Pages

Saturday, January 7, 2012

Pembaca Buletin, Jay Jamalina Tersasul Sebut Nama PM Anwar Ibrahim... Mohon Maaf Melalui Twitter @JAYJAMALINA


Pembaca berita Buletin Utama TV3 sebentar tadi membuat kejutan apabila tersasul menyebut nama Perdana Menteri sebagai Anwar Ibrahim. Beliau kemudian memohon maaf menerusi mikroblog twitter...

Nama penanya di Twitter Jay Jamalina, manakala nama sebenarnya adalah Nur Jamalina Mohd Jamali.


Dalam mesejnya di Twitter sebentar tadi, Nur Jamalina berkata:

(diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu)

@JAYJAMALINA *tepuk dahi* Terlalu banyak berita tentang Anwar (Anwar Ibrahim) dalam blok pertama. Nak cakap Najib, tersasul sebut Anwar. Bagus lah tu Jay. Bagus. *tepuk tangan perlahan*

Dan disusuli pula oleh Twitter seterusnya dengan melihat respon ratusan mesej di Twitter yang mengutuknya, lantas Jay memohon maaf dengan berkata:

@JAYJAMALINA Saya ingin memohon maaf atas kata-kata saya yang tersasul semasa Buletin Utama sebentar tadi. Ia sememangnya tersasul cakap. Tidak disengajakan.

Biasalah Jay semua orang ada buat silap... abang.. abang tetap menonton Jay di Buliten Utama... :D  

Azmin Ali Guna Azwan Nok Serang Ummi Hafilda

Bukan nak mengutuk, tapi terus terang aku cakap... 
Nak termuntah aku tengok muka Azwan Nok ni... Kenapa jadi macam ni?

Secara terbuka Azwan Ali menyerang adik kandungnya sendiri di twitter... Mungkin Azwan mendapat arahan dari Azmin untuk menutup mulut Ummi yang secara lantang membidas Azmin baru-baru ini... Sila rujuk di sini...

Tapi kalau iya pun Azwan benci kepada adiknya... agak-agak la... kenapa harus mengelar adiknya "Betina Neraka". Betina selalunya di gunakan untuk gelaran binatang... dan tak baik mendoakan adik kandung sendiri masuk neraka... Manusia jenis apa dia ni?


Dulu sebulu sekarang pilih bulu....

Abang dan kakak mengiringi Ummi Hafilda ke mahkamah semasa perbicaraan kes rasuah Anwar 1998. Kelihatan Ummi Hafilda bersama abangnya, Azwan Ali. Turut kelihatan di belakang Intan Dawini Ali (Kak Lang) dan Norlia Ali (Kak Long), kedua kakak Ummi Hafilda

Berkongsi sentimen GAY, Azwan Ali sokong Anwar petikan dari AIDC:

Ketika kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan di mahkamah pada tahun 1998, Azwan Ali tidak pernah lekang berjalan sekaki dengan Ummi Hafilda sebagai tanda sokongan kepada adiknya itu. Kerana Azwan merupakan selebriti terkenal pada masa itu, orang ramai hanya memfokuskan kepada Azwan dan Ummi Hafilda berbanding dengan kakak-kakak Ummi, Norlia Ali (Kak Long), Intan Dawini Ali (Kak Lang) juga turut bersama menyokong adiknya.

Sokongan Azwan ketika itu untuk kes pertama, iaitu kes rasuah Anwar mengarahkan polis untuk mendapatkan pengakuan palsu daripada adiknya, Ummi dan Azizan Abu Bakar. Kes itu pula melibatkan ‘urusan keluarga’, iaitu arahan Anwar mendapatkan pengakuan bersumpah palsu dari Ummi, semata-mata untuk melindungi kes seks songsangnya bersama isteri Azmin, Shamshida Taharin.

Tetapi untuk kes kedua, dakwaan Anwar berkomplot dengan adik angkatnya, Sukma Darmawan, melakukan aktiviti homoseksual terhadap Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa, kelibat Azwan sudah tidak kelihatan, meskipun Ummi masih terpaksa turun naik ke mahkamah sebagai salah seorang saksi.

Kenapa Azwan hanya hadir mengiringi adiknya untuk kes pertama, tetapi tidak berminat lagi untuk bersama-sama adiknya untuk kes kedua ?

Masih tidak dilupakan pada perbicaraan kes pertama 12 tahun lampau, selain laman-laman reformasi berusaha mendiskredit saksi utama, Ummi Hafilda dengan pelbagai dakwaan, Azwan yang turut iringi Ummi turut ditohmah sebagai GAY.

Benarkah Azwan Ali adalah GAY, sampai sekarang masih menjadi misteri, namun tohmahan itu bertalu-talu dilabel kepada selebriti itu sampai ke hari ini.

Namun dunia glamour selebriti Azwan tidak berpanjangan. Dari lelaki lurus, hingga menjadi lelaki bengkok dengan trade marknya, ‘amboi..amboi..amboi’di ASTRO.

Isu Hasan Ali: Pemuda PAS Beri Amaran, Azmin Tidak Patut Campur Tangan Urusan PAS


Sudah tiba masanya PAS tinggalkan Parti KALDAI ini dan bergerak secara bersendirian... Nak tunggu sampai bila lagi? asyik kena kudakan saja!

