Pages
▼
Sunday, March 10, 2013
Anwar Ibrahim Kecewa Konvensyen Pakatan P. Pinang Hambar
Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang yang diadakan di Komtar hari ini dilihat agak suram berikutan ramai ahli yang hadir 'lenyap'.
Konvensyen yang dihadiri pemimpin tertinggi PR termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu diserikan dengan ucapan aluan serta ulasan manifesto PR yang diumumkan baru-baru ini.
Antara pemimpin tertinggi yang hadir, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Salleh Man Mat Aji dan Ketua PKR negeri,Datuk Mansor Othman.
Pada mulanya kira-kira 300 hadirin yang hadir namun dilihat meninggalkan dewan dalam beberapa jam.
Selepas Anwar memberi ucapannya dan meluangkan masa kira-kira 30 minit untuk bertemu ahli parti, hadirin juga dilihat meninggalkan dewan.
Guan Eng dalam sidang medianya selepas konvensyen itu berkata, keadaan itu berlaku berikutan ahli parti kepenatan kerana menghadiri program ulangtahun ke-5 PR di Padang Kota malam kelmarin.
"Dewan didapati kosong kerana jadual PR yang disusun padat bermula malam semalam(kelmarin) iaitu majlis ulangtahun PR 5 yang tamat agak lewat. Banyak ahli penat.
"Saya tidak anggap ia perkara luar biasa kerana jadual kita untuk dua hari ini amat padat," katanya.
Sementara itu,Setiausaha DAP negeri, Ng Wei Aik berkata, ia adalah 'keadaan biasa' dalam mana-mana konvensyen yang diadakan.-Antarapos
Tak payah nak berselindung lagi... Sudah terbukti kepimpinan Anwar Ibrahim ditolak oleh puak pembangkang sendiri.. malah lebih jelas lagi rakyat sudah muak dengan janji manis dan tipu muslihat pembangkang...
Suruh la najib bubar parlimen tu, anwar da x sokongan, dia punca segala2 musibah yg berlaku di dunia kini. Rakyat da tolak dia, bubar la, aku da x sabar, tangan dah gatal nk pangkah pr sebagai tanda benci aku pd pr.
ReplyDeleteGelojoh sangat ko nak tengok parti pujaan ko tu tersungkur, ekk.
DeleteTOLAK PR! TOLAK PR! TOLAK PR!!
Weiiiii....
ReplyDeleteLebih 50,000 orang hadir di ceramah DSAI di padang Kota itu hari. Hancur lagi harapan BN. Dek kerana kecewa melihat kehadiran yg begitu ramai, maka, MONYET2 UMNO yg seramai 100 org dah macam kena belacan pungkok dia orang tu. Buat demo (demo tak ada dalam Islam - Fathul Bari) depan Kompar.
Malu betoi la aku tengok kelaku MONYET2 peliharaan Umno ni. 5070 tSoncef
anon kat atas tu,
ReplyDeletejgn pangkah pr kalau benci pr.Maknanya anda undi pr.
pangkah la BN, baru dikira undi utk BN. Jgn silap pangkah.
nak spin pun agak2 la.macam orang bangang lagi ada.
ReplyDeleteJika selepas dia dipecat dengan penyokong yang simpati kepada dia tersangat ramai pun BN masih menang, dan dengan sabotaj ahli UMNO sendiri pun BN masih menang.. Tambah-tambah prestasi yang ditunjukkan dinegeri PR perintah sekarang sangat gemilang, aku yakin rakyat sangat jelas pemerintah mana yang cakap serupa bikin dan yang mana yang lebih teruk.. tunggu dan lihat siapa tersungkur..BN lebih berwibawa sebab berpakat secara sistematik manakala PR pura-pura berpakat tapi tak dapat nak wujudkan lambang sendiri pun, bagaimana nak perintah Makaysia.. Berangan boleh la......
ReplyDeleteabuabuabuabuabu!!!!!!
ReplyDelete