Pages

Saturday, March 23, 2013

10 Kejutan Anwar Ibrahim Menjelang PRU-13



Penulis selalu berfikir, kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah yang dia tidak meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari. Sudah tentu keraguan ramai terhadapnya akan hilang jika dia berbuat demikian.

Baru ini seorang rakan berkata, tidak mahu bersumpah itu memang strategi Anwar…

Katanya, Anwar akan bersumpah juga akhirnya tetapi bukan sekarang…dia akan simpan isu itu sampai betul-betul mengunung…beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), dia akan bersumpah.

Apa-apa sahaja alasan yang berbunyi sedih akan diberikan. Bayangkan, ketika itu sudah tentu undi orang Melayu terutama yang berada dalam kategori pengundi atas pagar mesti memihak kepada Anwar.

Anwar akan dilihat sebagai tokoh yang difitnah dan ketika itu Wan Azizah serta Nurul Izzah akan menitikan air mata menyebabkan simpati terhadap keluarga itu akan melangit banyaknya.

Momentum akan menyebelahi Anwar dan tempoh yang terlalu hampir dengan pilihan raya akan menyebabkan usaha untuk mematahkan taktik politik licik itu sukar mendatangkan hasil.

Anwar dijangka akan banyak menggunakan saat-saat terakhir menjelang PRU 13 untuk melaksanakan taktik-taktik politik yang mungkin sukar untuk ditangkis lawannya.

Demi PM…Anwar boleh buat rasanya….

Mengikut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang suatu masa dahulu amar rapat dengan Anwar dan mengenali selok-belok politiknya, paling kurang akan ada 10 perkara yang akan dilakukan Anwar menjelang PRU-13.

Antaranya Zul Noordin berkata, beliau sudah beberapa bulan dahulu memberikan peringatan bahawa Anwar akan menggunakan keluarga Saiful untuk menentang Saiful.

Sikap bapa Saiful, Azlan Lazim yang secara tiba-tiba bertentangan pandangan anaknya baru-baru ini menzahirkan apa yang sudah lama diluahkan Zul Noordin.

Berikut adalah rumusan keseluruhan akan perkara-perkara yang mungkin dibuat Anwar dan kumpulannya menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu.

1 – Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku.

2 – Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihan raya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas.

3 – Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurt Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat dijalankan.

***Kemampuan Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful.

4 – Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA ” Demi allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh “, MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA ” Tue dia, Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan istilah fitnah dan bodoh serta UMNOgkok untuk mempertahankan bos mereka mendapat peluru baru.

5 – Anwar akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. (menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun, Anwar dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk menyiasat ketulenan am berkenaan dan menunukkan jam sebenar, oleh itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata “INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH SEBENARNYA..”

6 – Memujuk ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin, calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan (digangu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak.

***Kenyataan Zul Noordin yang ini mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya (salah seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar bersama pelacur China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang yang keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang berlegar di pihak pembangkang jika dakwaan itu betul.

7 – Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk mengambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya.

***Perkara ini sudah pun diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini. Klik Ummi Hafilda Dakwa Ini Gambar Lakonan Kasih Sayang Palsu Azmin

8 – Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang diterima Zul Noordin ialah berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang sedang cuba memujuk para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.

9 -Mereka akan hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara ).

***Ada sesiapa terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu taktik pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin (KJ)…taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan dan salah guna kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah.

10 – Setiap ahli PAS diminta bersumpah untuk mengundi pakatan dalam PRU nanti.Mengikut maklumat yang diterima daripada orang dalam Pas, bahawa setiap ahli pas akan diminta bersumpah ” wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ……… ” (nauzubillah min zalik). begini lah bagaimana PAS permainkan agama demi kuasa ke putrajaya.)

-mynewshub

7 comments:

  1. Jika dia bersumpah bohong waktu itu semoga Allah s.w.t. akan turunkan petir hali lintar di majlis tersebut.
    Insyaallah Allah s.w.t. akan tunjukkan kekuasaannya...Aminn

