Pages

Saturday, January 19, 2013

Wacana Pra-PRU13: Populariti Najib Menonjol Berbandaing Anwar Ibrahim


Populariti Datuk Seri Najib Razak menonjol dalam kalangan rakyat adalah berikutan prestasinya yang dinilai orang ramai, termasuk program transformasi dan janji ditunaikan kerajaan.

Pensyarah Jabatan Komunikasi Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Manusia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid, berkata faktor berkenaan diperoleh dalam kajiannya antara Mac 2008 hingga Julai 2012. Seterusnya klik pada tajuk entri....


Malah, katanya, kajian itu juga menunjukkan populariti Najib terus mengatasi tiga pemimpin pembangkang.

Kajian itu mendapati populariti Najib meningkat daripada 41 peratus selepas pilihan raya umum Mac 2008 kepada 58 peratus pada Julai 2012 berdasarkan tinjauan kepuasan terhadap pemimpin.

Sokongan 58 peratus daripada 1,963 responden ditemubual secara bersemuka dari 1 hingga 31 Julai lalu adalah tertinggi jika dibandingkan dengan sokongan diterima Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (47 peratus), Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (34 peratus) dan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (31 peratus).

Beliau ditemui selepas pembentangan Wacana Pra-PRU13: Siapa Jadi Pilihan? anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) dengan kerjasama BH di sini semalam.


Populariti Anwar menurun


Syed Arabi dan Timbalan Pengerusi MPN, Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin adalah panel jemputan bagi sesi pertama wacana itu yang dikendalikan Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaaffar selaku moderator.

Mengulas lanjut, Syed Arabi yang juga bekas rektor UIAM berkata kajian itu dijalankan berperingkat pada Mac 2008 membabitkan 1,654 responden dan 1,370 responden pada Mac 2012 sebelum diteruskan pada Julai tahun lalu.

Malah, katanya, populariti Anwar pula menurun dari 46 peratus selepas pilihan raya umum Mac 2008, berbanding 34 peratus pada Julai 2012.

Sumber: BH

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.