Dewan Pemuda PAS pusat kesal dengan desakan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali agar parti Islam itu mengambil tindakan terhadap Datuk Dr Hasan Ali kerana mengeluarkan kenyataan menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia.

Menurut Naib Ketua Pemuda PAS pusat Dr Raja Ahmad Al-Hiss, Dr Hasan masih merupakan ahli parti itu dan mengingatkan Azmin (gambar) agar tidak campur tangan.

Kata beliau, Azmin boleh membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dan bukan dihebahkan melalui media terutamanya yang dikuasai Umno.

“Kami jelaskan bahawa Dr Hasan adalah masih lagi ahli PAS dan Azmin perlu menghormati keadaan tersebut.

“Yang keduanya, kami berharap kenyataan yang dilontarkan oleh Azmin sepatutnya disalurkan di dalam mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat dan bukannya melalui media pro-Umno yang ada,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam Azmin mendesak PAS mengambil tindakan sewajarnya terhadap Dr Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan exco kerajaan negeri itu.

Azmin berkata kenyataan Dr Hasan telah melanggar prinsip dan semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dan beliau tidak sewajarnya berkata demikian.

Dr Hasan sebelum ini berkata menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.

Bagaimanapun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata akan menyertai perhimpunan 901 menambah “untuk ahli PAS pula terserah kepada masing-masing.”

Esok PAS akan mengadakan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja pusat dan kemungkinan besar isu Dr Hasan akan dibangkitkan.

Tambah Raja Ahmad desakan secara terbuka Azmin kepada PAS boleh memburukkan lagi persefahaman dalam Pakatan Rakyat yang turut dianggotai DAP.

“Setelah kenyataan Azmin tersebut, kami di dalam PAS juga kurang selesa dengan apa yang cuba Azmin nyatakan seolah-olah tidak menghormati PAS di dalam Pakatan Rakyat itu sendiri.

“Dengan suasana tersebut, ia seperti usaha campur tangan pihak luar di dalam PAS. Suasana ini sepatutnya tidak berlaku kerana setiap parti di dalam Pakatan Rakyat perlu melindungi ahli parti masing-masing dan bukannya membuat kenyataan seumpama itu,” katanya.

Beliau menambah PAS tidak pernah campur tangan dalam masalah dalaman PKR dan langkah sama juga perlu diambil bagi menjaga hubungan yang telah dibina sejak beberapa tahun lalu.

“Justeru, kami berharap Azmin dapat menggunakan saluran yang ada di dalam Pakatan Rakyat kerana isu seumpama ini amat sensitif.

“Kami juga mengharapkan agar Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat memberikan peringatan keras terhadap kenyataan Azmin dalam masa yang sama jika isu Dr Hasan juga turut dibincangkan,” katanya.

Awal minggu ini Azmin mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat akan memastikan sejumlah 100,000 rakyat akan turut serta dalam perhimpunan tersebut bagi menunjukkan sokongan terhadap Anwar ketika Mahkamah Tinggi membuat keputusan Isnin ini berkaitan kes liwat keduanya. -TMI

Isu MIMOS: SPR Ketuk Kepala Nurul Izzah


Kesian... tak serik-serik lagi tu... malah bukan sekali dua anak Anwar ni di perbodohkan... Lain kali kalau nak cari kesalahan orang, buat la homework sikit... Jangan main tembak merata je.... YB pemalas!

Dakwaan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak akan menggunakan khidmat syarikat inovasi, teknologi dan maklumat (MIMOS Berhad) sebagai badan yang mengesahkan daftar pemilih disangkal oleh Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Beliau berkata SPR tidak pernah menolak syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC).

Malah satu perjumpaan diadakan baru-baru ini oleh pihak SPR bersama Mimos.

“SPR tidak pernah menolak syor PSC seperti yang didakwa. SPR telah pun berjumpa dan berbincang dengan MIMOS baru-baru ini,” katanya.

Beliau yang enggan mendedahkan butiran itu berkata, sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kepada PSC kemudian.

Terdahulu, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar memaklumkan bahawa SPR tidak akan menggunakan khidmat MIMOS.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan bersama Pengarah Pilihan Raya Negeri, Shafie Taib itu semalam.

300 Ahli Pakatan Rakyat Dun Sungai Acheh Keluar Parti !


Seramai 300 ahli Pakatan Rakyat di Dun Sungai Acheh dalam Parlimen Nibong Tebal bertindak keluar parti setelah kecewa kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat yang gagal menyelesaikan masalah mereka.



Kumpulan tersebut menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai UMNO kepada Pengerusi BN Parlimen Nibong Tebal , Datuk Zainal Abidin Osman dalam satu majlis di Sungai Acheh.

Wakil mereka Musa Ali berkata, selama ini mereka memberi peluang Kerajaan negeri utuk mengambil tanggungjawab tetapi pihak kerajaan negeri gagal melaksanakan apa yang diberjanji sebelum PRU 12.. Disebaliknya apa yang berlaku, BN yang kalah turun padang bagi menyelesaikan masalah rakyat..

