Pages
▼
Wednesday, February 20, 2013
Apakah Pendirian Muslim PKR Dalam Isu Kalimah?
Apakah sebenarnya pendirian PKR dalam isu kalimah Allah digunakan dalam Bible berbahasa Melayu? Jawapan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpinnya nampaknya bercelaru.
Timbalan Presidennya, Azmin Ali berkata bahawa PKR akur pada butir ketetapan Majlis Syura Ulama PAS bahawa bukan Muslim tidak boleh menggunakan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.
Katanya, dalam isu ini PKR akan sentiasa di belakang dewan tertinggi penggubal dasar PAS itu. Adakah maksud Azmin bahawasanya PKR sedia bergabung dengan PAS dalam ketetapan melarang penggunaan Allah dalam Bible?
Pendirian PKR dalam isu kalimah Allah kabur
Pendirian PKR ini kabur. Ini mungkin kerana PAS sendiri tidak mengumumkan bahawa ia mahu ketetapan itu menjadi dasar Pakatan Rakyat. Maksudnya jika pakatan itu menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, PAS tidak pula berjanji bahawa ia akan menggunakan kuasa untuk melarang perbuatan menggunakan kalimah Allah dalam Bible!
Ini bermakna PAS masih belum ada pegangan rasmi dalam isu ini. Maka benarlah hujah Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa Majlis Syura Ulama hanyalah satu komponen kecil dalam PAS.
Malah, Ketua Penerangan DAP, Tony Pua menganggap pandangan lantang beberapa pemimpin PAS dalam Majlis Syura itu seperti Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib, bukanlah datang daripada kalangan pemimpin berkedudukan tinggi dalam PAS.
Maka beliau mengesahkan pandangan Karpal itu sebenarnya adalah suara rasmi DAP.
Fuziah Salleh sokong Guan Eng, tolak ketetapan Majlis Syura
Ketika Majlis Syura Ulama menjilat luka kerana “kejahilan Karpal dan pemimpin DAP lain”, seorang Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh pula tampil dan mengusutkan lagi keadaan dengan memberi sokongan terbuka kepada syor Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya Bible berbahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah diberi keizinan digunakan di seluruh Malaysia.
Secara langsung kenyataan Fuziah Salleh ini menolak pendirian Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna sebagai terjemahan God dalam Bible bahasa Melayu.
Fuziah mendakwa adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah.
“Contohnya kalau konsep Allah dalam Bible dia rujuk kepada konsep trinity (Tuhan dalam tiga bentuk). Tapi Allah dalam konsep Islam ialah Allah yang satu. Jadi lain maksudnya,” kata beliau.
“Akan tetapi (walaupun) perkataan itu membawa maksud berbeza kepada penganut agama lain, ianya bukan hak mutlak umat Islam.
“Di situ boleh timbul confusion (kekeliruan), tapi dengan timbul confusion itu tidak bermaksud kita (boleh) melarang yang lain ataupun kita menyekat yang lain sebab itu (tindakan) tidak wajar,” kata Fuziah.
Kalimah Allah: Anwar hanya sokong pendirian Abdul Hadi
Pada 13 Januari lalu Majlis Syura Ulama PAS menetapkan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam sebarang penerbitan bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.
Bagaimanapun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat akan berpegang kepada ketetapan 8 Januari bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Muslim asalkan tidak menghina Islam.
Beliau berkata ketetapan itu berpandukan kepada pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Hadi setakat ini belum mengemukakan pendirian Majlis Syura itu kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
Lebih mengusutkan keadaan, Pengerusi DAP Karpal Singh pula berkata partinya mahu Majlis Syura mengkaji semula keputusannya supaya selari dengan pendirian Pakatan Rakyat.
Berikutan itu beliau dicemuh oleh pemimpin-pemimpin parti itu termasuk Datuk Harun Taib yang menegaskan bahawa PAS tidak akan berkompromi dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim.
Nampaknya pendirian Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan mengenai isu kalimah senada dengan pendirian DAP walaupun Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebelum ini berkata PKR menyokong keputusan Majlis Syura PAS.
PKR sentiasa “di belakang” Majlis Syura PAS
Azmin pula membayangkan pendirian Syura itu tidak akan diangkat untuk mengganti atau dijadikan tambahan kepada ketetapan Pakatan Rakyat pada 8 Januari lalu.
Azmin berkata, PKR sentiasa “di belakang” Majlis Syura PAS. Namun realiti kini jelas menunjukkan PKR lebih “liberal” dari itu. Ia mahu terus menjalin kerjasama dengan DAP dan pada masa yang sama tidak mahu mengecilkan hati PAS.
