Pages
▼
Thursday, January 24, 2013
Lim Guan Eng - Khalimah Allah Tak Perlukan Kebenaran Tapi Nama 'Penang' Perlu Kelulusan Tokong!
Ramai yang terkejut dengan laporan akhbar semalam yang menyatakan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Tokong Lim Guan Eng, sekali lagi mengulangi bahawa apa jua acara baru atau yang pertama kali diadakan yang ingin menggunakan perkataan 'Penang', perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri lebih dahulu. Alasannya ialah untuk memastikan penglibatan parti politik mana agar tidak disalahguna. Kenyataan tersebut dibuat sebagai membidas penganjuran Penang Run 2013 pada Hari Thaipusam.
Memandangkan acara tersebut disokong oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri, maka kenyataan Tokong Lim ini dengan sendirinya membawa maksud bahawa Jabatan tersebut telah dinafikan kuasa untuk meluluskan sesuatu acara, sekali gus menunjukkan cengkaman kuat kuku besi sang Tokong.
Tidak pernah dalam sejarah, seorang Ketua Negeri mengambil langkah sebegitu angkuh dengan memilik-sendirikan nama negerinya bagaikan hak mutlak keturunannya. Bagaimana jika kerajaan persekutuan meletakkan syarat agar parti pembangkang mendapatkan kelulusan sebelum menggunakan nama Malaysia di dalam acara mereka?
Bagaimana pula dengan Pakatan Rakyat menyalahgunakan nama ‘Rakyat’ dalam nama parti itu dan juga dalam acara-acara anjuran mereka, seperti Himpunan Kebangkitan Rakyat”? ‘Rakyat’ dalam konteks PR hanya membawa satu maksud, iaitu ‘rakyat Malaysia’ sedangkan parti itu tidak mewakili semua rakyat. Malah majoriti rakyat menolak PR sepertimana yang dapat dilihat dengan jelas dalam HKR#112 di mana hanya 45,000 sahaja ‘rakyat’ yang terlibat.
Jika mengikut logik Tokong Lim yang tak tahu mengira atau sengaja menipu undi, PR wajib mendapatkan kebenaran dari seluruh rakyat sebelum menggunakan nama Rakyat dalam setiap program mereka. Ini kerana, penyalahgunaan nama ‘rakyat’ boleh menimbulkan salahfaham kononnya semua rakyat terlibat dalam program PR tersebut.
Nampaknya, semakin dekat pilihanraya, semakin terserlah pula segala perangai buruk si Tokong Lim Guan Eng ini. Tidak cukup dengan ingin merampas hak agama Islam, iaitu Kalimah Allah, untuk diguna di dalam kitab Kristian, kini beliau ingin menafikan hak rakyat Pulau Pinang ke atas nama negeri mereka sendiri.
Tindakan Guan Eng ini dilihat sebagai satu paranoia, iaitu takutkan bayang-bayang sendiri, sentiasa merasa tidak selamat dan tidak percaya kepada sesiapa sahaja. Seorang Ketua Menteri yang mendapat sokongan rakyat tidak mungkin akan mengalami paranoia sebegini. Jelaslah, bahawa Guan Eng cukup sedar bahawa rakyat Pulau Pinang membencinya.
Bukan kita tidak tahu yang Guan Eng membenci kaum lain, maka adalah perkara biasa jika benci dibalas benci. Bagaimana rakyat boleh menghormati dan menyayangi Ketua Menteri yang tidak mempercayai mereka dan sentiasa merancang untuk ‘menghalau’ mereka?
Inilah dikatakan bahawa politik DAP adalah politik rasis. Sikap rasis membawa rasa benci yang ekstrem. Dan ekstremisme pula membawa kepada tindakan tidak rasional dan seterusnya, bodoh. Hanya politikus yang bodoh sahaja yang dengan sengaja mencabar umat Islam dengan isu Kalimah Allah, terutama di ambang pilihanraya. Kononnya ingin melihat umat Islam semakin berpecah, tetapi keangkuhannya menyebabkan beliau gagal mencongak kemungkinan yang sebaliknya, iaitu umat Islam semakin membuka mata dan mula bersatu.
Oleh kerana Guan Eng langsung tidak menghormati kaum dan agama lain, maka beliau juga tidak berhak untuk menuntut penghormatan kepada diri, kaum dan agamanya. Beliau menuntut kebebasan menghentam dan menyalahgunakan hak kaum dan agama lain maka beliau tidak berhak menentang perbuatan yang sama dilakukan ke atas dirinya.
Apapun, beliau bernasib baik kerana masih ramai umat Islam negara ini yang waras dan bijak. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada Guan Eng jika sikap yang sama ditunjukkan di negara-negara Islam lain.
Oleh itu, hari ini kita hanya menyaksikan bagaimana beberapa orang puak PAS telah berani memijak bendera DAP walaupun mereka masih terikat sebagai balaci DAP.
Namun, hari esok belum tentu, jika Guan Eng meneruskan kebiadapan dan keangkuhan ini, mungkin kepalanya juga akan dipijak akhirnya.
Justeru, eloklah Guan Eng belajar cara menghormati orang lain, yang mana nampaknya tidak pernah diajar oleh ibunya. Skil menghormati orang adalah penting bukan sahaja untuk berkomunikasi dengan berkesan atau untuk berpolitik, tetapi juga untuk keselamatan diri.
Sekadar peringatan untuk Guan Eng, paranoia atau takutkan bayang-bayang sendiri adalah sebahagian dari masalah psikologi. Cukuplah rakyat Pulau Pinang terpaksa bertahan dengan Ketua Menteri yang rasis, chauvinis, kiasu, bodoh, tidak telus dan tidak cekap, janganlah di tambah kekusutan ini dengan masalah psikologi lagi.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.