Selain itu, dimaklumkan sudah lebih 1000 orang telah pun keluar secara senyap-senyap untuk memberi komitment kepada BN.

Memorandum Mahasiswa ASPIRASI Kepada DS Najib Menolak Demo 901


Memorandum Mahasiswa ASPIRASI dan NGO kepada YAB PM Dato' Seri Najib Razak, menolak demontrasi Bebaskan Anwar 901 yang melibatkan Mahasiswa mempertahankan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di atas dakwaan kes liwat.






Mampukah Penyokong Anwar 901 Mematuhi 10 Syarat PDRM ?


Bahawasanya Ketua Polis Daerah Sentul setelah menimbangkan faktor-faktor keselamatan dan ketenteraman awam mengenakan syarat-syarat berikut kepada pihak penganjur serta peserta Perhimpunan 901 yang akan berlangsung pada 9 Januari 2012 di parkir awam Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, sebagaimana berikut :
  1. Penggunaan risalah / banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.
  2. Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ TIDAK DIBENARKAN. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.
  3. Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.
  4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding Mahkamah.
  5. Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di parkir awam sebelah kiri jalan utama ke Mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.
  6. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan parkir Mahkamah.
  7. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.
  8. Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.
  9. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.
  10. Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.
Yang menjadi persoalannya sekarang... Mampukah penyokong Anwar mematuhi syarat-syarat yang di telah di beri oleh PDRM? 

Aku pasti kekecohan tetap akan berlaku pada 9 Jan ini... 

Jika Ku Li Boleh Jadi PM, Saya Tak Boleh Ke... Amaran Kedua Azmin Ali Buat Nurul Izzah...


Jika Ku Li boleh jadi PM, saya tak boleh ke, gurau Azmin ?

Gurauan yang boleh di pandang serius ianya membawa maksud mendalam sebagai tanda isyarat kedua dari Azmin Ali kepada Naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar... Jangan lagi bermain dengan api...

Azmin perlu memberi tahu kepada Izzah dan ahli PKR bahawa beliaulah orang yang paling layak menganti tempat Anwar dan beliau tidak seperti apa yang Izzah sangkakan.

Isyarat ini juga ditujukan kepada ahli PKR, kenapa perlu bawa masuk orang luar untuk mengantikan Anwar Ibrahim, sedangkan orang lama dalam parti hendak di pinggirkan?

Tidak di nafikan sememangnya wujud nepotisme dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Malah ramai pemimpin PKR yang tidak berpuas hati sewaktu Nurul Izzah Anwar mengambil keputusan untuk bertanding jawatan Naib Presiden parti PKR dulu.

Pada waktu itu, langkah Nurul Izzah telah di lihat merosak momentum sokongan daripada cabang-cabang PKR yang dinikmati sekian lama oleh dream team Anwar Ibrahim menerusi Azmin Ali.

Malah, ramai yang percaya langkah Nurul Izzah tersebut bukan langkah kosong. Ada grand design yang disusun bagi memastikan team Azmin tidak menguasai parti.

Izzah pernah berkata, “Di sinilah bermulanya titik perubahan parti,” .

Mungkin perubahan yang di maksudkanya itu ialah perubahan tanpa Azmin and the geng.


Bukan rahsia lagi, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak ‘ngam’ dengan Azmin. Dan bukan rahsia juga, Wan Azizah boleh terima sesiapa saja asal bukan Azmin Ali.

Secara terbuka Wan Azizah pernah menyindir Azmin yang mengatakan Azmin belum matang.

Hati siapa yang tak panas bila mengenangkan dirinya dikhaianat oleh orang-orang yang di hormati...

Amat malang sekali apabila ada yang memberitahu... rahsia Izzah mengatur pertemuan bersama beberapa Ahli PAS untuk membawa masuk Ku Li dalam PKR, sudah lama dikesan oleh Azmin...

Azmin juga tahu Nurul Izzah dan Zaid telah mengatur beberapa gerak kerja dalam PKR khususnya untuk kempen politik mereka. Sila rujuk di sini...

Adakah Azmin Ali akan membawa haluannya sendiri selepas Anwar Ibrahim di penjarakan sekiranya Anwar di dapati bersalah di atas dakwaan kes liwatnya... Kita tunggu dan lihat...

Amy Search Seru Peminat Menjauhi Perhimpunan 901


Pesanan menerusi twitter dari lagenda rock tanah air Amy Search
Rock N Roll itu mencintai keamanan.
Semoga peminat-peminatku menjauhi Perhimpunan 901!

Pesanan ini merujuk kepada perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 semata-mata bagi mempertahankan isu peribadi Anwar Ibrahim yang dianjurkan oleh PKR pada 9 hb Januari nanti.

Amy yang cintakan keamanan berharap agar peminatnya tidak menyertai dan terlibat dalam himpunan tersebut.

UMNO Perlu Perubahan.. Tegas DS Najib


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO memerlukan perubahan meliputi transformasi ‘orang dalam’ parti untuk terus kekal relevan.

Presiden UMNO berkata, atas dasar itu, UMNO tidak lagi boleh bersandar kepada nilai-nilai sejarah semata-mata.

