagi.

Keyakinan rakyat terhadap mereka sudah hilang kerana mereka telah mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberi, bak kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi.

Nik Aziz pula sudah panik dan tidak tentu arah lalu seperti biasa menuduh ini semua adalah konspirasi UMNO dan Barisan Nasional.

Amat mudah sekali orang agama seperti Nik Aziz bertukar menjadi munafik dan pembohong apabila takut kepentingan peribadi dan keduniaan akan terjejas.

Kerjasama Dap-Pas tidak akan menjadi seakrab lagi selepas skandal ini menjadi perbualan rakyat dan besar kemungkinan Pakatan Rakyat akan retak dan pecah.

Sepandai mana Anwar Ibrahim berusaha berdiplomasi dan menjadi orang tengah atau cuba memadam api krisis ini, segalanya sudah berakhir bagi Pas, Dap dan PKR.

3 comments:

  1. Nga dan Ngeh memang suka dengan tanah. Tenguk saja di Perak dalam tempuh yang singkat. Sila ziarah kawasan Segari berapa banyak dirembat.....

    Ye la, selagi nafas masih ada.... rembat jangan tak rembat Nga dan Ngeh!!!!

    (Org Segari)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Bro,10256 hektar ke atau ekar?

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.