Pages

Monday, January 14, 2013

Wow RM289,000 Dikutip Semasa #KL112... Agak-Agak Sape Masyuk?


Wow! Kaya... kaya... Sebanyak RM289,000 berjaya dikutip hasil derma orang ramai semasa Himpunan Shamsidar di Stadium Merdeka Sabtu lepas. Itu baru kutipan peserta yang masuk dalam stadium, yang kat luar ada dekat setengah juta peserta lagi. Kalau kutip sorang seringgit, mahu tambah lagi RM1 juta.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
Wow... Boleh tampung kos pilihan raya!


Psssttt.... Dekat-dekat pilihan raya BN duk bagi bantuan kepada rakyat, pembangkang duk mintak bantuan daripada rakyat.... Takpa bantuan kerajaan tu jahat, derma korang tu jihad! Ambik jeh laaa!
- mesintaipburuk

1 comment:

  1. Sebuah gereja di Petaling jaya telah menaikkan kalimah Allah didinding gereja selepas Hj Hadi membenarkan penggunaan kalimah Allah. dan beratus ribu bible Melayu sedia Utk cetakan.

    (Sebarkan Utk renungan umat Islam)

    sumber dari blog pembangkang sendiri : suarapakatanrakyat.com/2013/01/kalimah-allah-keputusan-majlis-syura-pas-bercanggah-pakatan-rakyat/


    Kalimah Allah: Keputusan Majlis Syura PAS Bercanggah Pakatan Rakyat


    BERTAMBAH keliru!! Itulah reaksi pertama penulis sebaik dimaklumkan bahawa Majlis Syura Ulama PAS sebentar tadi memutuskan untuk melarang penganut agama Kristian menggunakan perkataan Allah secara bertulis.

    Anehnya, semua ini berlaku setelah Pakatan Rakyat membenarkan kalimah Allah digunakan oleh pihak gereja, tanpa sesekali menyentuh bentuk penggunaannya sama ada secara bertulis atau secara oral.

    Bagaimanapun kalau pertikaian penggunaan nama Allah dalam kitab Bible berbahasa Melayu dan majalah mingguan gereja, The Herald dijadikan panduan, maka jelas yang dituntut adalah penggunaan kalimah tersebut secara bertulis!!



    Dengan keputusan itu, pemahaman semua orang ialah kalimah Allah boleh digunakan oleh pihak Gereja dalam apa bentuk pun yang dimahukan mereka. Tidak timbul persoalan bertulis atau tidak.

    Penggunaan kalimah tersebut secara oral juga memang tidak pernah menjadi topik pertikaian oleh mana-mana pihak sebelum ini. Kalau penulis tersilap, sila maklumkan dimana.

    Maka itu tidak salah kalau penulis melihat keputusan ini akan mencetus satu masalah yang besar kepada Pakatan Rakyat selepas ini.

    Suka nak dimaklumkan disini bahawa beratus ribu Kitab Bible yang menyebut di dalamnya perkataan Allah telah sedia dicetak untuk diedarkan di kalangan orang Melayu/Islam dalam membantu menambah pemahaman mereka mengenai agama Kristian, sebaik Pakatan Rakyat memutuskan untuk membenarkan penggunaannya oleh masyarakat Kristian.

    Sebuah gereja di Petaling Jaya juga dilaporkan telah menaikkan papan tanda dengan perkataan Allah di dinding bangunan gereja tersebut minggu sudah, sebaik Majlis Presiden Pakatan Rakyat selesai bersidang dan memutuskan perkara tersebut.



    Justeru, penulis dengan ini meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang tampil menjelaskan perkara ini kepada rakyat. Apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang cuba diselindungkan?

    Penulis juga difahamkan, Hadi tidak berbincang terlebih dahulu dengan Majlis Syura Ulama sebelum menghadiri mesyuarat pada 8 Januari lepas. Kebetulan, bantahan dari anggota Majlis Syura berhubung perkara ini seperti Timbalan Mursyidul Am, Ketua Dewan Ulama dan Nasharudin Mat Isa, bukan satu rahsia lagi.

    Ribut, ribut.

    Artikel Berkaitan:

    Suku Juta Sokong Penggunaan Kalimah Allah Oleh Pihak Gereja
    Kalimah Allah: Jadikan HKR Bukti Perpaduan & Persetujuan

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.