Sebaliknya, beliau berkata, UMNO perlu realistik dengan memandang jauh ke hadapan kerana perubahan landskap politik bukan hanya ‘melanda’ negara tetapi dunia.

“Kita (UMNO) tidak boleh jadi parti automatik first choice tetapi kena buktikan yang kita benar-benar pilihan utama.

“Dahulu, letak songkok pun boleh menang tetapi kini kita dituntut benar-benar berwibawa dan bebas daripada kontroversi.

“Justeru, saya akui kita masih ada ruang penambahbaikan dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Kita perlu perubahan termasuk orang dalam UMNO sendiri. Dan, perubahan itu adalah sesuatu yang mencabar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Penghargaan Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam ini.

Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.

Najib berkata, perubahan yang telah dan akan berlaku dalam UMNO perlu bersandarkan kepada parti yang mampu terus menjadi pilihan rakyat terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Sementara itu, beliau memberitahu, sebagai parti politik, UMNO amat memerlukan kerjasama, kefahaman dan sumbangan media untuk menyampaikan mesej perjuangan parti.

“Juga di dalam kupasan dan menerangkan hala tuju perjuangan kita supaya rakyat lebih memahami akan tujuan sebenar sesuatu tindakan serta keputusan oleh UMNO,” katanya.

Terdahulu, dalam majlis sama, beliau menyampaikan anugerah penghargaan bagi lapan kategori merangkumi rencana terbaik, laporan berita terbaik, fotografi terbaik dan anugerah khas kewartawanan politik terbaik.

Penolong Ketua Pengarang I, Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan telah menerima Anugerah Khas Kewartawanan Politik 2011.

Sekalung tahniah di ucapkan kepada Datuk Zaini Hassan...

Ceramah Anwar Di Petaling Jaya Hambar... Nik Nazmi Terpaksa Kutip Orang Luar Naik Bas Sekolah!


Gambar bas sekolah pun ada..depa parking jauh 

Anwar Ibrahim yang di jadualkan berceramah pada pukul 9 malam tadi terpaksa menangguhkan kedatangnya sehingga lewat malam kerana kehadiran orang ramai pada waktu itu amat memalukan.

Ceramah Anwar di adakan di padang bola 3K Subang Jaya SS 13, sempena Kempen Bebaskan Anwar 901... iaitu 3 hari sebelum jatuh hukum kes liwat...

Menurut info walaupun Nik Nazmi terpaksa membawa orang luar menghadiri ceramah Anwar namun ianya masih dikatakan gagal mendapat sambutan...

Sumber klik di sini...

Di Mana Anwar Pada 26 Jun 08 ?

Tragedi 26 Jun 2008 : Wan Azizah Tidak Tahu Di Mana Anwar!


Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri pun tidak dapat mengesahkan di manakah suaminya berada pada tarikh, tempat dan masa yang didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sehari selepas Mohd. Saiful membuat laporan polis, Dr Wan Azizah membuat sidang media di Quality Hotel, Shah Alam pada 29 Jun 2008.


Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya hadir dalam sidang media itu, telah membatalkan kehadirannya pada saat-saat akhir kerana mengambil keputusan untuk melarikan diri ke kedutaan Turki.

Ketidakhadiran Anwar dan laporan polis bekas pembantu Anwar membuatkan ramai wartawan ingin mengetahui kisah sebenar yang berlaku pada 26 Jun 2008 seperti yang didakwa oleh Mohd. Saiful itu.



Berikut ini adalah transkrip soal jawab antara wartawan dan Dr Wan Azizah di sidang media 29 Jun 2008 :

Wartawan: Datin Seri (Wan Azizah), anda tahu secara sah di mana suami anda berada pada ketika itu (petang, 26 Jun 08)?

Wan Azizah tidak terus menjawab soalan itu, sebaliknya salah seorang yang lain mencelah; “haha..polis kena jawab..(soalan ini)

Sambil lewa seolah-olah tidak pasti Wan Azizah menjawab : “Dia (Anwar) mempunyai mesyuarat itu..errr”

“Dia di mana ? ” soal wartawan yang mahukan kepastian daripada Wan Azizah.

Wan Azizah nampaknya keberatan menjawab soalan ini, lantas dengan segera, anaknya Nurul Izzah menghampiri ibunya dan menjawab soalan wartawan itu.

“Dia (Anwar) bersama kami. Sila tanya soalan lain”, tegas Nurul Izzah sambil Wan Azizah menundukkan mukanya menyimpan pelbagai rahsia.

Sumber: AIDC

Friday, January 6, 2012

901 Penyokong Anwar Sudah Mula Buat Taik!


Beberapa buah kenderaan telah diconteng dengan tertera pelbagai tulisan 'Bebas Anwar' dan '901' menggunakan semburan cat. Tempat kejadian di percayai berlaku di Kuala Nerang.

Turut menajadi mangsa kereta orang awam dan bas HBR Group of Companies dicat dan conteng oleh penyokong Anwar Ibrahim.

Belum bermulanya perhimpunan tersebut penyokong Anwar sudah buat taik... bayangkan apa akan jadi masa perhimpunan tu nanti? Aku percaya banyak kerosakan harta awam akan berlaku sama seperti reformasi Jalanan 1998 dulu.



