Pages

Friday, January 25, 2013

Nasrudin Tantawi... Kalau Marah Nyamuk Janganlah Bakar Kelambu!


Kesian juga kalangan blog pembangkang terpaksa kerja lebih masa perah otak untuk memperlekehkan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza.

Mungkin sudah tidak ada jalan...maka kebanyakannya bergayut dan putar sakan kenyataan Presiden Palestin Mahmoud Abbas tidak senang hati dengan lawatan itu.



Budak sekolah darjah satu pun tahu kenyataan itu tidak lain tidak bukan semata-mata kerana masalah politik dalaman antara Fatah dan Hamas.

Gaza,yang bersempadan dengan Mesir merupakan kawasan Hamas pimpinan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh manakala Mahmoud Abbas pula di Tebing Barat yang terkepung dengan kawasan dikuasai Israel.

Melihat dari segi kedudukan dua kawasan itu - Gaza dan Tebing Barat yang terpisah begitu, siapa sahaja boleh faham mengapa Najib tidak dapat lintas untuk jumpa Mahmoud Abbas.

Gaza senang boleh masuk melalui sempadan Mesir tetapi lain halnya dengan Tebing Barat.

Namun puak-puak yang jadi 'jiwa kacau' dengan kejayaan lawatan Perdana Menteri itu tetap mengambil sikap standard golongan parti bulan - tutup mata dan pekak telinga.

Kalau tidak faham juga, boleh baca komen Najib sendiri yang meminta agar lawatannya ke Gaza tidak disalah tafir.

Menurutnya lawatan itu tidak memberikan kelebihan dan kekurangan kepada Hamas mahupun Fatah.

Kata Perdana Menteri rancangan asal beliau untuk melawat kedua-duanya, Tebing Barat dan Gaza, tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana sekatan yang sedia ada di Tebing Barat.

"Saya tidak dapat lawat Ramallah (Tebing Barat yang dikuasai Fatah) yang ruang udaranya di bawah kawalan Israel dan Israel tidak akan memberikan kebenaran melainkan kita ada hubungan diplomatik dengan Israel," katanya di Kaherah kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatannya ke Mesir.


Rasanya eloknya puak-puak blogger pembangkang yang masih bengong tak faham penjelasan yang lojik itu terjun ke dalam laut saja.

Kalau tidak puashati boleh minta Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang atau Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz yang mungkin boleh main mata dengan Israel - terbang naik jet dari Gaza ke Tebing Barat.

Mungkin boleh juga tanya-tanya Datuk seri Anwar Ibrahim kalau-kalau beliau ada connection minta tolong Israel buka sekejap ruang udaranya.

Rupanya bukan setakat geng blogger, nampaknya Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan juga jadi sasau dengan lawatan Perdana Menteri.

Ini bunyi ayat Nasrudin mengulas pasal lawatan itu di laman facebooknya.

"Setelah mengIktiraf HAMAS maka langkah berikut ialah mesti BATALkan hubungan dengan Israel.

Ziarah HAMAS melalui pintu depan tetapi membuat hubungan intim dengan israel melalui pintu belakang adalah merupakan satu sikap hipokrit tahap durjana."

Sejak bila agaknya Malaysia ada jalin hubungan dengan Israel baik menerusi pintu belakang atau pintu depan.

Siapa tahu mungkin Nasrudin nak lepas geram tengok bekas Timbalan Presiden PAS,Nasharudin Mat Isa turut serta dalam lawatan Perdana Menteri ke situ.

Pemergian Nasharudin yang juga Ahli Majlis Syura PAS memang tanpa restu PAS.

Setakat ini belum dengar lagi kalangan pemimpin PAS yang mengutuk secara terbuka pemergian Nasharudin kecuali kata tak tahu menahu pasal itu.

Palestin adalah isu sejagat yang merentasi batas politik.

PAS memang akan nampak bodoh jika nak cakap banyak tentang lawatan Najib mahupun mempersoalkan kehadiran Nasharudin.

Jadi kalau marah nyamuk tidak perlulah Nasrudin nak bakar kelambu.

Bagi Ketua Pemuda PAS , kalau nak guna ayat ' hipokrit tahap durjana' lebih baik tujukan komen itu pada kenyataan bos sendiri, Presiden PAS yang buat ' fatwa' video besi tidak boleh dijadikan bukti dalam kes dakwaan video seks 99.9 peratus tulin melibatkan penghulu pakatan pembangkang.

Itu bukan sahaja 'hipokrit tahap durjana' tetapi kata-kata bodoh yang cuba memperbodohkan setiap manusia yang ada atas muka bumi ini.

-Agendadaily

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.