Pages
▼
Tuesday, February 26, 2013
ISMA : Angkat Semula Agenda Perjuangan Islam Yang Kian Terhakis
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman menyeru umat Islam supaya sama-sama mengangkat semula agenda perjuangan Islam yang kian hari makin terhakis di negara ini.
Abdullah Zaik dilaporkan ismaweb membuat seruan itu dalam ucapan dasar Mesyuarat Agung ISMA ke-13 semalam yang bertemakan ‘Memartabatkan Agenda Perjuangan Islam.’
Menurutnya, agenda perjuangan Islam semakin hari semakin bercelaru akibat terpengaruh dengan slogan-slogan asing yang diadaptasi daripada ideologi import yang menerapkan fahaman humanisme melalui berbagai-bagai terma seperti hak asasi, kebebasan individu, kesamarataan dan keadilan sosial.
“Akibat pengaruh fahaman humanisme, ada di kalangan pemimpin Islam yang cuba mensejajarkan perjuangan Islam dengan idea yang terdapat dalam kefahaman tersebut.
“Mereka berfikir bahawa mereka telah melakukan permodenan kepada perjuangan Islam walhal mereka tidak sedar, mereka sebenarnya sedang menghancurkan agenda perjuangan Islam itu sendiri,” jelasnya.
Beliau mengambil contoh usaha mengislamisasikan fahaman “humanisme” dan dinamakan pula sebagai ‘ukhuwwah insaniah’ yang cuba disamakan dengan konsep ‘kesejagatan Islam’.
“Memang ‘kesejagatan Islam’ merangkumi semua bangsa dan kaum, tetapi mereka disatukan atas dasar akidah, sebaliknya ‘humanisme’ adalah kesatuan atas dasar manusiawi tanpa mengira akidah,” ujarnya.
Tambah beliau lagi, fahaman liberalisme dan pluralisme ini telah menghancurkan keperibadian ummat, menanamkan permusuhan sesama Islam dan menghapuskan ghirah (cemburu) terhadap maruah bangsa dan kedaulatan agama.
Barisan Jawatankuasa Pusat ISMA sesi 2013/2014
Sementara itu, Abdullah Zaik dipilih sekali lagi untuk menerajui pertubuhan tersebut bagi tempoh dua tahun akan datang.
Berikut menarupakan senarai penuh barisan Jawatankuasa Pusat ISMA sesi 2013/2014 yang baru dilantik :
Presiden: Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman
Timbalan Presiden: Aminuddin Yahaya
Naib Presiden I: Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Naib Presiden II: Abdul Rahman Mat Dali
Ahli Jawatankuasa:
1- Ustaz Abdul Halim Abdullah
2- Ustaz Mohd Hazizi Abdul Rahman
3- Ustaz Rusdi Alias
4- Khalid Zakaria
5- Dr Kamil Azmi Tohiran
6- Ustaz Muhammad bin Ismail
7- Ustazah Norsaleha Mohd Salleh (Ketua Wanita)
8- Ustazah Norlida Bt. Kamaruddin
AIDC
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.