Terdahulu, Azmin Ali dan beberapa wakil Pemimpin PKR telah menemui pihak PDRM dan Perhimpunan tersebut telah diputuskan bersama untuk dijalankan di perkarangan Tempat Letak Kereta Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pihak PDRM juga telah bersetuju dan berjanji akan memberi kerjasama dengan baik bagi memastikan perjalanan perhimpunan yang dianjurkan tidak menghadapi sebarang provokasi.

Panas! Azmin Ali "Touching" Hasan Ali Tak Sebulu Dengan Anwar!


PKR hari ini mendesak rakan sekutunya, PAS supaya bertindak keras ke atas bekas pesuruhjaya Selangor parti itu Datuk Hasan Ali yang mengeluarkan pelbagai kenyataan yang dianggap mencerca dan menghina ketua umumnya, Anwar Ibrahim.

Kekasih Anwar, Azmin Ali hari ini menulis di Twiteer dengan membidas kenyataan Hasan yang juga ahli exco kerajaan negeri Selangor kerana menganggap tuduhan liwat yang dihadapi oleh Anwar sebagai perkara peribadi.

Tak sangka pula perkara ini menjadi sensitif kepada Azmin... Takkan lah Hasan Ali nak usik manja Anwar sikit pun tak boleh... Hal kecik macam ni pun nak gaduh-gaduh... nampak sangat tiada kata sepakat dalam Pakatan Rakyat. Wayang je lebih....


"Saya berharap dan medesak PAS supaya bertindak terhadap kenyataan Hasan yang celupar ini yang tidak sepatut diluahkan untuk agenda peribadinya,” katanya.

"Saya harap PAS mengkaji mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Hasan. Jika dia tidak mahu hadir, dia tak perlu hadir tetapi demo HIMPUN dia hadir," kata Azmin.

Azmin mengulas kenyataan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang semalam mengeluarkan kenyataan bahawa adalah tidak sesuai mengheret rakyat menyertai perhimpunan haram itu semata-mata bagi mempertahankan isu peribadi Anwar Ibrahim.

Anwar, Nik Aziz okey jer... yang Azmin touching-touching sangat nape? hehehehe!

Azmin Ali ada hati nak jadi PM hahahaha lagi buat aku ketawa terbahak-bahak!

Ummi Hafilda Sedia Dedah Rahsia 'Bateri 3A'


Ummi Hafilda Ali, saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 berjanji akan mendedahkan rahsia dahsyat kepimpinan atasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau trio 'bateri 3A' sekiranya mereka tidak bertaubat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Ummi memberi amaran itu kerana beliau tidak sanggup melihat trio berkenaan iaitu Anwar, isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan abangnya sendiri, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali terus mengelirukan rakyat dengan dakyah demi kepentingan politik mereka.

"Hari ini mereka panggil polis anjing tetapi semasa Anwar berkuasa pada 1997, dia guna 50 orang polis untuk menangkap saya, jadi orang muda terutama mahasiswa perlu tahu siapa yang buat salah laku dan salah guna kuasa.

"Wan Azizah mempunyai pengaruh untuk menasihatkan suami kembali ke pangkal jalan, jangan sampai saya serta 'geng' iaitu (Datuk) Nallakaruppan, (Datuk) Zulkifli Noordin dan Rahimi Osman dedahkan perkara sampai nanti mereka (3A) tidak boleh angkat kepala. Kami merayu mereka kembali ke pangkal jalan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas di sini hari ini bagi meminta ketiga-tiga pemimpin tertinggi parti pembangkang itu menghentikan perjuangan politik mereka yang didakwanya mempunyai kepentingan peribadi dan bertujuan menukar sistem negara ini kepada sebuah republik.

Dalam perkembangan berkaitan, kata Ummi, beliau tidak akan berhenti mendedahkan kepincangan serta kelemahan ketiga-tiga mereka termasuk Azmin sungguhpun mereka adalah adik-beradik sehingga kesemuanya bersara daripada politik dan meminta maaf kepada rakyat Malaysia.

"Tetapi saya masih mempunyai sifat perikemanusiaan dan kalau boleh enggan mendedahkan keburukan abang kandung saya sendiri.

"Mereka perlu bertaubat dan meminta maaf seperti bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton yang memohon maaf secara terbuka kepada rakyat negara itu atas skandal seksnya," katanya.

Sementara itu, Ummi Hafilda yakin Azmin serta PKR tidak akan mampu mengumpulkan sehingga 100,000 penyokong fanatik Anwar untuk memberi sokongan kepada Ketua Pembangkang itu dalam Kempen Bebaskan Anwar 901 di ibu negara Isnin ini.

"Azmin boleh berangan seperti Mat Jenin. Dia juga pernah berangan akan menjadi Menteri Besar Selangor selepas pilihan raya umum lalu tetapi tiada apa yang berlaku," katanya.-utusan

PKR Beri Taklimat Kepada Diplomat Asing Sempena 901 Dan Kes Liwat Anwar


Terkini: Sebentar tadi telah berlangsung sesi taklimat khas kepada para duta dan diplomat negara asing mengenai hala tuju dan masa depan Pakatan Rakyat selepas keputusan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini.

