Pages
▼
Friday, March 1, 2013
Dua Komando Malaysia Dan 10 Pemberontak Sulu Dipercayai Maut
Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini.
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Jumlah individu yang maut atau cedera dalam insiden tembakan balas di antara pihak keselamatan Malaysia dan pemberontak Sulu dipercayai meningkat.
Selepas laporan pertama yang melaporkan dua pengikut Sulu terbunuh dan tiga anggota polis Malaysia cedera, maklumat yang diperoleh dari Kampung Tanduo di sini mendakwa sekurang-kurangnya 10 lelaki Sulu bersenjata mati dan empat lagi cedera.
Wartawan di pintu masuk Felda Sahabat 17 menuju ke Kampung Tanduo melihat dua mayat diusung menaiki jip oleh kakitangan perubatan pasukan keselamatan Malaysia.
Keluarga Sultan Kiram mengesahkan di Manila bahawa sekurang-kurangnya 10 anggotanya maut manakala empat lagi cedera.
Sejak itu, pelbagai laporan mengenai bilangan individu yang cedera atau maut mula tersebar.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.