Malangnya, isu ini bukan lagi soal menjaga hati dan emosi mana-mana parti politik. Ia soal akidah. PKR perlu lebih jelas dan tegas pendiriannya dalam hal ini.
Rakyat perlu tahu sejauh mana PKR mahu bersama PAS pertahankan kesucian akidah umat Islam
Melontarkan tohmah pada media arus perdana bahawa ia mahu memecahbelahkan kesatuan dan perpaduan Pakatan Rakyat hanyalah satu sikap dan alasan yang kurang bertanggungjawab.
Yang perlu dinyatakan oleh PKR ialah adakah ia menyokong pendirian DAP dalam polemik ini. Majoriti ahli PKR beragama Islam. Mereka juga ingin tahu. Begitu juga dengan ahli-ahli PAS. Mereka ingin kepastian sejauh mana PKR mahu bersama PAS mempertahankan kesucian akidah umat Islam.
Lebih penting lagi ialah pengundi-pengundi PRU 13 yang 60 peratus beragama Islam. Mereka ingin penjelasan adakah PKR menyokong pendirian Majlis Syura Ulama PAS?
Pengundi juga ingin tahu apakah perjuangan Datuk Dr Haron Din dan Datuk Harun Taib yang tidak merelakan kalimah Allah digunakan dalam Bible disokong oleh PAS sebagai sebuah parti politik Islam dan pemimpin Islam dalam PKR sendiri?
Berhentilah mengelirukan umat. Pengundi muslim mahu tahu jika mereka memilih Pakatan Rakyat dalam PRU 13, adakah DAP akan berhenti memperjuangkan ketetapannya mahu menggunakan kalimah Allah dalam Bible?
Yang pastinya, orang Islam yang benar imannya tidak akan mengampunkan dosa PAS dan PKR mengizinkan kesucian nama khas Allah dicampur-adukkan dalam Bible berbahasa Melayu. Itu sahaja.
-AntaraPos
Perkara Kalimah Allah pun nak debat. Tak ada hukum dalam islam yang mengatakan tak boleh. Yang ada hanya hukum manusia saha.
ReplyDeletePerkara kecik yg di suarakan oleh orang kafir nak didebat bermati-matian. Nak dipertahankan bermati-matian. Perkara penolakkan Hukum Hudud, perkara memperleceh2kan hukum hudud yang datang daripada mulut pemimpin yang mengaku islam, tak nak pula di debatkan mati-matian, sehingga orang bukan islam memandang yang hukum hudud islam ini tak sempurna dan lengkap. Apa kejadahnya kau orang ni?
Dah terang orang2 islam yang menolak, merendah2kan dan memperleceh2kan hukum hudud yg terdapat di dalam al-quran boleh terkeluar dpd islam, itu tak berani nak sentuh. Kecup perut semua nak bahaskannya. Apasal macam ni.?
Sebab itu aku katakan sekali lagi, ini semua adalah main psikology umno utk merintih simpati dpd orang melayu utk PRU-13 nanti. Mereka juga mainkan terus utk memecahbelahkan PAS. Bukannya sbb nak pertahankan agama. Kalau nak pertahankan agama perkara yang utama diatas patut sudah lama di bahas dan di debatkan.
Perkara penggunaan kalimah Allah masih boleh dipertikaikan. Tetapi, perkara menolak, merendah2kan serta menakut2kan orang bukan islam pada hukum Hudud dan yang termaktub di dalam al-quran oleh pemimpin2 Umno, memang wajar di tentukan.
ReplyDeleteTakkan pemimpin2 PAS akan tunduk dan terus nak join Umno disebabkan oleh permainan Umno dek hanya kerana kalimah Allah sedang kan nas yg shahih lagi terang iaitu orang yang menolak, meremeh2kan dan memperlekeh2kan hukum Allah jelas terpampang di dalam Al-Quaran.
Jangan di BODOH kan oleh permainan Umno & Gang UG.
Don't play full with us la. Who said this Hukum Hudud perfect? Want to find ampat orang witnesses pun in zina punya case pun banyak susah and impossible, lagi mau kata itu Hukum banyak perfect ka? Mana ada orang mau buat sex terang-terang kasi orang nampak? Bodo sahaj. Nanti orang Islam tarak tangan mau kerja cari makan apa macam? Nanti itu batu-batu sudah habis ini dalam Malaysia, apa macam mau bikin bangunan, sekolah, rumah?
ReplyDeleteKalau lu orang task mau caya, lu tanya sama itu the perfect PM in Malaysia Tun Mahadir. Ini orang banyak betoi cakap punya. He is the best among the others PM