Taklimat yang dihadiri hampir kesemua duta dan perwakilan asing termasuk dari Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, United Kingdom, Itali dan singapura.

Taklimat disampaikan oleh Bendahari PKR yang juga ahli parlimen Selayang, William Leong Jee Ken.

Antara lain yang hadir, Azmin Ali, Nurul Izzah, Tian Chua dan Zuraida Kamaruddin.

PKR di lihat terdesak mengunakan Diplomat asing bagi mendapatkan simpati negara luar terhadap kes liwat Anwar.

Polis Benarkan Perhimpunan 901


Polis telah membenarkan Pakatan Rakyat meneruskan perhimpunan ‘Bebaskan Anwar' di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Isnin ini.

Ianya selaras dengan tranformasi Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak...

Keputusan itu dicapai selepas kedua-dua pihak bermesyuarat selama sejam dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Walaupun timbalan presiden PKR Azmin Ali yang mengetuai rombongan parti itu, namun beliau tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sebaliknya, perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dalam laman twitternya yang berbunyi:

"Persetujuan dicapai dgn @PDRMsia utk perhimpunan solidariti utk @anwaribrahim 901 di kawasn letak kereta Kompleks Mahkamah KL. Jom turun".

Azmin pada sidang akhbarnya sekadar berkata keputusan perbincangan dengan polis hari ini "positif".

Azmin juga menegaskan bahawa pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjaga keamanan dan mampu mengatasi sebarang provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Diharap penganjur yang menyokong Anwar atau yang menyokong Saiful bersikap bertanggungjawab pada 9 Jan... Jangan rosakkan harta awam!

Adam Adli Bakal Di Penjara 2 Tahun Kerana Menghasut


Adam, 23, telah dipanggil memberi kenyataan di polis Dang Wangi di Kuala Lumpur pada 11am hari kerana berani menurunkan bendera yang ada gambar perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 Disember 2011.

Adam telah disiasat di bawah 504 kanun keseksaan dengan 'dengan sengaja menghasut kemusnahan keamanan'.

Jika Adam di dapati bersalah hukumannya ialah penjara dua tahun.

Sekurang-kurangnya Anwar Ada gak kawan di Sungai Buluh nanti....

Sebagai pengajaran kepada mahasiswa yang lain... lain kali jangan buat kerja bodoh!

Berita terdahulu : Adam Adli Dipanggil Ke IPD Dang Wangi

Adam Adli Dipanggil Ke IPD Dang Wangi


Adam Adli Abd Halim aktivis mahasewel yang menurunkan bendera di Putra World Trade Center (PWTC) bulan lepas telah dipanggil oleh polis hari ini untuk di soal-siasat mengenai insiden tersebut.

Adam, 23, telah dipanggil memberi kenyataan di polis Dang Wangi di Kuala Lumpur pada 11am hari kerana berani menurunkan bendera yang ada gambar perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 Disember 2011.

Peguam Fadiah Nadwa Fikri Liberty yang mewakili Adam berkata, apabila dia bertemu dengan pegawai Inspektor Mohamad Nor dan bertanya mengapa Adam di soal siasat, pegawai terbabit berkata dia di soal kerana ada laporan polis mengenai insiden turunkan bendera.

"Jadi kami tidak tahu sama ada perkara itu benar dan tuduhan apakah yang telah dibuat dalam laporan tersebut.

"Jadi tidak ada asas di mengapa Adam ialah dipanggil kepada balai polis hari ni," dikatakan Fadiah ketika ditemui oleh pemberita di luar balai polis.

Apabila dia bertanya Adam di siasat di bawah seksyen berapa, pegawai polis berkenaan memberitahu yang Adam telah disiasat di bawah 504 kanun keseksaan dengan 'dengan sengaja menghasut kemusnahan keamanan' dan hukuman ialah penjara dua tahun.

Semasa soal-siasat, Adam diminta menjawab 11 soalan , bagaimanapun, dengan menggunakan seksyen 112 (2) dia tidak menjawab 11 soalan oleh pihak polis.

Sementara itu, Adam berkata soalan yang diberikan oleh pihak polis tidak berasas dan mempersoalkan kepada laporannya di ancam masih lagi belum di siasat.

Malah Adam dan SMM akan kemukakan bukti-bukti yang menunjukkan ada kekasaran pihak polis terhadapnya dan SMM.

Sedangkan semua orang tahu bahawa, pihak polis telah memberi peluang kepada Adam dan SMM untuk berundur, cuma mereka yang berdegil dan melawan.

Sehinggalah puak SMM mengugut untuk memecahkan pintu pagar UPSI dan pihak polis terpaksa mengambil tindakan.

Penyokong PAS Ramal Husam Ganti Anwar?


Semakin hampir hari penentuan nasib Anwar Ibrahim semakin banyak ramalan di buat siapakah pemimpin yang paling layak menganti Anwar sekiranya beliau dipenjarakan nanti.

Beberapa blog puak PAS hari ini meramalkan Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa orang yang layak untuk menerajui Pakatan sekiranya ketua pembangkang tersebut.