    ReplyDelete
  2. Kesilapan admin blog ini ialah terlalu percaya dgn kata2 Zul Nordin yg amat terkenal dgn pembohongan.Cuba baca kenyataan ny tentang sebab musabab dia menarik diri dr menjadi peguambela dlm kes Altantuya.Ada dua(2) set jawapan.Dn cuba banding kn cerita dia tentang MURTAD,dulu dn sekarang,berbeza Bro.Cuba jg utk menyelidik brp ramai dh di kencing ny,hutang tk berbayar.Jgn terkejut bro.Juga tentang pendidikan agama ny,sehingga dia blh bercakap se olah2 dia ni ustaz.Pendidikan rendah ny di SRJK Jln Ashby,Ipoh.Menengah di Sekolah King Edward,Taiping dn RMC Sg Besi.Kmudian melanjut kn pelajaran ke Australia.Kesemua sekolah2 di atas ada lh sekolah aliran Inggeris.Yg Pendidikan Islam ada lh satu mata pelajaran.Di ajar tidak smpai satu(1) jam sehari.Bila masa dia men dalami ilmu agama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ko sendiri ni belajar ugama kat mana? Ko kata Zulkifli bohong, saman la!!! Bosss ko ANU WAR tu kan raja saman...kenapa tak saman trio datok T yg keluarkan video china doll tu? Kalau ANU WAR & juak2 haramjadah ni kena hentam, korang kata fitnah... Tapi bila korang tuduh najib & rosmah tanpa bukti & tak pernah didakwa di mahkamah pun..apa cerita bro? Masa kes ANU WAR kena 6 tahun dulu dia disabitkan atas salah guna kuasa dan kita kena ingat dlm written judgement ada dua hakim mengatakan ANU WAR itu homoseks tetapi tak dpt nak disabitkan krn pembuktian yg tak sempurna. ÀNU WAR tak pernah clearkan nama dia atas written judgement tersebut...

      Delete
  3. Kepada Anonymous 6.22pm

    Tapi bro, apa yang disenaraikan oleh Zulkifli Nordin tu, 2 daripadanya dah benar-benar berlaku..

    1. Datuk Eskay ditawarkan dengan ganjaran lumayan untuk buat 'u turn'.

    2. Azmin Ali ambil gambar cium tangan ibunya yang tengah tidak sedarkan diri (pengsan).

    Jika masalah moral, masalah pelajaran ugama yang tidak mencukupi yang bro jadikan sandaran sebagai - kita tidak boleh menerima kata-kata orang seperti Zulkifli Nordin atau Papagomo misalnya, maka bapa Saiful yang pernah dikatakan kaki pukul isteri, pernah cuba melacurkan isteri & tahi judi itu juga tidak boleh dijadikan sandaran kepercayaan oleh pihak bro & penyokong-penyokong pembangkang yang lain.

    Betul, dalam UMNO banyak pembohong & pembelit. Tapi itu dulu.. zaman Pak Lah. Sekarang zaman Najib dah lain. Datuk Seri Najib telah sedaya upaya mengembeling tenaga bersama-sama kabinetnya untuk melakukan perubahan, transformasi, sehingga banyak petualang-petualang dalam UMNO BN telah disingkirkan / didiamkan. Walaupun belum sepenuhnya tapi telah hsmpir berjaya. Kini, penyakit-penyakit UMNO BN dulu telah berpindah pula kepada Pakatan Rakyat terutamanya PAS lah. Mungkin doa K.O mereka telah berpatah balik kepada mereka. Allah tak redho doa muslim yang nak merosakkan muslim yang lain.

    Pengakuan dari saya, yang telah 2 penggal memangkah PAS.

    ReplyDelete
  4. Untuk pengetahuan kaum Muslimin....

    1. Sebelum upecara "SSUMPAH" yg dilakukan oleh Eskay & Rahim Tamby Cik" dilakukan, seorang pegawai agama ada menerangkan kepada mereka bertiga iaitu SUMPAH YG AKAN DILAKUKAN OLEH MEREKA ADALAH TIDAK SAH DAN TERPAKAI DI DALAM ISLAM KERANA TIDAK MENGIKUT KAEDAH YG SAH OLEH SYARAK...

    2. Ustazah Fatimah Az-Zahrah dalam satu ceramah agama di satu rancangan TV telah mengatakan bahawa "ORANG YG SUKA BERSUMPAH INI IALAH ORANG YG TIDAK MEMPUNYAI KEYAKINAN. ORANG YG SUKA BERSUMPAH IALAH SIFAT ORANG MUNAFIK"

    3. Dalam satu kuliah agama di sebuah masjid di PERAK, Ustaz Nor Mansur Al-Hafiz telah menyatakan bahawa "SUMPAH-SUMPAH YG TELAH DILAKUKAN OLEH MEREKA2 YG BERKENAAN TIDAK SAH DAN TIDAK TERPAKAI DI SISI SYARAK"

    Semoga dgn penjelasan ini pengelola blog dan juga orang ramai dapat memahaminya. PATUHILAH HUKUM SYARAK...HUKUM ALLAH....HUKUM ISLAM YG KITA SANJUNGI.

    ReplyDelete
  5. WEiiii anon 9:39,
    Kao ada masuk mahkamah ke dengar perbicaraan tu. Kalo kau dngr TV ja, baik kao diam aje le.... mcm hampeh cakap2 kao tu.

    ReplyDelete
  6. Mmg dah adat pembangkang lahanat ni.... apa saja yg UMNO buat semua salah dan tak ikut syarak. Tp klu pembangkang buat semuanya mengikut syarak dan ajaran islam. Itu yg sampai sanggup gadaikan kalimah Allah utk dpt undi dari org2 kristian.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.