Pages

Tuesday, February 19, 2013

Banjir Di Pusat Bandar Puchong Rakyat Kesal Dengan Pentadbiran PR Selangor


Banjir IOI Puchong bukti kelemahan pentadbiran Khalid Ibrahim. Banjir yang melanda IOI Puchong pada petang semalam adalah sudah dijangkakan. Banjir yang sama pernah menyerang Klang beberapa kali dalam tahun lalu. Banjir yang sama juga pernah melanda Kajang tahun lalu.

Semua orang tahu, punca banjir-banjir kilat adalah kerana saliran longkang, parit dan sungai tidak diselenggara dengan baik oleh pentadbiran DAP, PKR dan Pas.

Hamidzun Khairuddin Presiden GAPS berkata, "walaupun kerajaan pusat memberikan bantuan sebanyak lebih dari RM350 juta setahun dari peruntukan MARRIS kepada kerajaan Selangor setiap tahun, namun kerana kelekaan Menteri Besar bermain politik setiap hari menjadi ianya lena dalam buaian politiking yang tak berkesudahan. Peruntukan yang sepatutnya dibelanjakan untuk baiki jalan, selenggara parit, longkang dan sungai dibazirkan kepada projek MES yang menguntungkan kroni politik PKR, DAP dan Pas sahaja.

Air hak rakyat seperti yang dilaungkan setiap hari oleh MB, adakah air banjir juga milik rakyat ? Mohon MB memberikan jawapan yang pasti".


Menurut seorang pengunjung pusat beli belah tersebut, Khairul Nizam, sejurus selesai urusan disana dia terkejut apabila mendapati keretanya ditenggelami air sehingga ke paras bumbung.

“Sehingga kini kereta saya masih tidak dapat dihidupkan berikutan telah dipenuhi air, oleh itu terpaksa saya mengupah orang untuk menarik kereta ini ke bengkel kereta berdekatan,” kata Nizam.

Seorang lagi pengunjung, Suzana Muhammad yang membawa seluruh ahli keluarganya ke pusat beli belah itu berasa kesal setelah tidak mampu menghantar kedua ibu bapanya pulang ke kampung berikutan kereta rosak.

“Susah la macam ini kerana saya tidak tahu apa yang rosak selain harus menunggu beberapa hari untuk kereta ini diperbaiki,” kata Suzana.

Menurut seorang kakitangan pusat beli belah berkenaan, Tam Sha Faa, pihak pusat beli belah, pihak IOI harus dipertanggungjawabkan atas segala kerugian dialami.

“Siapa yang nak bayar ganti rugi kereta ini, kita tengok apa yang management kata dalam perjumpaan esok pagi sebelum kami menyuarakan pendapat,” kata Sha Fan.

Banjir kilat itu turut mengakibatkan kesesakan lalulintas di kedua-dua arah iaitu ke Sunway, Subang Jaya dan Puchong Perdana.

1 comment:

  1. Fuyoooooo.Sejak PR perintah Selangor Pusat Bandar Puchong sudah setaraf dengan New Orlean (US)dan Bangkok (dari segi malapataka banjir.HEBAT-HEBAT, memang hebat. Kerajaan BN dulupun tak mampu naikkan taraf Pusat Bandar tu setaraf dengan bandar2 tersebut. PRU 13 Kita undi "untuk hancurkan Pakatan Haram". Itu namanya "berkat" atau "bala" lebihan air diselangor "bak kata MB Selangor. KAH...KAH...KAH.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.