Pages

Friday, February 22, 2013

Bantuan 'Haiwan', Peribadi Buruk Tersalah Akhirnya


Ada ramalan, mungkin Dewan Rakyat dibubarkan sebelum hujung bulan Februari berdasarkan berita dan rentak Menteri Besar Selangor yang mahukan beriya-iya ingin membubarkan Dewan Undangan Negeri dua minggu selepas Gong Xi Fat Chai.

Kalaulah kehendak Tan Sri Khalid itu menjadi kenyataan, sebagaimana dilaporkan akhbar hari ini bahawa beliau sudah mendapat perkenan Tuanku Sultan Selangor, maka hujung minggu ini atau awal minggu depan diketahuilah menang benar beliau akan kotakan janjinya.

Jika beliau tidak lakukan juga menjelang akhir bulan ini, bermakna kredibiliti beliau sebagai Menteri Besar Selangor jatuh merudum seperti gegernya seluruh dunia apabila tahi bintang yang gugur di bahagian tengah wilayah Rusia awal minggu lalu sehingga menyebabkan lebih 1,200 orang cedera.

Kecederaan fizikal yang dialami oleh penduduk Rusia sebenarnya tidaklah seteruk kecederaan akidah yang disebabkan oleh sikap sesetengan pemimpin politik yang terlalu memikirkan kedudukan kuasa berbanding kesejahteraan orang ramai.

Akhir-akhir ini, persoalan kecederaan mental dan akidah akibat perebutan untuk menang PRU-13 semakin menggelisahkan, terutamanya apabila ada pihak yang sanggup mempermain-mainkan kemurnian makna Allah, dalam konteks pemesongan dan kekeliruan maksud.

Akibat berlakunya keputusan yang terlalu bersifat politik, rakyat mula curiga apakah sebenarnya yang dimahukan oleh pemimpin berkenaan. Setelah terjerumus dalam kancah hipokrasi, maka ahli politik berkenaan mula menyalahkan musuh politik kerana tidak melakukan sekatan ketat penerbitan sebuah kitab yang menggantikan istilah God, Elohim ataupun Yehweh dengan Allah.

Ramai juga terkejut, apabila ada ulama yang mempertahankan kemurnian dan kesucian istilah tersebut diancam dengan kata-kata kesat. Lebih menyedihkan orang yang melemparkan tuduhan kesat itu ialah orang Islam sendiri, iaitu orang Islam yang mungkin kedudukan akidahnya sudah lama terhakis.

Hakisan akidah berlaku kerana meletakkan matlamat politik di atas sekali. Hakisan juga berlaku kerana orang yang berkata demikian sebenarnya sudah mengalami kecederaan mental kerana terpengaruh dengan pelbagai aliran falsafah yang diperoleh menerusi penyelewengan kebebasan akademik dan tegar dengan teori ilmiah yang hanya berdasarkan pandangan semesta dalam rasionalisme empirikal.

Semalam sekurang-kurangnya masyarakat resah dengan adanya satu kenyataan dari orang bergelar ulama yang baharu sahaja kembali dari Mekah. Sebaik sahaja kepulangannya disambut oleh 1,000 orang yang menanti kehadirannya di Stadium Sultan Muhamad Ke-1V, ulama berkenaan membuat kenyataan:

“Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabor padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang, jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM 10, RM 50 (orang akan datang ambil). Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia.” (Penerima Bantuan umpama “haiwan”, Utusan Malaysia, 21 Februari 2013).

Ramai yang sakit hati dengar ulama itu bercakap, kerana ulama itu sebenarnya ke Mekah mencari ilham bagaimana nak nafikan kebaikan yang telah diberikan oleh kerajaan untuk membantu rakyat. Ilham baharu itu bukan sahaja nak menutupi kelemahan kepimpinan ulama yang tidak pernah terfikir untuk lakukan perkara yang terbaik untuk rakyat yang pernah memberikan kepercayaan kepadanya untuk memerintah.

