Pages
▼
Tuesday, January 15, 2013
DAP Ludah Slogan ‘PAS for All’
Kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS dikecam oleh DAP kerana garis panduan dari kerajaan negeri menghalang wanita dari melakukan persembahan sempena menyambut Tahun Baru Cina.
Menurut Penolong Setiausaha Publisiti DAP Teo Nie Ching, peraturan melarang wanita dari persembahan di pentas sempena Tahun Baru Cina dianggap sebagai mengarut dan tidak boleh diterima.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
“Ini bukan sahaja tidak menghormati hak orang bukan Islam, ini juga diskrimikasi terhadap wanita. Kerajaan negeri Kedah yang dipimpin PAS harus mengkaji semula dan membatalkan garis panduan ini,” kata Teo yang merupakan ahli parlimen Serdang.
Menurut Teo, kerajaan yang tidak mendengar kehendak rakyat tidak akan bertahan lama, dan berharap kerajaan Kedah untuk lebih inklusif dalam menyentuh isu-isu sensitif.
“Tidak ada parti politik dalam negara ini yang boleh bertahan dengan sokongan satu kaum sahaja. Keputusan dari kerajaan negeri Kedah ini bertentangan dengan semangat slogan PAS iaitu ‘PAS for All’,” katanya lagi.
“Kerajaan PAS Kedah tidak seharusnya memandang rendah dengan orang ramai, PR diundi oleh rakyat kerana kemarahan mereka kepada BN.
“Jadi rakyat juga boleh lakukan perkara sedemikian kepada PR sekiranya mereka kecewa dengan pentadbiran,” katanya lagi.
Garis panduan dikeluarkan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah pada 9 Januari lepas antaranya melibatkan aspek pemakaian, nyanyian dan tarian, dilihat bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Garis panduan itu antara lain menggariskan cara pemakaian pegawai dan artis yang terlibat hendaklah bersopan, tidak menjolok mata, artis digalakkan membuat persembahan nyanyian dan lagu berunsurkan ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau dan jika berlaku nyanyian dan tarian yang melampau, pihak kerajaan berhak memberhentikan program yang dijalankan dengan serta merta.
Nota: Sejak kebelakangan ini kita lihat teruk PAS kena dengan DAP... Ada baiknya PAS keluar saja dari Pakatan dan nyatakan pendirian sebenar parti itu!
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.