Pages
▼
Friday, March 8, 2013
29 Ahli Dan Penyokong Pas Sertai UMNO
Kubang Pasu- Kira-kira 29 ahli dan penyokong Pas Padang Sera, Jerlun di sini hari ini mengambil keputusan menyertai UMNO setelah hilang kepercayaan terhadap parti berkenaan.
Kesemua mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir pada majlis Ceramah Perdana Selamatkan Kedah di Padang Sera di sini.
Yang turut hadir pada majlis itu ialah bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N. Al-Afghani.
Seorang bekas ahli Pas dari Kampung Baru, Jalan Guar Napai di sini, Ahli Rashid Ahmad, 64, berkata, dia mengambil keputusan untuk menyertai UMNO kerana perjuangan Pas kini tersasar jauh dari landasan Islam.
''Saya tawar hati dengan Pas, sebelum mereka memerintah Kedah macam-macam mereka janji, tapi bila mereka dah dapat Kedah, kita nak minta bantuan macam-macam alasan mereka bagi.
Katanya, dia juga dituduh pembelot hanya kerana Mukhriz datang ke rumahnya untuk memberi bantuan kepada cucunya.
''Jadi hari ini saya buat keputusan untuk sertai UMNO kerana yakin UMNO boleh bantu rakyat,'' jelasnya.
Sementara itu, C.N Al-Afghani dalam ceramahnya turut mendesak kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat tentang penyelewengan tabung Memali.
''Saya sibuk pasal tabung ini sebab tangan ini yang menulis, mata ini yang melihat, ini tanggungjawab saya.
''Saya pernah guna saluran dalam Pas untuk selesaikan masalah tabung ini, saya hantar surat kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tapi tiada tindakan yang diambil.
''Sebab itu saya ambil keputusan untuk mendedahkan perkara ini kerana ini merupakan tanggungjawab saya. Kalau tak buat bagaimana saya nak menjawab di depan Allah nanti,'' katanya.
-Utusan
PAS spt ARQAM yg tak mengetahui, dr luar nampak Islamik, bila dah masuk dan mendalami bg yg tidak taksub nampak bnyk kepincangan dan kini bukan hanya pincang bahkan sesat !
ReplyDeleteini trick lama la....sampai pru nanti semua ahli pas dah masuk umno tapi bila pru,pas menang....cukup lah tu parti bodohkan melayu buat kerja bodoh ni...rakyat dah cerdik la ni!!!!
ReplyDeleteBiarkan dia orang syok sendiri....!!!
ReplyDeletePasngok gambar kan ada tu.Pergi le tanya ketua
ReplyDeletepas padang sera jerlun,betul ke tidak muka dlm
gambar tu penyokong pas sebelum ni...
Tak dapat terima hakikat????
Rakyat memang dah cerdik....puak enkorang je
yg tak cerdik2 lagi.