Nampaknya puak PAS tak sabar-sabar nak tunggu Anwar masuk penjara, buruk betul perangai diaorang ni...

Dalam tinjauan tersebut, Husam memperolehi undian tertinggi dengan 992 undian atau 35 peratus meninggalkan lima calon lain di belakang beliau.

Usia beliau yang dianggap masih muda dan majoriti pengunjung blog terbabit yang dipercayai di kalangan penyokong PAS mungkin boleh dianggap sebagai faktor yang mendorong kepada keputusan tersebut.

Agak menarik juga untuk diperhatikan, Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang sendiri turut berada di belakang Husam dengan 666 undian atau 23 peratus.

Manakala Mursyidul Am PAS, Dato Nik Aziz Nik Mat yang mengumpul 617 undian atau 22 peratus mengekori di tempat ketiga.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menduduki tangga keempat dengan 293 undi atau 10 peratus, diikuti Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, 122 undian dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, 103 undian.

901: Bom Petrol Sebagai Provokasi


Penganjur Kempen Bebaskan Anwar 901 didakwa mempunyai agenda untuk mewujudkan suasana huru-hara pada hari berkenaan termasuk menggunakan bom petrol sebagai provokasi.

Malah menurut sumber, penganjur setakat ini telah membuat perancangan rapi termasuk mengarahkan setiap cawangan menghantar 500 ahli.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat dipercayai antara pakatan pembangkang malam tadi, walaupun pada mulanya terdapat bantahan di kalangan pemimpin.

"Ada yang tidak bersetuju untuk memperjuangkan agenda peribadi Anwar Ibrahim namun mereka akhirnya akur.

"Penganjur berjaya mempengaruhi wakil pemimpin parti lain bahawa kempen tersebut bertujuan memperjuangkan hak rakyat dan bukannya demi keputusan kes liwat Ketua Pembangkang itu.

"Berikutan itu, pemimpin daripada parti-parti berkenaan bersetuju untuk mengerahkan ahli mereka berkumpul di beberapa lokasi bermula malam Ahad ini.

"Antara lokasi dikenal pasti di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Stesen Bas Jalan Duta, Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru dan Dewan Orang Ramai Kampung Pandan."

Tambah sumber itu, perhimpunan haram tersebut akan dimulakan di lokasi berkenaan dengan ceramah politik oleh pemimpin masing-masing sebelum perhimpunan keesokannya.

Jelasnya, sebagai persediaan melakukan perhimpunan haram itu, penganjur kempen juga mengarahkan peserta untuk memakai baju T berwarna hitam dengan tulisan putih tertera perkataan 'Bebaskan Anwar 901'.

Katanya, peserta juga akan memakai lilitan kepala berwarna putih dan bakal diletakkan di barisan hadapan dipercayai untuk mewujudkan provokasi ketika berdepan pihak berkuasa.

Difahamkan, polis sedang mengesan pihak-pihak yang bertanggungjawab mencetak baju, lilitan kepala dan kain rentang.

Sumber memberitahu, setakat ini, sebanyak 50,000 kain rentang telah diedarkan di seluruh negara untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat.

Menurutnya, pihak berkuasa juga sedang mengesan jika terdapat peserta yang dibekalkan senjata sebagai persediaan untuk mewujudkan suasana huru-hara.

"Berkemungkinan besar, peserta perhimpunan haram akan diarah bertindak agresif ketika berhadapan pihak berkuasa.

"Malah mereka juga diberitahu untuk bersedia jika berpeluang meneruskan demonstrasi seperti negara asing sebagai usaha menjatuhkan kerajaan," ujarnya.

Sumber: Utusan

Dari Mana Safwan Anang Dapat Wang Bayar Khidmat Peguamnya ???



Siswa/Siswi di IPTA biasanya memerlukan banyak duit untuk perbelanjaan harian/yuran. Lain pula dengan Safwan Anang... Datang ke balai polis hadir dengan peguamnya... Wah masyuk kau bro... Anwar sponser semua ke?

Anwar Pendukung Pluralisme?


Seorang sahabat lama yang mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sama-sama menuntut di Universiti Malaya (UM) tidak lagi menyokong beliau kerana Ketua Pembangkang itu dikatakan cenderung kepada fahaman pluralisme agama.

Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, beliau ‘meninggalkan’ Anwar setelah mendapati Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berpegang kepada fahaman yang boleh merosakkan akidah.

“Saya mengambil keputusan meninggalkan beliau kerana fahaman pluralisme boleh membawa kepada kekufuran,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ismail Mina pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), bersama-sama Anwar mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan turut terlibat membangunkan Yayasan Anda.

Pluralisme agama adalah satu fahaman yang menyamaratakan semua agama yang mana penganutnya mempercayai semua agama adalah benar.

Menurut Ismail Mina, sebab lain beliau bertindak meninggalkan pemimpin itu juga mengamalkan ideologi politik yang tersasar dari perjuangan asal yang berlandaskan kepada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Dia (Anwar) terutama semasa di luar negara sentiasa menyatakan tidak akan melaksanakan syariat Islam apabila berkuasa.

