Siri-siri sabotaj pihak tidak bertanggungjawab nyata menunjukkan perbuatan khianat mereka semakin terdesak!
Tiga papan iklan yang memaparkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Manjung di sini ditemui disimbah dengan cat merah pada pagi Isnin.
Satu papan iklan di persimpangan Jalan Lumut-Jalan Iskandar yang memaparkan Dr Zambry dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan moto “Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir, telah disimbah dengan cat merah yang menutupi gambar Dr Zambry.
Dua papan iklan yang turut disimbah dengan cat merah hanya memaparkan wajah Dr Zambry, yang didirikan oleh Majlis Perbandaran Manjung.
Satu ditempatkan di hadapan bangunan majlis perbandaran dan satu lagi di Jalan Sitiawan, dekat Taman Paya Bakau Manjung.
Laporan polis telah dibuat oleh Pemuda UMNO Cawangan Pusing, Pusat Khidmat Masyarakat dari Regrouping Area Lahat Perak, Persiaran Puncak Jelapang 6 Taman Puncak Jelapang Maju, Ipoh, dan Padu Batu Gajah dari Jalan Sri Wangsa 10 Taman Sri Wangsa.
Laporan dibuat pada pukul 2.30 petang di Balai Polis Pusing semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Shaharon Anuar Abdul Latif dalam satu kenyataan berkata, siasatan dibuat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Beliau berkata siasatan awal di tempat kejadian berhampiran Taman BG Perdana Batu turut menjumpai sepasang sarung tangan.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.