Pages

Friday, March 15, 2013

3 Kubur Pengganas Ditemui Di Kampung Tanduo


LAHAD DATU: Anggota keselamatan negara telah menemui tiga kubur baru di Kampung Tanduo.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata kubur-kubur itu mengandungi 15 mayat dan berada berhampiran dengan sebuah kubur besar yang ditemui di sana 10 hari lalu.

Hamza berkata dengan penemuan ini, jumlah pengganas Sulu yang telah ditembak mati oleh anggota keselamatan negara mencatat 61 orang.

“Statistik setakat ini, kita telah berjaya menembak mati 61 orang. Kita telah keluarkan 27 mayat dari tempat pertempuran dan membuat 97 tangkapan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

“Lain-lain tangkapan yang dibuat mencatat 233 orang,” kata beliau semasa satu sidang media di sini.

Sementara itu, Hamza berkata polis percaya ada hanya 10 lagi mayat pengganas yang belum dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu.

“Mayat-mayat itu berada dalam keadaan yang teruk tetapi kita akan keluarkan juga.”

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.