Pages

Monday, February 11, 2013

Haron Din Sahkan Jumpa Anwar


Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mengesahkan wujud pertemuan antara beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa lalu dan menganggapnya sebagai perjumpaan biasa sepertimana bertemu dengan individu-individu lain.

“Pada Selasa lalu, ada 200 orang jumpa saya tanpa mengira latar belakang politik. Pertemuan dengan saya tidak sepatutya dijadikan isu sebab saya dengan Anwar kawan lama, dulu masa di ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) kami sudah kenal, semasa beliau dalam Umno kami masih berkawan…dia datang rumah saya, semasa dia dalam penjara saya pergi melawat dia.

“Pertemuan dengan saya adalah sebagai sahabat, tiada agenda berasingan. Pertemuan itu sering berlaku dan itu betul, pertemuan itu tiada agenda berasingan,” katanya kepada Antarapos.

Beliau turut melahirkan kekesalan apabila ada pihak yang menjadikan pertemuan dengan Anwar sebagai modal politik sambil menambah turut bertemu ramai orang setiap hari bagi mendapatan nasihat.

Dr Haron menegaskan dakwaan mengatakan Majlis Syura Ulama menolak Anwar memegang jawatan perdana menteri tidak benar kerana ia tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat badan tertinggi parti Islam itu yang dipengerusikan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Bila saya kata kami kawan biasa, perjumpaan itu tiada perkara khusus dalam berbincang atau memutuskan apa-apa mengenai parti…tiada kaitan dengan parti, ia perjumpaan biasa.

“(Majlis Syura Ulama) tidak pernah bincang isu itu, mungkin pertemuan saya dengan Anwar dikaitkan dengan itu tapi ia hanya pertemuan biasa,” katanya.

Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang turut serta menemani Anwar mengesahkan pertemuan itu kepada Antarapos.

Namun, Azmin tidak mendedahkan kandungan pertemuan itu sebaliknya berkata ia turut membincangkan tentang polemik penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu yang tercetus sejak Disember lalu.

“Saya kebetulan pada malam tadi (Selasa lalu) ada pertemuan peribadi dengan Dr Haron Din dan perkara ini (kalimah Allah) kita bincangkan,” katanya.

1 comment:

  1. mana satu yang betul ni, satu cakap hanya pertemuan biasa dan satu lagi cakap pasa kalimah Allah. takkan pulak Harun Din nak bohong sebab dia tu ulamak dan tahu hukum berbohong. jadik sahlah azmin yang bohong. betul ker? mungkin kalau tanya Anuar dia akan menafikan dia bertemu Harun Din.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.