Majlis Syura Pas memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah ALLAH, namun ia tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia.
Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah ALLAH.
"Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan ALLAH tidak dibolehkan kerana ia salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din dalam satu kenyataan rasmi Majlis Syura, dipetik Harakah Daily hari ini.
Majlis itu mengadakan mesyuarat malam tadi.
Berikut adalah kenyataan penuh Majlis Syura:
Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:
ALLAH adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.
Kalimah ALLAH adalah alami (universal) kerana ALLAH Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah ALLAH seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut ALLAH lah yang menjadikan alam ini.
Kalimah ALLAH adalah kalimah khusus yang ALLAH menamakan diri-Nya ALLAH. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah ALLAH.
Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan ALLAH tidak dibolehkan kerana ia salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.
Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan Pas.
Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.
kena ingat majlis syura tu baru sayap pAS, maka keputusan nya kena di hantar kpd majlis tertinggi pas pusat pula, di sini mat sabu, hj hadi mahfuzzz dll akan bermesyuarat, maka keputusan seperti dlm buku jingga akan dan telah di buat.....
ReplyDeleteapa penyokong nak kata? apa majlis syura nak kata? semua keputusan ini akan di bawa ke mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan rakyat... anuar hadi dan kit siang....
macamana ada paham??????