Pages
▼
Thursday, February 21, 2013
PAS Gertak Karpal Singh... Setakat Cakap Je Tak Guna!
Ini kes lebih banyak cakap tapi tak berani buat apa-apa, Majlis Syura Ulama PAS kini terpaksa tanggung malu kerana Karpal Singh dan DAP terus memperlekeh badan tertinggi parti itu dalam isu Kalimah Allah.
Lebih malang Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Harun Taib dianggap DAP sebagai pemimpin biasa dan tidak mewakili PAS Pusat yang membuat ketetapan bersama DAP dan PKR membenarkan kalimah itu digunakan bukan Islam.
Dalam erti kata lain, DAP dan Pengerusi parti itu betul-betul sudah melampau dan seolah-olah sengaja mencabar PAS dengan kenyataan tersebut kerana melihat Mursyidul Am Datuik Nik Abdul Aziz Nik Mat
tidak nampak ‘marah’ terhadap DAP dan Karpal.
Kalau setakat Setiausaha Majlis Syura Ulamak Datuk Nik Mohd Zawawi Salleh keluar kenyataan bahawa majlis itu sanggup ambil tindakan tegas terhadap Karpal, ianya langsung tidak gugurkan walau sehelai bulu roma ahli parlimen Bukit Gelugor itu.
Lagipun, majlis berkenaan silap apabila ahlinya Hashim Jasin yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis mendakwa hanya Karpal seorang mendesak mahu kalimah itu digunakan bukan Islam.
Malah beliau menjangkakan pakatan rakyat tidak akan berpecah kerana isu kalimah Allah.
Nampaknya, beliau lupa agaknya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mula-mula bangkitkan desakan tersebut dalam ucapan sambutan Krismas akhir tahun lalu.
Apatah lagi pada Selasa pemimpin DAP menegaskan Karpal mewakili DAP dan bukannya memberikan pendapat peribadi apabila menolak pendirian Majlis Syura bersabit penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menegaskan bahawa parti itu senada dengan Karpal yang mahukan Majlis Syura mengkaji semula ketetapannya melarang kalimah Allah digunakan dalam Bible Bahasa Melayu.
Setiausaha Organisasasi DAP, Anthony Loke pula berkata tidak timbul soal parti itu perlu mempertahankan Karpal Singh yang dibidas oleh Harun bersabit isu berkenaan.
"Harun Taib itu seorang pemimpin (PAS) sahaja. Dia bukannya mewakili kepimpinan PAS Pusat. Dalam Pakatan Rakyat kita ada kerangka majlis kepimpinan kita.
"Dalam pimpinan Pakatan Rakyat kita ada Presiden PAS sendiri," katanya.
Dengan penghinaan terhadap Majlis Syura Ulamak dan Ketua Dewan Ulama, tentu ramai tertanya-tanya adakah PAS akan terus berdiam diri?
Beranikah Nik Mohd Zawawi membincangkan ‘tindakan tegas’ yang dicanang beliau bersama ahli-ahli majlis syura?
Jika tidak berani bertindak terhadap Karpal , cukup-cukuplah Nik Mohd Zawawi keluar kenyataan setiap hari kononnya tiada siapa berani bantah keputusan Majlis Syura Ulamak.
Beliau patutnya tahu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun sudah lama ‘membisu’ dalam isu ini selepas keputusan mesyuarat Majlis Syura Ulamak beberapa hari selepas Presiden itu membuat kenyataan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang bersetuju kalimah Allah digunakan agama lain.
Nik Aziz pun sudah cakap ‘itu dia (Karpal) punya pasal’.
Nampak sangatlah PAS mahupun Majlis Syura Ulamak dua kali lima sahaja dalam isu ini.
Atas tiket ulama, majlis itu terpaksalah mempertahankan tetapi atas tiket PAS pula, parti itu tidak berani buat apa-apa kerana PRU 13 dah dekat.
Kenyataan Hadi kononnya PAS sedia keluar pakatan rakyat jika kerjasama dengan DAP dan PKR merugikan Islam sekadar nak ambil hati penyokong dan ahli-ahli PAS yang semakin ramai tidak puas hati cara parti itu berdepan sekutu mereka dalam isu kalimah Allah.
Begitulah cara PAS berpolitik...kalau kata mereka jual agama, mereka marah tetapi jika Hadi fikir pasal untung rugi, itu cakap-cakap orang berniaga.
Malangnya dalam isu kalimah Allah, PAS yang semakin rugi malah harga majlis syura dan ketua dewan ulama semakin jatuh dengan kecaman dan penghinaan DAP.
-Agendadaily
UMNO yang menimbulkan isu kalimah Allah...DAP dan PAS yang bergaduh... cuba teka siapa yang cerdik???.... peluru sudah mengena.. sekali tembak 2 yang kena..... sebab itu puak-puak ni kena belajar main politik dengan UMNO... kalau tak faham-faham jugak ... pi dok surau masjid mengajar lagi baik.....
ReplyDeletePAS gaduh dangan DAP pun nak salah kan umno... Puuiii
ReplyDeleteKenapakah KERAjaan yg ada sengaja tak ambil sebarang tindakan undang2 ye? Kenapa dibiarkan rakyat mempersoalakan hal ini? Tentu ada sebabkan?????
ReplyDeleteOnly STUPID muslim will debate the issue of "Kalimah".
ReplyDeleteOnly STUPID muslim will stop peoples from use of this "Kalimah"
Only stupid muslim will feel scared when other people use this "Kalimah"
Prove to us from Malaysian Law... Show to us from your Quran...