Pages

Friday, March 15, 2013

Azmin Ulang Taktik Lapok


Taktik Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali membuat kenyataan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditahan dalam masa terdekat, bukan sesuatu yang baharu dan mengejutkan Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor

Malah bekas pemegang diari merah Anwar itu menyifatkan, tindakan seperti itu merupakan sesuatu yang biasa dilakukan Anwar serta konco-konconya bagi menarik simpati rakyat dengan menggambarkan diri mereka sebagai mangsa kezaliman.

"Ini memang taktik Anwar sejak dulu. Sebagai bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, saya dididik bagaimana untuk mendapat simpati orang ramai kerana menurut Anwar, orang Melayu mengundi berdasarkan emosi. Disebabkan itu, emosi mereka perlu dimainkan.

"Kini tiada isu yang mampu menarik simpati orang ramai kepada Anwar, jadi perkara ini ditimbulkan. Dikatakan beliau sebagai mangsa fitnah, tetapi siapa yang setiap malam memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor melalui siri-siri ceramah?

"Bagi yang tidak tahu, inilah sikap hipokrit Anwar yang sukar ditandingi sesiapa pun," kata Ezam kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Azmin seperti dilaporkan salah sebuah portal atas talian menjangkakan Anwar bakal ditahan dalam masa terdekat berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu.

'Anak emas' Ketua Pembangkang itu juga mendakwa, kerajaan sentiasa cuba menyalahkan Anwar terhadap segala masalah yang berlaku di negara ini namun tindakan untuk mengaitkannya dengan insiden di Lahad Datu merupakan sesuatu yang tidak masuk akal.

Ezam dalam pada itu mendakwa, pada waktu ini Anwar sememangnya mengharapkan agar beliau ditahan supaya elemen simpati itu dapat 'dimainkan' sepenuhnya menjelang pilihan raya akan datang.

"Laporan media luar yang mengaitkan pemimpin pembangkang dengan insiden di Lahad Datu menyebabkan mereka tertekan. Apatah lagi kini tiada isu yang kuat menyebelahi mereka, maka elemen simpati ini dilihat bakal memberi kelebihan.

"Disebabkan itu, Anwar pada ketika ini sememangnya berharap untuk ditahan. Apa pun kita perlu ingat keselamatan negara mengatasi segalanya dan siapa pun wajar ditahan serta dikenakan hukuman andainya risikan dan siasatan mendapati seseorang itu terlibat mengkhianati negara," katanya.

1 comment:

  1. Tagkap jika besabit dgn kesalahan..
    Tapi rakyat mesti di beri informasi penuh kenapa bagaimana bila dimana sapa terlibat secara penuh. Ini tahu2 dah kena tangkap... Mcm mana pembangkag tk melenting dan rakyat menyampah dgn kerajaan. Somthing kena rahsia somthing kena bagi tahu penuh.... Tgk apa jadi dgn lynas. tiada penerangan awal, dah di phsyco nya rakyat benda tu salah.. bn learn from mistake pls

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.