Pages
▼
Friday, January 18, 2013
Tindakan Tegas Perlu Dikenakan Terhadap Patrick Teoh - Khairy
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata tindakan tegas patut dikenakan terhadap pelakon Patrick Teoh yang menghina Islam dalam laman Facebooknya baru-baru ini.
Beliau berkata walaupun Teoh memohon maaf setelah menyedari kenyataannya mendapat kecaman banyak pihak, ia tidak boleh diterima begitu sahaja, tanpa ada tindakan susulan yang lebih tegas. Seterusnya klik pada tajuk entri....
"Dah sampai tahap terlalu kesat, kita tak mahu lepas ini sesiapa sahaja menghina Islam kemudian minta maaf begitu sahaja. Dia patut dipanggil pihak berkaitan dan disoal siasat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Kedah, di sini hari ini.
Beliau berkata tindakan pelakon yang sinonim dengan watak komedi itu telah mengguris perasaan umat Islam dan Teoh wajar dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang.
Khairy mengulas kenyataan kesat Teoh yang menghina Islam termasuk memperlekeh amalan solat dan menutup aurat wanita Islam sebagai reaksi terhadap tindakan kerajaan PAS Kedah meletakkan syarat kepada peserta yang terlibat dengan persembahan pentas majlis sambutan 1Malaysia Tahun Baharu Cina 2013 di negeri ini.-Bernama
bodoh punya cina komunis...sembah patung yg aku buat. lagi bodoh
ReplyDelete