Pages
▼
Thursday, January 10, 2013
Tidak Perlu Huru-Hara Untuk Bela Nasib Rakyat
Pembangkang tidak seharusnya mencetuskan huru-hara dengan mengadakan perhimpunan atau protes jalanan jika mereka benar-benar ikhlas dalam membela dan memperjuangkan nasib rakyat, kata Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Azraful Azman.
Beliau berkata, ini kerana perhimpunan dan protes hanya akan menyusahkan kehidupan orang ramai termasuklah menjejaskan periuk nasi para peniaga.
"Tengok perhimpunan-perhimpunan sebelum ini apa yang mereka dapat? Hanya timbulkan huru-hara dan kalau itu diteruskan ia bukanlah sesuatu yang baik untuk apa yang kita nikmati selama ini," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Ditanya mengenai cubaan pembangkang yang mahu mencetuskan peristiwa ala "Arab Springs", Azraful berkata, ia sangat keterlaluan kerana keadaan di negara ini jauh berbeza dengan beberapa negara di Asia Barat yang dilanda "Arab Springs", termasuk Syria.
Katanya, pembangkang harus sedar bahawa jika "Arab Springs" menular ke Malaysia, kehilangan nyawa dan kerugian harta benda tidak dapat dielakkan sepertimana yang berlaku di Syria sekarang. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.