Pages
▼
Thursday, January 31, 2013
Selangor Bubar DUN Selepas Tahun Baru Cina
Kerajaan negeri Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri DUN Selangor selepas Chap Goh Meh jika Putrajaya masih enggan memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan Parlimen.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri bagaimanapun akan berbincang dengan majlis pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat PR berkenaan perkara ini.
“Sekiranya Federal tidak memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan Parlimen, kerajaan negeri bercadang untuk berbincang dengan majlis pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk kita bubarkan DUN dengan lebih awal iaitu selepas Chap Goh Meh ” kata Khalid dalam sidang media di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah kemarin.
Menurut Khalid, sebelum ini beliau enggan membubarkan DUN serentak dengan Putrajaya jika pembubaran berlangsung pada Jun tahun lalu kerana mahu menguruskan bajet tahunan kerajaan negeri yang masih belum selesai.
“Tetapi kita rasa kita perlu bubar lebih awal sekiranya Pusat masih belum bubar sebelum Chap Goh Mei, kita memikirkan untuk pembubaran lebih awal untuk mandat baru untuk kepentingan rakyat ” kata Khalid yang dipetik The Malaysian Insider.
Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Khalid itu sendiri hairan dengan tindak tandur MB Selangor itu.
Katanya, dulu tidak mahu cepat, sekarang hendak cepat pulak.
“Kerajaan negeri memang ada hak bubar DUN bila-bila masa dengan perkenan sultan, tetapi tarikh pilihanraya hanya SPR yang boleh tentukan” katanya.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.