“Dia juga mengkritik hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno (kerana minum arak) padahal wanita itu reda. Dia pula yang tak nak, sepatutnya kita sokong perempuan itu lagipun enakmen agama Pahang pun membenarkan hal itu, apa yang dia risaukan?

“Inilah dua faktor kenapa saya tinggalkan beliau,” katanya sambil menafikan beliau mempunyai faktor lain seperti tidak mendapat projek kerajaan.

Ditanya mengenai perhimpunan haram ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’, beliau berkata, syariat Islam sangat melarang untuk memperjuangkan seseorang individu.

“Ketika Nabi Muhammad SAW wafat, Saidina Abu Bakar pernah membaca ayat al-Quran bagi mengingatkan para sahabat lain bahawa mereka berjuang bukan kerana individu (Muhammad) tetapi memperjuangkan risalah yang dibawa oleh baginda.

“Memperjuangkan individu adalah salah. Mempertahankan individu yang bukan di dalam kebenaran adalah syirik,” ujarnya.

Sumber: Utusan

Laporan Penuh Demo Siswa Di USM!


Berikut laporan penuh demo siswa di USM, dari blogger Penang Dr Novandri

Satu perjumpaan kecil seramai 10 orang pelajar bangsa Cina di adakan di dalam gelanggang bola keranjang bertempat di Dedasiswa Bakti sebentar tadi. Mereka terdiri daripada kumpulan DEMA Malaysia.

Sebenarnya tiada yang menarik tentang perjumpaan yang mereka katakan 'diskusi'. Sangat pelik kerana 'diskusi' di adakan digelanggang bola keranjang waktu malam.

Tetapi ramai wartawan yang hadir termasuk daripada portal pro-pembangkang.

Malah, minggu ini adalah minggu peperiksaan bagi pelajar USM.


Mereka membincangkan hal 'kezaliman pihak polis' yang kononnya membelasah perusuh-perusuh haram di UPSI.

Dari awal 'diskusi' MiM dapati mereka telah tertipu dengan provokasi maklumat dari facebookers dan bloggers pro-pembangkang yang menokok tambah kecederaan Safwan Anang dan lain-lain.


MiM berasa amat kesihan kerana pelajar-pelajar tersebut telah ditipu bulat-bulat oleh propaganda pro-pembangkang. Malah, diskusi yang pada awalnya melibatkan kalangan siswa USM diganggu oleh seorang wartawan pro-pembangkang yang mendakwa bahawa perusuh haram tidak menimbulkan sebarang provokasi.

Tidak perlu MiM sebut nama wartawan tersebut tapi beliau ternyata tercangang-cengang tidak dapat menjawab penjelasan MiM yang juga berada di situ.

MiM terangkan bahawa pihak polis telah memberi amaran dan menasihati perusuh-perusuh lebih kurang 15 minit. Dan apabila mereka beramai-ramai mahu memanjat dan mahu merobohkan pagar utama UPSI maka pihak polis terpaksa mengambil tindakan yang sewajarnya.


MIM difahamkan bahawa perkumpulan tersebut bercadang mahu mengadakan demo tetapi disebabkan sambutan yang sangat dingin daripada siswa USM yang tidak menyokong perusuh UPSI, maka demo dibatalkan.

Upacara memasang lilin juga tidak dilakukan apabila hujah-hujah kumpulan tersebut telah dipatahkan oleh hadirin ya g menerangkan sebenarnya kejadian di UPSI !

Tq Doc...

Thursday, January 5, 2012

Terkini: Sekitar Demo Mahasiswa USM Kutuk Tindakan Adam Adli...


Sekumpulan Mahasiswa USM hari ini membuat demo menyatakan mereka bersepakat bahawa tindakan Adam Adli telah memalukan nama baik Mahasiswa...

Namu terdapat juga sekumpulan kumpulan dari luar (orang upahan Anwar) cuba untuk memulakan provokasi setelah mereka gagal mempertahankan tindakan Adam Adli yang dangkal tersebut....


Tahniah kepada mahasiswa USM yang turun untuk membantah tindakan segelintir yang hendak menyokong tindakan Adam Adli...

Ok la.. aku nasihatkan kepada semua pelajar pulang lah ke asrama masing-masing sebelum berlakunya perkara yang tidak diingini... balik study semua...

Sumber gambar: Empayar Pemuda

Berita terdahulu: Terkini : Sekitar Demo Pelajar USM, Puak Adam Adli

Terkini : Sekitar Demo Pelajar USM, Puak Adam Adli


Sekumpulan pelajar upahan Anwar Ibrahim mengadakan demo di USM pada jam 10 malam tadi mereka berkumpul di Gelangang Bola Keranjang Desa Bakti USM Pulai Pinang.




Tak ramai pun yang hadir.. lebih kurang 30 orang je yang datang nak menuntut hak kebebasan mahasiswa.. ini bukan suara majoriti mahupun minoriti..

Menurut sumber tidak semua dari mereka adalah kumpulan pelajar dari USM sebaliknya adalah orang luar yang terlepas masuk. Mereka juga dikatakan mendapat sponser dari DAP...

Lebih baik balik ke asrama study untuk persediaan exam lagi baik...

Sumber gambar: Empayar Pemuda