Ulama sedemikian boleh dianggap sebagai “ulama tumbuh nyior” atau dalam bahasa yang lain ialah “ulama buih”. Meskipun berpelajaran agama begitu tinggi, tetapi tidak mampu membezakan taraf manusia dengan haiwan. Ayam walaupun tidak ditaburkan “hampas kelapa” akan tetap datang juga setelah disedarinya ada makanannya. Lembu, kalau tidak disediakan jeraminya, akan tetap dicarinya juga rumput kerana makanannya.

Dalam soal ini, rakyat diberikan pelbagai bantuan dan bukannya seperti maksud “tabur hampas kelapa.” Bahkan, ulama berkenaan bukan sahaja gagal meneydiakan “hampas kelapa”, ia juga gagal menanam pokok kelapa yang kelak mendatangkan banyak faedahnya kepada seluruh kehidupan.

Pokok kelapa, kepada unggar seperti burung “gembala kerbau” boleh dijadikan tempat bersarang. Penduduk tepi pantai boleh memahami arah angin yang bertiup dan menjadi panduan sama ada telah turunnya angin barat atau tenggara, kerana ia memberikan makna yang besar potensi rezekinya pada hari itu.

Pokok kelapa yang berbuah, akan mendatangkan rezeki kepada penanamnya. Harga kelapa muda lebih mahal dari kelapa tua. Tetapi, kalau tiada kelapa tua, rakyat juga akan resah gelisah kerana kelapa sangat diperlukan untuk dibuat gulai, termasuk santannya diarung bersama beras nasi dagang ketika dikukus.

Setelah diperah santannya, hampas itu diberikan kepada ayam. Maknanya, hampas itu adalah makanan ayam selain lebihan makanan yang lain. Tetapi, ulama berkenaan tidak menghargai kegunaan hasil yang saling bergantung, dan saling berkait itu. Ulama berkenaan sebenarnya lebih dahsyat sekali falsafah ilmunya, yang mungkin diwarisi daripada pandangan yang lahir dari otak yang sudah terlalu kotor.

Bantuan Rakyat 1Malaysia misalnya, sejak dimulakan pada tahun 2012, sudah memasuki fasa kedua pada tahun ini. Pada tahun lalu, ulama tersebut mengeluarkan kenyataan menghina BR1M, kerana wangnya adalah dari sumber yang tidak diketahui halal. Bagaimanapun, setelah ianya diagihkan, ramai juga penyokong ulama itu yang berbaris mengambilnya. Melihat kepada situasi itu, ulama terbabit malu dan terasa aib, kerana beliau sebenarnya tidak pernah terfikir untuk melakukan kebaikan terhadap orang yang dipimpinnya, walaupun berhadapan dengan kesusahan.

Bila BR1M 2.0 sedang diagihkan, ulama terpukul sekali lagi. Bahkan, bantuan itu akan diteruskan jika pengurusan kewangan negara baik dan hasil negara bertambah pada masa hadapan, bukan sekadar RM 500, akan ditingkatkan sekali ganda. Yang lebih terpukul ialah orang muda yang berpendapatan bulanan di bawah RM 3,000 sebulan turut diberikan.

Oleh kerana PRU-13 pada tahun ini bakal menyaksikan 2.5 juta pengundi baharu, yakni mereka yang buat pertama kalinya mengundi, maka pemberian tersebut awalnya dilihat sebagai “gula-gula pilihan raya’, kali ini mengaibkan seperti “ayam dan lembu.”

Inilah maknanya seorang ulama yang takbur dan hina perilakuknya. Katakanlah, jika ada orang miskin yang datang ke rumahnya, maka diberikan sepinggan “nasi dingin”, apakah “nasi dingin” itu sama dengan “hampas kelapa atau jerami.” Kita tahu, “nasih dingin” juga menjadi makanan ayam. Kita tahu, “nasi dingin” itu adalah sisa-sisa makanan yang boleh memberikan makanan kepada ayam dan kambing.

Maknanya ulama berkenaan adalah orang yang paling tidak ikhlas dalam perjuangan agamanya. Kalaulah bukan kerana “ingin berkuasa” tentunya beliau tidak akan berkata demikian. Dan, ini berlainan dengan apa yang pernah diucapkan, “beri wang ambil; kain pelikat, pakai; undi belum tentu.”

