Pages
▼
Sunday, January 20, 2013
SKMM Ambil Keterangan Patrick Teoh Hina Islam!
Tindakan tepat telah dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) baru-baru yang telah membuat siasatan keatas Patrick Teoh ekoran menghina Islam dalam laman Facebook.
Diberitahu Sekumpulan pegawai penyiasat SKMM telah selesai mengambil rekod dan keterangan daripada Patrick Teoh. Harap Patrick Teoh dikenakan tidakan tegas diatas tindakan bodohnya yang telah menguris hati umat Islam.
Terdahulu dalam kekecohan dan kehangatan masyarakat memperkatakan isu kalimah Allah dan Amanat Hj Hadi, tiba-tiba muncul Patrick Teoh menyuarakan pendapat yang sangat bertentangan, menghina Islam dan menghiris hati orang-orang Melayu Islam khasnya.
Beliau yang memberi komen mengenai peraturan yang dibuat oleh kerajaan PAS Negeri Kedah berkenaan kandungan, susunan, cara serta pengisian sambutan Tahun Baru Cina yang hendak diadakan di Alor Setar sempena menyambut perayaan Tahun Baru Cina bulan Februari ini.
Dalam kenyataannya Patrick Teo mempersoalkan tentang etika berpakaian di kalangan peserta yang bakal menjayakan majlis itu, lagu bersifat motivasi dan dengan lantang mempersendakan solat lima waktu, wanita bertudung dan menghina Al-Quran.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.