Pages

Sunday, February 24, 2013

Pakatan Pembangkang Menggelabah Menjelang PRU 13


Pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat nampaknya semakin resah bak cacing kepanasan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Mereka seolah-olah hilang pedoman bagaimana mahu meyakinkan rakyat supaya memilih pakatan itu sebagai pemerintah.

Ada kalanya gelagat mereka seolah-olah “berdendam” dengan rakyat yang nampaknya semakin mesra dan selesa dengan pelbagai skim yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu yang mereka yang berpendapatan rendah.

Ada di antara pemimpin Pakatan Rakyat yang tergamak mengatakan bahawa rakyat bodoh jika menerima bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan pusat sementara ada yang menyamakan taraf rakyat golongan ini sebagai “ayam dan lembu”.

Sementara itu ada juga pemimpin Pakatan Rakyat yang hilang ikhtiar untuk menyekat peningkatan kecekapan pengurusan bantuan kerajaan pusat kepada rakyat ini dengan menyalahgunakan kuasa kerajaan negeri di tangan mereka untuk menggagalkan pelbagai projek pembangunan yang telah diatur oleh kerajaan pusat.

Yang peliknya sebelum ini rakyat memang digalakkan supaya mengambil dan menerima pelbagai “hadiah” berupa kemudahan awam, barangan keperluan harian dan juga bantuan wang ringgit daripada kerajaan Pusat.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, misalnya, pernah satu ketika dahulu menasihatkan rakyat supaya mengambil sahaja apa-apa habuan yang diberikan oleh kerajaan.

Katanya, tindakan itu halal jika rakyat tidak pula terdorong untuk memberi undi kepada parti memerintah dalam pilihan raya, tidak kira pilihanraya kecil ataupun umum.

Beliau berkata, tindakan itu bukanlah perbuatan menerima rasuah kerana apa yang cuba “disogok” oleh parti kerajaan sebenarnya adalah bersumber daripada wang negara. Maka apa yang mereka ambil ialah hak mereka sendiri.

Bagaimanapun apabila pilihanraya umum semakin dekat dan kerajaan pusat nampaknya semakin konsisten dalam program transformasinya untuk mengagihkan kembali laba negara kepada rakyat, Nik Aziz mula menukar tingkah.

Melalui pelbagai skim yang berstruktur dan telus, kerajaan mula memperkenalkan cara menzahirkan skim bantuan dalam bentuk tersirat seperti subsidi petrol, gula, beras dan sebagainya secara berkala dan terbuka kepada skim bantuan kewangan bagi mengurangkan beban ekonomi rakyat, Pakatan Rakyat semakin cemas.

Rakyat ternyata dapat mengesan bahawa permohonan maaf terbuka pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kesilapan, keangkuhan dan kelemahan BN masa silam ada keikhlasannya.

PM minta maaf, rakyat sedia beri peluang

Maka rakyat pun mula menunjukkan kesediaan memberi peluang kepada BN dan beliau memperbaiki prestasi. Apatah lagi sejak mengambil alih teraju pemerintahan negara sejak April 2009 Najib tidak pernah jenuh mendekati rakyat.

Apabila rakyat menunjukkan reaksi dengan menzahirkan rasa syukur dan semakin yakin dengan corak pengurusan Najib yang bertransformasi ini, keyakinan diri pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat semakin goyah.

Namun yang menyedihkan ialah apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengisytiharkan rakyat yang menerima bantuan tunai daripada kerajaan adalah golongan bodoh.

Beliau menegaskan bahawa usaha kerajaan membantu rakyat melalui skim Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M berniat memperbodohkan rakyat kerana matlamat sebenar kerajaan ialah untuk memancing undi menjelang PRU13 tidak lama lagi.

Beliau juga menganggap skim seperti itu BR1M itu tidak mampu untuk meningkatkan ekonomi rakyat. Namun beliau seolah-olah menutup mata bahawa skim kifalah membantu rakyat usia emas oleh kerajaan PAS Kelantan serta pelbagai janji PKR Selangor juga bertolak daripada konsep membantu rakyat sama dengan yang diusahakan oleh kerajaan BN.

Yang membezakan pendekatan Najib yang bersedia menyelusuri pelosok negara untuk mewar-warkan transformasi kerajaannya yang lebih berkebajikan dengan cara Pakatan Rakyat ialah, Najib mengotakan janji.

Di Selangor, misalnya, agak berbeza kerana banyak daripada skim yang ditawarkan sebelum pilihan raya umum 2008 masih belum ditunaikan.

Kegelabahan Pakatan Rakyat semakin memuncak apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang rimas dengan kebangkitan rakyat negeri itu menuntut beliau menunaikan janji pilihanrayanya, bertindak untuk mengkaji dengan tujuan menghentikan pelbagai projek pembangunan kerajaan pusat bernilai RM5.6 bilion untuk warga Selangor.