Rakyat sebenarnya sudah terlalu bosan, akibat terlalu banyak memperlekehkan orang lain, beliau sudah tidak lagi dianggap seorang ulama yang menggunakan ilmu untuk memimpin. Beliau menggunakan ilmu untuk mengkhayalkan orang yang dipimpinnya, kerana setiap hari mengerakkan adrenalin agar berfikir secara kotor dan membayakan. Itulah racun pemikiran yang menjadi darah politik harian ulama yang hanya bersenjatakan ilmu agamanya.

Pernah ulama berkenaan mengkritik “guru sekolah rendah” yang hanya “layak mengajar ABC”, tetapi hati guru itu adalah lebih mulia dan jujur daripada hatinya sendiri. Walaupun mempunyai “ilmu yang sedikit”, guru berkenaan tetap menyampaikan ilmunya dengan baik untuk faedah orang ramai, sekurang-kurangnya boleh menyusun huruf-huruf itu untuk kenali apa itu “DOSA” atau “jiwa pembelit.”

Hari ini, pendedahan “guru sekolah rendah” itu menyedarkan ramai orang, bahawa ulama yang sudah bertukar menjadi “ular-mak” (tiada kena mengenai dengan pandangan masyarakat Tionghua mengenai Tahun Ular, yang dijadikan simbol tradisi sambutan Tahun Baharu pada tahun ini) sebenarnya sudah lama bersalin kulit.

Orang ramai kenali siapakah ulama itu sebenarnya. Orang ramai semakin jelas ulama yang bertukar atau bersalin kulit itu bukan lagi seseorang yang boleh diharapkan untuk memimpin, kerana semakin lama dibiarkan, semakin caca-merbalah kehidupan. Buat masa ini, hampir tidak cukup tanah lagi nak gadai, nak tebang balak pun balak belum lagi membesar, cuma yang sedang melanda ialah bala.

Orang sudah faham, ulama seperti itu hanya sesuai untuk dipakai ketika nak ke jamban. Beliau juga pernah perkenalkan “ulama terompah kayu”, maka, kini istilah itu benar-benar menepati kekhususan dirinya, walaupun berilmu tetapi ilmunya tidak digunakan untuk kemaslahatan ummat. Ia menggunakan ilmu dan kedudukannya untuk mengeksploitasi emosi rakyat, tetapi rakyat sekarang bukan seperti rakyat yang mudah ditipu.

Mereka tidak percaya lagi, kalau mati ketika tidur dan bantal disarungkan dengan bendera parti, mati itu bukanlah “masuk syurga.” Matinya, tetapi akan diadili apakah sudah terkumpulan saham akhirat ketika masih hidup? Persoalannya, walaupun “hampas kelapa dan jerami” ia adalah lebih bermakna daripada hanya tahu meludah, menjual air liur. Rakyat sekarang lebih mudah percaya, ada benda dan bukannya sekadar berjanji, maki hamun dan menyalahkan orang lain atas kegagalan dirinya sendiri.

Rakyat sudah lama sedar, selagi ulama seperti itu bermain emosi, selagi itulah ulama tidak rasional dan pemikirannya lebih teruk daripada haiwan itu sendiri. Haiwan –ayam dan lembu—tahu makanannya yang tidak memudaratkan, tetapi, ulama tidak sedar, kata-katanya itulah yang menjadi racun dan bom yang bakal meletup.

Jika racun dan bom itu digabungkan, yang menerima akibatnya ialah ulama itu sendiri, kerana Allah SWT akan menyiksa dengan balasan paling dahsyat setelah pemimpin yang diberikan peluang memimpin, tidak memimpin dengan baik, hanya tahu menyalahkan orang lain bila rakyat bertanya: Mana? Apa Hasilnya? Dah 23 tahun jadi pemimpin, gigi pun tidak ada lagi, tapi nak gosok gigi pun susah. Air Kotor?

Mahanor Saleha

3 comments:

  1. orang kecik dapat 500je
    orang besau dapat 5kkkk

    lagipun bukan duit bapak kau
    bagi sesah je le

    ReplyDelete
  2. Itu je komen yg bole dogol bg? Taksub sungguh puak PAS ni...

    ReplyDelete
  3. Kesian kau Dogol... Patutla nama kau Dogol.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.