Pages
▼
Saturday, March 23, 2013
300 Wakil NGO Protes Terhadap Guan Eng
Kira-kira 300 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), majoritinya belia Cina dan India semalam berarak sejauh satu kilometer dari Jalan Macalister menuju Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) untuk menyerahkan memorandum membantah pembinaan terowong dasar laut oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.
Mereka yang terlibat itu merupakan wakil daripada tiga NGO iaitu Pergerakan Hak Belia Malaysia, 1Malaysia Brother dan Pertubuhan Belia Komuniti Pulau Pinang.
Presiden Pergerakan Hak belia Malaysia, Shen Yee Aun berkata, bantahan terhadap projek mega bernilai RM6.3 bilion itu dibuat memandangkan pihaknya beranggapan projek berkenaan hanya membazirkan wang rakyat.
Tegasnya, banyak NGO dan rakyat negeri menyatakan bantahan terhadap projek berkenaan kerana dilihat mampu mengundung kesesakan lalu lintas yang lebih teruk terutamanya di bahagian pulau.
"Kami rakyat Pulau Pinang tidak memerlukan penghubung ketiga antara pulau dan tanah besar. Cukup dengan dua jambatan sedia ada," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum berkenaan kepada wakil Pejabat Ketua Menteri di perkarangan Komtar.
Mereka yang berarak dengan menggunakan baju berwarna biru muda itu turut membawa pelbagai sepanduk yang mengecam kegagalan kerajaan negeri mengotakan janji-janji yang dibuat dalam pilihan raya umum lalu.
Video url: http://youtu.be/4hQWHUYNmDg
Himpunan kira-kira jam 1 petang itu berlangsung secara aman dengan kawalan keselamatan daripada anggota polis.
Yee Aun dalam pada itu menambah, memorandum yang dihantar itu turut mengandungi sembilan desakan lain yang perlu diperjelaskan Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP.
"Sembilan perkara itu adalah kami mahu Guan Eng menjelaskan berhubung ancaman bunuh dan rogol yang dibuat oleh penyangak cyber yang dipercayai mempunyai pertalian dengan DAP terhadap seorang gadis yang merupakan penyokong Barisan Nasional (BN); menjelaskan mengenai janji-janji palsu yang gagal ditunaikan DAP sepanjang lima tahun mentadbir Pulau Pinang dan Kegagalan kerajaan negeri membina rumah mampu milik untuk rakyat negeri ini.
"Selain itu kami juga mahu penjelasan mengenai manisfesto yang dibuat DAP; Pendirian melompat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kilang Lynas di Kuantan, Pahang; penjelasn mengenai lokasi untuk kaum Cina dan India di dalam manisfeto, bajet dan buku jingga pembangkang; kenyataan bercanggah Guan Eng yang mahu menghapuskan tol tetapi mahu membina terowong bertol; pendirian DAP terhadap calon Perdana Menteri pembangkang dan internet percuma yang gagal diakses oleh rakyat pulau pinang," katanya.
Beliau dalam pada itu menegaskan, sekiranya Guan Eng gagal menjelaskan semua tuntutan berkenaan dalam masa dua minggu bermula hari ini, pihaknya akan bermesyuarat untuk menentukan tindakan susulan yang akan diambil seterusnya.
"Kami mahu Guan Eng berfikir, sekiranya tidak mahu menjawab segala tuntutan kami, apakah beliau sudah tidak memerlukan undi kami dalam pilihan raya umum akan datang?
"Bagaimanapun kami mungkin tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Guan Eng seperti bangkitnya rakyat Selangor mengheret Menteri Besar mereka ke Mahkamah," tegasnya.
MONYET-MONYET JALANAN SPECIS UMNO/BN MAKIN BANYAK KELUAR KE JALAN RAYA SEJAK AKHIR2 INI KERANA MEREKA SUDAH TAHU MAKANAN MEREKA AKAN HABIS TAK LAMA LAGI.
ReplyDeleteHE..HE..HE..