Pages

Monday, February 4, 2013

Khalid Gagap Gagal Ketepi Saman Pengguna Air


Selepas gagal menolak tuntutan ibu tunggal.... Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak dengan kos permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di negeri itu.

Saman itu adalah berhubung kegagalan Abdul Khalid dan kerajaan Selangor melaksanakan pemberian subsidi air percuma seperti dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lepas.

Hakim Datuk Hashim Hamzah membuat keputusan itu selepas mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak.

Pada 11 Sept tahun lepas, seramai 711 pengguna air di Selangor yang merupakan kumpulan pertama memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM500,000 dan mereka menamakan Abdul Khalid, kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sebagai defendan.

Dalam penyata tuntutan, kesemua 711 pengguna air itu antara lain mendakwa semasa kempen pilihan raya pada Mac 2008, rakyat di negeri Selangor dijanjikan mendapat air percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan kepada pengguna domestik. Bagaimanapun, plaintif mendakwa, mereka tidak menerima subsidi air percuma itu dan mendapati tiada sebarang potongan meter padu pertama ke atas bil air mereka yang dikeluarkan oleh Syabas.

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.