Pages
▼
Monday, February 25, 2013
Manifesto PR Main 'Rentak' Lama - Atory #ManifestoBukanJanji
Penganalisis Politik Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata manifesto yang dibentangkan Pakatan Rakyat hari ini sekadar mengulangi janji terdahulu dan tidak banyak menawarkan perkara baru kepada rakyat.
Beliau berkata Pakatan Rakyat hanya memainkan 'rentak' yang sama dan tidak mampu menjanjikan lebih banyak kelainan daripada manifesto yang diumumkan pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) yang lalu.
Ini kerana Pakatan Rakyat menyedari bahawa mereka tidak mampu menawarkan tawaran yang lebih baik ekoran rekod gagasan itu memerintah empat buah negeri tidak begitu memberangsangkan, kata Atory.
Pada PRU12 Pakatan Rakyat berjaya memenangi Selangor, Pulau Pinang, Kedah selain mengekalkan pemerintahannya di Kelantan.
"Saya rasa menganggapkan yang baru tak banyak (manifesto baru) kalau ada yang betul-betul strategi untuk pilihan raya bagaimana nak menang.
Beliau menambah Pakatan Rakyat yang berjaya menawan negeri yang terkaya di Malaysia iaitu Selangor gagal membuktikan mereka adalah sebuah kerajaan negeri yang menunaikan janji.
Ia bertambah buruk apabila Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata manifesto bukanlah janji yang perlu ditunaikan.
Kenyataannya itu membawa padah apabila rakyat marhaen di negeri itu bangkit menyaman kerajaan negeri.
Antara janji-janji yang belum ditunaikan termasuklah elaun kepada semua pelajar tadika, elaun kepada ibu tunggal, memastikan setiap keluarga memiliki sebuah rumah, elaun bulanan kepada golongan nelayan, memberi perkhidmatan perubatan percuma kepada semua warga emas dan banyak lagi.
Di Pulau Pinang, Pakatan Rakyat gagal menunaikan janjinya untuk membina rumah kos rendah dan mampu milik kepada rakyatnya. Golongan Melayu juga terus tersisih dari arus pembangunan dan menyaksikan penjualan aset berupa hartanah kepada rakyat asing.
Sementara di Kedah, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar dari PAS, Datuk Seri Azizan Abdul Razak terus gagal menyelesaikan masalah rakyat termasuk tidak menyediakan rumah mampu milik yang mencukupi kepada rakyatnya selain ditolak barisan exconya sendiri.
Kemuncaknya, Azizan didesak untuk meletakkan jawatannya namun beliau berkeras enggan berbuat demikian.
Di Kelantan pula, rakyat terus dinafikan untuk hidup dalam keadaan lebih baik dengan prasarana asas seperti bekalan air bersih masih belum dinikmati rakyat. Skandal Ladang Rakyat terus menghantui kerajaan negeri dan setelah lebih 20 tahun memerintah PAS terus gagal menyelesaikan isu itu.
Atory juga berkata konvensyen kali keempat yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini dimanfaatkan sepenuhnya pemimpin Pakatan Rakyat untuk membina benteng bagi menangkis segala kritikan seteru politiknya terhadap relevannya manifesto mereka.
"Dalam persidangan ini saya rasa akan penuh dengan ucapan-ucapan pemimpin untuk menangkis hujah-hujah Barisan Nasional dan juga mempertahankan manifesto yang telah dilancarkan.
"Mungkin mereka (Pakatan) akan menyebut tentang pelaksanaan yang tidak dapat dijalankan secara berkesan. Mereka akan berikan faktor-faktornya (sebabnya), mereka tidak akan mengalah, mereka akan cari idea yang boleh mematikan hujah-hujah pihak lawan," katanya.
Atory juga berkata konvensyen itu tidak di sia-siakan pimpinan Pakatan Rakyat untuk merayu kepercayaan dan keyakinan daripada ahli dan penyokong gagasan itu.
"Mereka akan mengatakan pelaksanaan tidak dapat dibuat secara berkesan kerana masa tidak cukup, begitulah janji mereka nanti, saya rasa begitulah," tegasnya.
Konvensyen Pakatan Rakyat yang bermula agak hambar pagi tadi seperti yang dijangka, menjanjikan pelbagai imbuhan, pembatalan projek tertentu, penurunan cukai dan dana lumayan untuk pengundi yang disasarkan.
Malah pakatan pembangkang itu menjanjikan RM50 sebulan untuk setiap isteri dengan syarat suami mencarum sehingga RM100 dalam skim caruman wanita kebangsaan.
Manifesto yang diumumkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan PAS, Dr Zulkefly Ahmad dan wakil tunggal India dalam Jawatankuasa Tertinggi DAP, M. Kulasegaran itu mengulangi janji menurunkan harga minyak, tarif elektrik dan air serta menghapuskan tol dan menurunkan harga kereta.
Selain itu Pakatan Rakyat juga berjanji menghapuskan PTPTN, sistem kawalan trafik AES dan menyediakan perkhidmatan wad percuma di hospital awam.
Manifesto 35 mukasurat itu juga dipenuhi dengan janji untuk menyediakan satu juta peluang pekerjaan baru, gaji minima RM1,100 sebulan dan tabung RM2bilion untuk majikan yang tidak cukup modal menampung gaji minima itu.
AntaraPos
Musim P/raya ni Prof. Kangkong macam ni cukup laku, tapi utk UMNO ajelah!!!!
ReplyDeleteCis... si Mat Atori ni yang Umno suka jaja sangat.
ReplyDeleteBukan tau apa sangat pasal politik. Semuanya berdasarkan andaian dia ja.
Memang mangkok si Mat ni. Masa kat UTM dulu dia ni memang teruk. Kita orang tak pandang lah dia ni. Bagi kuliahpun tengok buku.....
Orang macam ni yg dipanggilnya.