Sementara di medan kempen pula Pakatan Rakyat mula terbabit dengan fitnah tahap raksasa. Antaranya ialah menggunakan surat palsu untuk mempertikaikan ke mana pergi pampasan RM207 bilion kerajaan Jepun kepada Malaysia untuk rakyat yang dijadikan buruh paksa membina landasan keretapi maut dalam Perang Dunia Kedua.

Ia juga mengedarkan dokumen palsu kononnya Jabatan Pendaftaran Negara mengarahkan semua pejabatnya di Semenanjung supaya menghantar kad pengenalan yang tidak dipungut oleh pemohon ke pejabat pendaftaran Keningau Sabah kononnya untuk digunakan bagi menambah bilangan pengundi hantu dalam pilihan raya umum.

Jika inilah citra hodoh pakatan pembangkang yang beria-ia mahu menggantikan kerajaan sedia ada, amatlah dibimbangi apakah fitnah dan pembohongan yang lebih besar yang akan dilakukan untuk mengekalkan kuasa jika ia dipilih untuk memerintah kelak.

AntaraPos

3 comments:

  1. RAKYAT TIDAK SEMUDAH ITU MAHU PERCAYA. TG NIK AZIZ DAN TG HAJI HADI TELAH BERJAYA MEMBUKA MINDA RAKYAT BAHAWA WANG PEMBERIAN INI HANYALAH USAHA TERAKHIR UMNO UTK MENGEKALKAN KUASA DI PUTRAJAYA. RAKYAT MULA SEDAR BAHAWA INI ADALAH WANG RAKYAT YG TIDAK PERNAH DIBERI SEMASA UMNO DLM KEDUDUKAN YG KUAT. MASA KUAT SEMUANYA DIREMBAT OLEH PEMIMPIN2 KORUP. UMNO DLM KEDUDUKAN YG AMAT TERTEKAN. TEMPOH BERKUASA AMAT SINGKAT. PUTRAJAYA AKAN JATUH KE TANGAN PR. DRP ANALISA YG SAYA BUAT, PR AKAN KUASAI ANTARA 120 HINGGA 130 KERUSI PARLIMEN. PERAK JOHOR DAN SABAH AKAN MENJADI PENYUMBANG TERBESAR PENAMBAHAN KERUSI PARLIMEN KPD PR. SAMPAI MASA UNTUK UMNO MUHASABAH DIRI DAN MEMPERBETUL PARTI. NYAHKAN SEMUA PEMIMPIN YG KORUP. GANTIKAN DGN PEMIMPIN MUDA YG BERSIH. HAPUSKAN SAMA SEKALI POLITIK WANG DLM UMNO. IN SYA ALLAH, UMNO AKAN DIBERI KEPERCAYAAN SEMULA. TAPI ENTAH BILA, KERANA RAMALAN MAHATHIR, UMNO TIDAK MUNGKIN AKAN DAPAT BANGUN LAGI SEKIRANYA JATUH DLM PRU13 INI.

    ReplyDelete
  2. Bubar la dewan tu kalu da yakin rakyat tolak pr! Jd la pemerintah yg diterima rakyat bkn paksa rakyat suka apa tak disukai.

    ReplyDelete
  3. Hari ni di Seremban Najib takut nak beritahu tarikh PRU-13. Katanya trasformasi kepada rakyat masih lagi belum sempurna. Dia nak tunjukkan pada rakyat yg kerajaan benar2 nak transformasikan janji2 PRU-12 lalu.

    Kah..kah..kah...
    BN/UMNO telah gagal selama lebih 4 tahun yang lepas dlm menunaikan janji2 mereka. Lagi sebulan PRU-13 baru nak pulun, baru nak kelangkabut nak menunjuk2 pada rakyat. Masa ni lah nak tunjukkan pemurahnya KERAjaan nya. Masa ni lah nak bagi duit sana-sini. Masa sebulan ni lah nak bagi bantuan sni dan situ, Masa Sebulan nilah nak hulur peruntukkan pada rakyat. Apa selama 4 tahun lebih mana kau menghilang NAJI? Kau puas sapu duit rakyat, kau seronok berjoli dgn duit rakyat, maka, dalam masa sebulan ni baru nak hulur bantuan pada rakyat????

    Maka betullah apa yang dikatakan oleh TGNA, KERAjaan BN.Umno kini tak ubah memberikan hampas kelapa pada ayam, itupun sbb nak PTU-13.

    Memang JENIS DAJJAL kau BN/Umno. memperbodohkan dan menggula-gulakan rakyat.

    HANCUS UMNO.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.